"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Saturday, January 31, 2009

Cepat Mengalah!!! Cepat Putus Asa!!! Cepat Lemah Semangat!!!


Nak berdakwah ni bukan mudah tapi xsusah!!!! hmm.. mcm mana tu...? Sebenarnya, nak berdakwah ni perlukan kesabaran yang amat besar.. Al-quran juga ada menyebut iaitu :-
“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati daripada rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah ini tidak pernah sunyi daripada ujian dan pelbagai dugaan.. So, kita perlulah tanamkan azam & tekad yang kuat untuk mengahadapi pelbagai ujian & dugaan ini.. Jangan la sesekali kita merasa mudah untuk 'give up' dengan keadaan sekeliling .. Fikirkanlah, kalau kita mudah mengalah, macam mana kita nak atasi pelbagai masalah ummat zaman sekarang??? Macam mana?? Siapa yang nak buat semua ini??!! Aku mengharap sangat agar sahabat-sahabat yang lain mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai. seorang da’ie itu harus memastikan dua perkara ada dalam dirinya iaitu membina pengaruh dan memastikan pengaruh yang diperolehi itu tetap bersih daripada unsur-unsur yang tidak sihat, dan jangan sampai penghormatan sampai ke tahap ta’sub dan memuja-muja dan da’ie itu sendiri jangan hanyut dalam populariti dan pengaruh yang diperolehi sehingga dia lupa daratan dan menyimpang dari tujuan dakwah yang sebenarnya. Semua perkara ini sangat penting bagi seorang da'ie kerana kita hendaklah sentiasa menanam dalam diri kita iaitu segala-gala yang dilakukan mestilah kerana Allah swt.. Selain itu sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'
(Al-Israa’: 78-80)

Wahai sahabatku sekalian, marilah kita pertingkatkan dakwah kita ke setiap pelusuk kerana zaman sekarang ramai saudara kita yang kurang didikan agama.. Yang cetek ilmunya tentang isu agama... yang bodoh sombong tentang Islam.. Kasihanilah mereka.. Aku tahu, mereka sangat memerlukannya, tetapi mereka tak tahu bagaimana hendak mendapat ilmu tersebut & tak der orang yang cube membantu mereka.. Marilah kita cuba menjadikan diri kita dan sahabat-sahabat yang lain adalah calon -calon yang bakal masuk kedalam syurga.. InsyaAllah.. Inilah peranan kita... Usahlah kita gentar dan gusar lagi andai kita sudah dekat dengan Allah S.W.T. kerana Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang dibisikkan oleh Ilahi kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.

“...Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” (Thaahaa: 46)



*p/s : Kepada sahabat-sahabatku, jadikanlah teguran & kritikan itu sebagai satu semangat untuk kita pertingkatkan lagi dakwah kita & jangan sesekali kita merasa cepat putus asa kerana sifat beginilah yang akan memusnahkan Umat Islam...!!!!

1 comment:

Mohd Alhafis Bin Hamid said...

halooooo
best toll la
coretan ne aku suka baca