"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Wednesday, December 2, 2009

Sambutan Aidiladha 1430H

Raya datang lagi...!!! hehehe..... (@_@) yabeda bedooo.... SALAM AIDILADHA buat semua pengunjung blog aku ini....

Sebut je Aidiladha mesti kita pikirkan pasal pengorbanan kan...? Yela, Hari Raya Aidiladha kan hari orang gi wat Ibadah Haji & wat Ibadah Korban... Kepada semua Orang Islam yang sedang mengerjakan Ibadah Haji, semoga mendapat Haji yang Mabrur.. InsyaAllah.... (^_^)

Hmm, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan? huh... Jangan pulak berkorban demi Awek!!! Sia-sia je semua tu... Segala pengorbanan kita mestilah kerana Allah swt... Mudah-mudahan kita semua diberi hidayah & diredhai Allah swt... InsyaAllah...

Tahun ni, aku sekeluarga menyambut Aidiladha secara sederhana saja & yang paling penting pengorbanan yang telah dilakukan oleh kami sekeluarga... Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat merayakan hari yang penuh bermakna ini dalam keadaan harmoni, bahagia & perasaan kasih sayang yang sangat mendalam diantara satu sama lain....
I love my f
amily very well.... (@_@)


Bersama Keluargaku Yang Tersayang (^_^)



Aku doakan agar keluargaku ini terus bahagia & sentiasa dirahmati Allah swt... Peace :-)

Sama-samalah kita melakukan pengorbanan dalam hidup kita... !_!


My Big Family..... (@_@) - Miss & Love you all...


Muktamar Agung Tahunan PEPIAS kali ke-18

Barisan Muktamirin PEPIAS bergambar kenangan selepas berakhirnya MATP-18


Alhamdulillah, pada 22 November yang lepas, maka berakhirlah sudah Muktamar Agung Tahunan PEPIAS yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen KUIS (PKK). Majlis tersebut telah menghimpunkan semua Barisan Kepimpinan PEPIAS Pusat, Himpunan Senior PEPIAS (HiSEP), Pimpinan PEPIAS cawangan & ahli-ahli PEPIAS....

Majlis Muktamar tersebut bertemakan "Semarak Kesatuan Pelajar Islam : Membimbing Dengan Ilmu & Akhlak". Ucapan Dasar Presiden telah disampaikan pada hari Sabtu Malam di Dewan Teater KUIS. Banyak perkara yang telah disampaikan dalam Ucapan Dasar tersebut antaranya untuk membimbing ahli-ahli PEPIAS dengan ilmu & akhlak. Presiden juga telah menekankan beberapa Budaya PEPIAS yang perlu diperkuatkan agar PEPIAS dapat menjadi salah satu Persatuan yang disegani dan misi generasi celik akidah di Selangor diperjelaskan untuk digerakkan diperingkat sekolah.. InsyaAllah, semoga apa yang telah dihasratkan oleh Presiden akan terlaksana... (@_@)



LANGKAH SEMAKIN LAYU
HATI KIAN SAYU
KENAPA HATI TAK DAPAT BERTEMU
ADAKAH AKU MEMUSUHIMU

HATI INI SAKIT, BAHU INI BERAT
MENGENANG DOSA YANG TIDAK SEDIKIT
DIMANA LETAK DIRI DIAKHIRAT












Barisan PENGERUSI PERHUBUNGAN PEPIAS cawangan BANGI
(dari kanan Saudara Zafrullah, Saudara Shafezan, Saudara Abdul Hafiz & Saudara Muzakkir-kini)