"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, June 29, 2009


PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH & TEKNIK DAN ETIKA PENYEMBELIHAN MENGIKUT SYARAK


Tarikh : 10 - 12 Julai 2009
Tempat : Kem Bina At-Taqwa, Bukit Changgang, Banting
Yuran Penyertaan : Rm 30 seorang (termasuk pengangkutan, penginapan, makan & minum, modul, sijil)

Perasmian oleh : YB Dato' Dr Hassan Bin Ali

Anjuran :
Persatuan Kebajikan & Pendidikan Islam Selangor (PEPIAS)
dengan kerjasama
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Daerah Kuala Langat

Sesiapa Berminat sila hubungi : (untuk pendaftran & tempahan tempat)
Abdul Hafiz Bin Abdul Bar
012-5133 309
013-2008 249
adfiz_peace@yahoo.com
www.adfiz.blogspot.com

atau

Muzakkir - 0175086339
Adib - 0136282450
ila - 0132267954
Aimi - 0133077416


Penyertaan adalah terhad kepada 80 orang peserta terawal sahaja....!!!!

* Terbuka kepada remaja yang berumur 15 tahun keatas sahaja...


Tuesday, June 2, 2009

Perkhemahan PAAWB Sekolah Islam Al-Farabi

Satu Camping yang memang best!!!! hehhehehe... Camping di satu puncak yang sangat tinggi... hmm, De' Puncak Lui, Hulu Langat.. memang terlalu tinggi sehinggakan peserta berjalan kaki dari bawah sehinggla ke tempat kem, yela bas xlarat nak naik.... Aku dapat rasakan yang adik-adik ni memang terlalu penat berjalan untuk ke tempat kem sambil membawa beg masing-masing... Apa yang dapat aku tolong ialah, hanya mampu melihat jer... hahahhaah.... memang zalimkan... huhhuhu.. Maaf yer.....


Camping yang sangat enjoy kerana pesertanya semuanya hebat-hebat & bersemangat tinggi... hmm, walau apa pon, adik-adik Sekolah Islam Al-Farabi memang mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan. malah diorang ni mampu berfikir dengan kreatis & kritis.. hehehehe... Ni betul tau bukan saja2 nak puji.... hahahahah.... Aku tahu sebab aku dah tanya macam2 kat adik2 perkhemahan PAAWB ni... Cuma yang aku xberkesempatan nak tanya & berborak2 ngan adik2 muslimat... hmm, yela, aktiviti padatkan.... Tapi, diorang semua memang sporting abis ar.. termasukla ustazah2 dan cikgu2 diorang... kalau nak tahu, Cikgu2 Sekolah Islam Al-Farbi ni semuanya perempuan tau... hmm, so, fasi lelaki hanyalah kami berlima je la... iaitu aku(iz), Faiz, Yaseer, Din & Arif.... Memang sempoi ar semua fasi2 ni.. yela, masing2 saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain sehinggala aktiviti perkhemahan ni berjalan dengan lancar dan sempurna....

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Melakar Logo, Malam Kebudayaan Sekolah Islam Al-Farabi, Treasure Hunt, Jungle Trackking, Buat Roti Sardin (sedap woo...) dan macam2 lagi.... Memang betul2 menguji kesabaran adik2 ni dalam camping yang telah mereka jalani.. hahahaha.... Semoga adik2 Al-Farabi ni menjadikan kem ni sebagai satu kem yang bermanfaat bagi diorang untuk mengaplikasikan segala2nya dalam kehidupan diorang seperti berdikari, berdisplin, menghormati guru, bersemangat dalam segala aktiviti yang dilakukan dan lain2 lagi... InsyaAllah.....

Adik-adik lelaki yang segak bergaya dengan pakaian PAAWB.....


Ape pon, aku nak ucapkan tahniah & ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menganjurkan satu Perkhemahan seperti ni dan sudi menjemput kami berlima dalam sama2 menjayakan perkhemahan ni serta juga tak lupa pada adik-adik al-Farabi yang telah berjaya mengharungi camping selama 2 hari 1 malam ni.. Syabas diucapkan....

Tepuk-tepuk TERIMA KASIH.......

TERIMA KASIH...
THANK YOU....
XEI XEI....
NANDRE....
SYUKRAN...
ARIGATO HAIT.......



Persembahan Fasilitator Perkhemahan PAAWB



Kumpulan Muslimin Mumtaz