"PENGAWAS.........!!!!!!!!! " Sahut peserta "KAMI....."
"KAMI.....................!!!!!!!!!" Sahut peserta "CEMERLANG....."
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinuu5RY8BrHd9BMPNFx6IGzbo1NlOME_-wQxtY9ZwQqO1j_8-GNg_64AJ476xYXQGcMg5KTX1HcH1FjAsdB6CBZbIYc79pzz6nYoQjgyh8dyM1E965WwRDYFTQBFcqFCns7di6-J_n80J1/s320/12420_1379383449597_1382220102_31075657_727140_n.jpg)
Maka terbinalah satu pasukan yang hebat yang menyuarakan slogan "KAMI PENGAWAS CEMERLANG..........." InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan agar adik-adik SAM PAYA JARAS seramai 40 orang ni dapat menjadi pemimpin yang disegani dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik yang mungkin.
Pada 12 -14 Mac 2010 yang lepas, aku dan beberapa sahabat yang lain telah bersama-sama dalam satu program untuk membantu En. Azizan dalam membimbing adik-adik Pengawas dari SAMPJ... Semua adik-adik ini terdiri dari kalangan pengawas sekolah dan juga pengawas perpustakaan... Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam menjadikan diri mereka seorang yang bertanggungjawab dan pemegang amanah yang jujur... (^_^)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIyo59AjRXHk8K_Kz3GPFNWt0nFFvMqHcPKAxPN6zP4lFgEmDiEgokM_MEIpXCaHqIkqFapFx9-ZJAVUppsSDuZyv_ySnoNzG_jkVUOA4h3tErCLdEDxhH6osG4cymeNcao3RQ26xBRuHJ/s320/12420_1379378729479_1382220102_31075656_6069304_n.jpg)
DISIPLIN!! KOMITMEN!! MASA!!
Semoga adik-adik pengawas SAMPJ ini dapat menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar-pelajar biasa di SAMPJ.. InsyaAllah... Kami mengharapkan agar adik-adik pengawas ini dapat mempraktikkan dan mengamalkan apa yang telah mereka terima semasa berada di Kem Ar-Raudhah.... jadilah pemimpin yang dapat memimpin orang lain dengan bagus tanpa mempunyai perasaan hasad dengki ataupun 'gila' kan jawatan.... Sesungguhnya sikap saling bekerjasama dan lengkap melengkapi adalah salah satu cara membina dan menjaga pasukan yang terbaik agar Badan Kepimpinan Pengawas ini menjadi satu badan yang unggul dan juga dihormati oleh orang ramai... (@_@)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSTWwCsFF2UyeO_naZ8e3IOVriNxsAWyNZ1cchAm4i6XHA9vPEHM6e2YZWIX0aQYKkYLqIvY0sSG0RdsSxbOLwmuqxjv6T6BcZmnoBO6_qXctklZ0PhaLToo-clJgJtPyrwtVSWdvbm02O/s400/12420_1379383489598_1382220102_31075658_5890732_n.jpg)
3 comments:
Alhamdulillah....syukran abg hafiz postkan Program Kepompinan kitorang dlm ni....terharu...
KAMI PENGAWAS CEMERLANG!!!!! ALLAHU AKABAR!!!
wat kem kempimpinan tu..handle dgn sape prog tu?
wat kt kem ar-raudah kt gombak tu ke?best gila tmpt tu.scene dia pun cantik.qktiviti fizikal yg dpt diwat kt situ agak byk gakla.tetibe rindu plak nk pergi kem ni.last pegi dl pun tahun 2006.
Post a Comment