"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Wednesday, December 3, 2008

rindu kat adik2 Kem ALIM....

hmmm.. ape yang berlaku selama 3 hari 2 malam di Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM), JUGRA BANTING adalah perkara yang aku sendiri x dapat lupAkan.. huh... sunguh memilukan, terharu dan macam2 lagi perasaan ku.. ape pon, aku mula merasakan yang hati ini dah mula merindui adik2 kem tersebut... smua peserta kem itulah adalah insan yang betul2 hebat.... Chaiyok2 adik sekalian.. you all semua adalah yang terbest.... Attitude yang bagus n mempunyai semangat yang kuat di dalam setiaP aktiviti.. ape yang aku xdapat lupakan sewaktu kem itu adalah sewaktu 'Operasi Burung Hantu'.... huh, sangat best.. mcm2 yang aku belajar dari adik2 semua... aku dapat rasakan yang aku ni masih lemah dan mempunyai kekurangan untuk aku perbaiki lagi pada masa akan datang.. InsyaAllah, aku cuba untuk menjadi Insan yang terbaik... amin....

SALAK TEAM IS THE BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 5, 2008

KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN SOMBONG DAN ANGKUH

  • APABILA BERTEMU DENGAN KANAK-KANAK, ANGGAPLAH KANAK-KANAK LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA KANAK-KANAK MASIH BELUM BANYAK MELAKUKAN DOSA BERBANDING DENGAN KITA
  • APABILA BERTEMU DENGAN ORANG TUA, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA MEREKA LEBIH BANYAK MELAKUKAN IBADAT KERANA LEBIH LAMA HIDUP DARIPADA KITA.
  • APABILA BERTEMU DENGAN ORANG ALIM, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA ILMU YANG MEREKA MILIKI DAN PELAJARI LEBIH BANYAK DARIPADA KITA.
  • APABILA BERTEMU DENGAN ORANG JAHIL, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA MEREKA MEMBUAT DOSA KERANA KEJAHILAN DAN KEGELAPAN, TETAPI KITA MEMBUAT DOSA DALAM KETERANGAN.
  • APABILA MELIHAT ORANG JAHAT, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA MUNGKIN SUATU HARI NANTI DIA AKAN BERTAUBAT DAN INSAF TERHADAP KESALAHANNYA.
  • APABILA MELIHAT ORANG KAFIR, BERDOALAH DALAM HATI AGAR SUATU HARI NANTI PINTU HATI MEREKA AKAN DISINARI OLEH TAUFIK DAN HIDAYAHNYA DENGAN DENGAN IZIN ALLAH DAN SEGALA DOSA MEREKA AKAN DIAMPUNI.

Sunday, September 21, 2008

renungkanlah....

MALAM LAILATUL QADAR

More RAMADHAN graphics

TIPS MENGHADAPI TEKANAN...

Langkah-langkah yang boleh kita lakukan jika berasa tertekan :-

  • Bersikap realistik terhadap keupayaan diri
  • Menerima hakikat bahawa tiada yang sempurna dalam hidup ini
  • Berfikir secara positif
  • Tumpuan kepada penyelesaian masalah
  • Luahkan apa yang anda rasa kepada orang yang anda percayai
  • Atur masa mengikut keutamaan
  • Amalkan tabiat makanan secara sihat

Thursday, July 31, 2008

4 MUSUH CINTA ILLAHI


SYAITAN, EGO, DUNIA, dan HASRAT UNTUK MENONJOLKAN DIRI

Perkara-perkara di atas adalah empat musuh Cinta Ilahi. Jika tidak terkawal, mereka mampu mengerikan. Jika kalian dapat mengawalnya, mereka akan memberikan manfaat yang tidak terhingga, seperti halnya elektrik, jika tidak di tebat dengan kabel pelindung, dia akan sangat berbahaya, dan mampu mematikan. Jika dapat mengawal keempatnya, mereka akan sangat berguna bagi kalian, kalian boleh mengendarainya ke syurga. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu tanpa manfaat.


Allah Maha Mengetahui. Akhirul kalam Letakkan si DIA dlm hatimu, Engkau akan merinduiNYA Andai harimu tiada ingatan kpdNYA Engkau akan gelisah andai DIA Tidak mendengar rintihanMu, Engkau kan rindu Andai DIA tidak memandangmu, Engkau kan tak keruan andaiDoamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..









renungkanlah........




Tuesday, July 29, 2008

Sahabat Sejati

kawan??? teman??? sahabat???



Mana satu yang kita betul-betul cari??? huh...

kawan ramai sangat di dunia ni.... teman pon sama, tetapi sahabat yang betul-betul memahami isi hati kita, susah sangat nak di cari... entahla, pada siapa la yang kita nak berkongsi masalah, rahsia dan lain-lain.... aku rasa zaman sekarang kita hanya patut percaya pada diri sendiri sahaja.... itula perkara yang sehabis baik yang patut kita lakukan.. tetapi, setiap diri seorang insan patut ada motivasi dan keimanan yang tinggi, jikalau tidak kita akan hanyut oleh arus duniawi yang keterlaluan... hmm... Sahabat, hadirla dalam diriku ini kerana aku betul-betul memerlukan seorang sahabat yang setia untuk kuatkan semangatku balik....