"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, March 31, 2009

Program Kepimpinan SMK Abdul Jalil.....


Alhamdulillah, pada hari sabtu,28 Mac 2009 yang lepas kami dari PEPIAS telah bersama menjayakan satu program di SMK Abdul Jalil Hulu Langat. Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang telah banyak memberi kerjasama kepada kami semasa program dijalankan. Hanya seramai 7 orang fasilitator sahaja yang telah bersama dalam program ini. Program ini hanya diadakan dari pukul 08.00am hingga pukul 12.30pm. Walaupun masanya hanya sekejap tetapi kami merasakan yang ukwah kami dan adik-adik di situ sangat rapat.. Diorang semua sangat happening, enjoy & memberi kerjasama yang baik kepada kami. Program tersebut dihadiri oleh adik-adik dari Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) SMK Abdul Jalil iaitu hanya seramai 48 orang peserta Hanya seorang sahaja peserta non-muslim. Walaupun hanya seorang tetapi dia telah menyertai program tersebut dari awal sehingga habis. Antara fasilitator yang bersama dalam program ini ialah Hazriq (abg rik), Hafiz (abg iz), Adi(abg mymin), izwan (abg izwan) , Adib (kak adib), Aida (kak Aida) & Ila (Kak Ila).. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua fasilitator dan adik-adik SMK Abdul Jalil...... you all are the Best..... Semoga korang semua dapat mengamalkan apa yang telah di kongsikan oleh Fasilitator anda semua. Jadilah seorang pemimpin yang berdedikasi, berkaliber & pemimpin yang akan mengoncang dunia.. Contohilah Kepimpinan Rasulullah saw... InsyaAllah.....



Barisan Peserta & Fasilitator lelaki..




Barisan Peserta & fasilitator perempuan yang hebat.....

Hmmm, mahalnya.........

Sedapnye.......... Jom kita makan.......... hehehehe......


Hmm, sedapnya....... memang sedap sangat-sangat....... mcm tagline KFC, "sehingga menjilat jari".... Hehehehe........ Tapi harganya pon sedapla juga........ cube teka berapa ringgit??? RM 5?? Rm 10?? hmmm, semunya salah.......... harga seekor udang ni ialah RM15......... huhuhu....... 1st time dengar memang agak terkejut gakla... dok tengah-tengah lapaq, tetiba kenyang......... hahaha........ Keajaiban telah berlaku!!! Hahahaha.. kalau xder duit time tu mamposla aku... hmm, alamatnya terpaksa la masuk dapur gi basuh pinggan........ ni baru seekor udang je... time tu aku makan nasi separuh, udang yang Sedap tu & seketul ayam....... hmmm, so total semua sekali RM19...... Seorang makan tu.. mengalahkan makan kat hotel....... hehehehe........ time tu memang aku ketawa terbahak-bahak la......... agak kelakar la juga dengar harga sebest tu.......


Harga - RM 19




Thursday, March 26, 2009

Abah & Mama always in my heart........

huhuhuhu........ xsabar rasanya nak buat kejutan kat mama & abah... Ni la saat yang aku paling nanti-nantikan untuk meraikan hari yang paling bermakna buat mereka berdua... Hari yang paling bermakna ni akan menjadi hari yang xakan dapat dilupakan oleh seorang ABAH & MAMA kepada anak-anaknya dan kami anak-anak yang telah dibesarkan oleh mereka dengan kasih sayang & segala-galanya sehingga kami menjadi insan yang berguna seperti sekarang....... Kami harap mama & abah bangga sebab ada anak-anak macam kami dalam hidup mereka dan kami pun bangga sebab dapat jadi anak-anak kepada abah & mama....

Aku harap apa yang telah aku rancangkan ini berjaya dengan sebaik yang mungkin..... Kalau boleh, aku nak hari tersebut menjadi hari yang dinanti-nanti setiap tahun... hehehehe.... Jadi, sekarang tibalah masanya untuk kami meraikan Insan yang paling penting dalam hidupku dan adik beradik ku (Abg Razif, Kak Ahya' & Yanti)........

Sesungguhnya, kami sayang sangat kat Mama & Abah............. Walaupun berjauhan, mama & abah sentiasa berada dalam hatiku........ Xpernah aku melupakan diorang walaupun sesaat.......



Abang & kakakku
bersama abah & mama


akula, Adfiz adikku, Yanti


p/s : Hargailah ibu & ayah kita selagi mereka masih hidup........ sesungguhnya, kita tidak dapat mencari pengganti insan seperti mereka.... i love u mom & dad........


Kem Kembara Al-Muqarabbin

BANTING - Kem Kembara Al-Muqarabbin sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor 1430H/2009M telah dijalankan pada 21-22 Mac 2009 di Kem Bina Taqwa , Bukit Changgang. ABIM Negeri Selangor telah diamanahkan untuk mengisi program ini dengan modul yang bersesuaian dengan belia remaja kini.

Seramai 77 orang peserta daripada sekolah menengah seluruh Kuala Langat seperti SMK Bukit Changgang, SMK Bandar Banting, SMK Sijangkang Jaya, Maahad Mujahiddin, Maahad Ihya Al-Muhammadi dan banyak lagi. Seramai 11 orang tenaga penggerak daripada ABIM yang diketuai oleh Sdr Khairudin bin Abas , Pen. Setiausaha ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat dibantu oleh Sdr Radin Mohd Imaduddin, Exco Pendidikan dan Latihan ABIM Kuala Langat serta Sdr Abd Hafiz Abd Bar sebagai Ketua Fasilitator. Seramai 8 Fasilitator daripada PEPIAS dan Unit Syabab ABIM Daerah Kuala Langat.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan belia remaja dengan kehidupan yang lebih baik menurut landasan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah Taala, di samping menggilap potensi diri muslim di dalam diri remaja terlibat. Penyelaras program daripada JAIS, Ustaz Kamal Ariffin berharap kerjasama dengan NGO Islam terutama ABIM ini dapat diteruskan terutama dalam program yang akan datang. Program ini ditutup dengan rasminya oleh AF Ustaz Abd Rahman Hassani , Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat.



Barisan Fasilitator, aktivis dan penggerak ABIM Kuala Langat.
( Berdiri dari kiri:- Syida, Sofeah, Abg Radin, Abg Khairudin Abas, Adibah, Husna, Sasa)
(Duduk dari kiri:- Faez, Hazriq, Hafiz, Azmir)