"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Wednesday, September 23, 2009

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC




Dengar & Hayatilah lirik lagu ini.......
Sungguh menyentuh hati & perasaanku.........

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430 H


Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics

Alhamdulillah, kali ni aku berkesempatan lagi untuk menyambut hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua Orang yang beragama Islam.... Hari ape lagi kalau bukan Hari Raya.... hehehehe..... Setelah sebulan kita smua menjalani ibadah puasa, kini sampailah sudah 1 Syawal iaitu Hari Kemenangan bagi Umat Islam.....

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diriku ini..... Jemputlah beraya ke rumah aku di Perlis... InsyaAllah, ketibaan anda semua disambut dengan pintu yang terbuka luas..... Datang tau.... hehehhee....

Semoga Aidilfitri tahun ini membawa kecemerlangan & kebahagiaan kepada kita semua serta sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah swt.


- SELAMAT HARI RAYA -

daripada ABDUL HAFIZ & KELUARGA......


Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics



Friday, September 18, 2009

Jemputan Berbuka Puasa......

Alhamdulillah, Ramadan kali ni rezeki aku murah sangat coz banyak dapat jemputan berbuka puasa.... hehehe... Antara jemputan yang aku & kawan2 yang lain terima ialah majlis berbuka puasa bersama adik-adik PPR Pantai Ria iaitu majlis berbuka bersama Datuk Hasbullah L. Isa (Penolong Setiausaha Agung Perkim).... Selain itu, aku ada juga bersama A.I ke majlis berbuka puasa jemputan In-Mind & Dee (Jangan Ketawa).................

Untuk majlis berbuka puasa jemputan In-Mind, Aku & A.I telah sama2 ke Glenmarie Inn, Shah Alam untuk memenuhi jemputan tersebut. Memang satu pengalaman yang xdapat aku lupakan kerana ini adalah satu pengalaman baru kerana dapat berbuka puasa bersama ngan orang-orang kenamaan.... huh.... cayalah... memang best...

Selain itu, A.I telah menjemput aku & sahabatku untuk sama-sama menemaninya berbuka puasa di Hotel Dorsett KL.... Fuh, memang hebat ar coz dapat berbuka puasa ngan DEE (Artis /Pelawak).... Makanan di sana memang dasyat sekali ar sehinggakan kami kekenyangan... hahahahhaa......

* Terima kasih kepada A.I kerana sudi membawa kami ke majlis2 berikut....

Cat Stevens (Yusuf Islam) - Don't Let Me Be Misunderstood




People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can
always be an angel
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

You know sometimes, I'm so carefree
With a joy that's hard to hide
Sometimes seems that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood

If I seem edgy, I want you to know
That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more
than my share
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it

People, don't you know I'm only human
Don't you know I have faults like any one
But sometimes I find myself alone regretting
Some little thing; some foolish thing
that I have done,
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood,
Don't let me be misunderstood


TELL ME WHY by Declan Galbraith

Wahasi sahabat-sahabatku sekalian... hayatilah lagu ini.....



In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see...
Is a world full of people in need

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't

Friday, September 11, 2009

Kejadian Yang Tak Dapat Dilupakan.....

Mcm mana ek nak mulakan cerita... huhuhuhu..... hahahhaha.... hua3.... Saat yang mencemaskan pon terjadi selepas kami baru pulang dari berjumpa ngan adik2 kat PPR Pantai Ria... Malam tu selepas hantar Abg Zizan kat UIA, kami pon bercadang untuk terus gi sahur sebab bsok paginya sahabat2 aku ni ada exam... So, alang-alang dah lambat kami pon terus menuju ke Ampang Park... KFC kat sana.... Memang masing2 excited nak makan la sebab dah lapar sangat... huhuhu...




Tapi dalam semangat nak makan KFC tu, tetiba satu kejadian yang memecah keheningan malam tu pon berlaku.. hahahaha.... Pada masa tu aku pon tak tau apela yang kepala otak aku ni sedang pikirkan... segala2nya aku buat tak betul.... Yang pertama dah la xtutup lampu kereta pastu kunci kereta plak tertinggal dalam kereta.... Padahal time tu aku dah pon lock kereta.... hua3... Apa lagi, cemas gila la.... tak tau nak wat per... masing-masing kebuntuan..... hmm.....






Yang lapar pon tetiba jadi kenyang.. yela, pikirkan mcm mana la nak balik.... tak kan la nak tido kat ampang park... huhuhu... tak nak...!!! Ada sahabat aku yang nak panggil polis la nak minta tolong kami buka lock tu... mcm2 idea la yang kluar time tu.... memang kelakar ar... Tapi tak disangka2 ada la sekumpulan manusia yang prihatin ngan kami... Diorang pon sedaya upaya membantu kami, tapi xberjaya gak.. huh... Mati Akal gak la masa tu... Pastu ada lagi sekumpulan manusia datang membantu kami... So, memang ramai ar kat kereta time tu... Kecoh gak ar... Macam kemalangan jalan raya plak bila tengok dari jauh padahal kunci kereta tertinggal kat dalam.. hahahha.....


Barang-barang yang digunakan untuk membuka pintu kereta...


Alhamdulillah, akhirnya kereta itu berjaya jugak dibuka dengan bantuan orang yang datang membantu tadi... Masing2 mengeluarkan idea sehingga menggunakan barang2 yang ada di sekeliling tempat itu... hahaha... memang kelakar ar... Terima kasih aku ucapkan kepada semua orang yang concern ngan masalah kami pada masa itu.... Bangga aku menjadi rakyat Malaysia kerana masih ada Rakyat Malaysia yang lain yang masih mempedulikan orang lain.... Syabas kepada abang2 & kakak2 yang membantu kami itu...

Monday, September 7, 2009

Program Ihya' Ramadan...........


Alhamdulillah, Program Ihya' Ramadan yang berlangsung di Masjid wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 05-06 September yang lepas telah berjaya dijalankan dengan lancarnya... Program yang bertemakan Remaja Teras Ad-Deen ini telah dianjurkan oleh PERKIM dengan kerjasama PPR Pantai Ria..... Huh, nilah program yang sangat mencabar bagi kami semua sebagai fasilitator kerana kali ini program telah berlangsung pada Bulan Ramadan so agak capek sekali dong... hahahaha....... Walau apa pun, kami telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar agar matlamat Program ini tercapai.... Peserta kali ini agak meriah & kadang -kadang mereka ni nakal sehinggakan aku naik angin gak ar.. hahhaa...


Sesi Berjalan, Melihat dan Mentafsir Sekitar Majid Wilayah Persekutuan


Tahniah diucapkan kepada adik-adik PPR Pantai Ria kerana berjaya menghabiskan program ini tanpa sebarang masalah. Di harapkan adik-adik semua dapat mengamalkan apa yang di sampaikan oleh kami semuadan menjadikan diri seorang insan yang sejati yang dapat mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah swt... You all memang best ar... Ingat!! Jangan mungkir janji tau...!!! hehehe... Adik-adik Syabab Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria, Jalankan tanggungjawab & amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin ya...!!!! Terima kasih kepada semua wakil Surau Al-Hijrah yang bersama-sama kami dalam menjayakan program ini.. Harapa dapat memaafkan kami jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan dalam menjalankan program ini....


Bergambar Kenangan Para Peserta Program Ihya' Ramadan


Terima Kasih aku ucapkan kepada fasi-fasi semua kerana banyak membantu aku dalam menjayakan program ini kerana semua fasi bijak dalam melengkapi antara satu sama lain sehinggakan lompong-lompong kelemahan program dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin... Hebat woo.... Tahniah diucapkan yer.... You all the best ar... Thankz to Khalzurin, Muslim, Ehsan, Zamry, Adib, Aminatulummah, Siti Haslina, Hazani, Marhamah, Farhan, Loqman, Zikri, Wan, Kamil dan tak lupakan kepada abg yang support kami dari awal sehingga ke habis program iaitu Abg Aziz.... Semoga kita semua dapat meneruskan perjuangan dalam menyebarkan agama Islam.. InsyaAllah.........

Semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada masa datang................



Adik-adik Program Ihya' Ramadan @ Masjid Wilayah Persekutuan

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa yer..!!!











Tuesday, September 1, 2009

Hargailah Orang Yang Ada di Sekeliling Kita....


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu
suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.