"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, May 28, 2009

Memasak ala Bujang di Rumah......

Nak Masak Cokodok & cucur ubi????

Hahahahhaha.............. memang kelakar..... mcm2 mazhab masakan keluar.... ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu.... hmmmm..... masing2 kan bekas chef terkenal dunia so paham2la..... hehehhehehe.... ops, terlaser plak.... huhuhu...

Sebenarnya petang tu saja je, borak2 nak masak pisang goreng pastu tetiba lalu kat Bangi ternampak pisang & ubi keledek.... so, apa lagi terus ar singgah beli... hehhehe... excited la plak.. hehehhe....

Balik je umah, terus amik pisang n lenyek.... nak wat cokodok la katakan... (xtau la jadi ke x??) hahahaha.... afiq plak gi beli tepung, tadi xperasan yang tepung tertinggal kat kedai jual pisang tu... huhuhu... Masing2 berganding bahu la untuk menyiapkan cokodok n cucur ubi tu... hmmm..... xsabar rasanya nak rasa cokodok tu... sedap ke ha??? hahahahaha.............

Fandey plak ngan asyiknya memotong ubi tu.... layan je dia potong ubi tu.... hahahhaha.... ape pon, ubi tu memang pelbagai bentuk.. ada yang 3 segi, bulat & macam2 bentuk la... itu semua hasil potongan daripada cik abg Fandey kita la... hahahaha....


hmmm, afiq plak sibuk dok menggoreng cokodok.... huhuhu.... Dia la yang dok menambah adunan tepung cokodok tu bila cokodok yang kali pertama xmenjadi... hahahhaha.... Chef Afiq dari penang woo..... Muzakkir plak sibuk sikit... Biasala pengerusi yang mantap... hehhehehe....


Adunan tepung cokodok..... hmmmm..... belum masak pon dah sedap.. hahahha...


hmm, sedap wooo cokodok ni........

Hijrah Ilmu : Kursus Pintar Belajar.....

Seronok & Puas Hati Sangat...... Itu yang dapat aku lafazkan kerana program ini sangat bermakna buat aku.... Aku dapat rasakan yang adik-adik program ni sangat2 memerlukan pembimbing untuk membimbing & mendidik diorang untuk menjadi seorang pelajajar yang cemerlang & anak yang soleh dan solehah......

Pada mula2nya, aku agak malu2 gak la... yela 1st time join program ngan diorang ni.... hehhehehe.... tapi lama kelamaan, memang best ar... diorang semua hebat2.... mantap tu beb... hahhaha....

Walaupun just 3hari 2malam, tapi aku memang rapat sangat ngan adik-adik program ni.... Nak tahu x?? kat program ni, adik-adik semua panggl aku abg iz.... manja x?? hahahha.... hmmm, selama 2 malam kat program tu, aku dapat korek pelbagai rahsia.. antaranya yang malas nak belajar, malas nak solat, xtahu solat & xtahu rukun Islam dan macam2 lagi.... Sebenarnya, aku hanya menahan air mata je... aku memang sedih sangat2.... Xtahu nak ungkapkan macam mana....


Aku bagi pelbagai nasihat dan dorongan kat diorang supaya diorang ada keinsafan & kehendak untuk belajar semua tu.... Sebelum tido, aku ada gak borak2 ngan adik2 tu..... Aku cuba rapat & kongsi segala2nya ngan diorang... aku bagi sokongan untuk diorang agar diorang tahu yang ada orang masih amik berat tentang diri diorang.....

Walaupun, ada adik2 yang kata aku ni garang & tegas, tapi aku xkisah semua tu sebab aku terlalu sayangkan diorang... aku nak sangat diorang ni jadi insan yang berguna bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak....

Ummi menyampai sesuatu kepada adik-adik program


Kami, fasi2 & ustaz2 cuba sehabis baik agar program selama 3 hari 2 malam ni betul2 bermakna & tercapai objektifnya untuk menjadikan adik2 program ni seorang pelajar yang cemerlang didalam akademik & agama(ibadah)....

















Tahniah
, aku ucapkan kepada fasi2 yang lain kerana telah berjaya membimbing adik2 didalam program ni.... Syabas sangat2.... Aku memang seronok sangat dapat bekerjasama dengan korang semua..... Syukran Ummi In, Ustaz F & Ustaz Azwa kerana sudi menjemput saya untuk menjadi fasi didalam program ini................. Kenangan ini xkan dapat saya lupakan kerana ini adalah kenangan yang terindah bersama adik2 asnaf zakat, yaser, din, arif, nad & kak mislia.....

Adik2!!! Semoga berjaya dalam hidup ya..... Teruskan perjuangan mu didalam menuntut ilmu....



Persembahan yang teristimewa buat adik-adik tersayang

Monday, May 18, 2009

Good Luck In Exams.........




Good Luck & Do The Best.....!!!!



Assalammualaikum, adik-adikku sekalian.......... Apa khabar yer?? Abg harap adik-adik yang mengenali abg, semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...... Bulan ni kebanyakkan sekolah-sekolah semuanya dalam bulan peperiksaan....... Hmm, mcm mana adik-adik semua??? Dah bersiap sedia untuk ke dewan peperiksaan??


Jangan takut kalau adik-adik semua dah study awal.... Adik kenala yakin pada diri sendiri..... InsyaAllah, abg tahu, adik-adik semua mesti dah wat preparation awal punya... So, untuk exam pertengahan tahun ni, watla yang terbaik ya... Jadikan exam ni sebagai tempat untuk kita mengukur prestasi kita & segala2 yang telah kita belajar.... Yang paling penting, adik-adik semua mestila fokus pada study dan janganlah terlalu takut untuk exam sehinggakan ia boleh memudaratkan diri adik-adik........


Adik-adik, Jawablah dengan sebaik yang mungkin ya.... Dapatkanlah keputusan yang cemerlang untuk hadiah kepada ibu bapa kita agar diorang bangga kerana mempunyai anak yang cemerlang macam kita.... Jangan hampakan harapan mak & ayah kita untuk melihat anaknya berjaya & memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Exam.. Adik-adik, segala apa yang kita lakukan tu mestilah disusuli dengan DOA kepada Allah yang maha berkuasa terhadap segala-galanya..... Ingat, lakukanlah solat hajat untuk memohon kecemerlangan dari Allah swt supaya Dia memberkati usaha kita untuk mencapai kejayaan.........


Gunakan tips ni dalam hidup adik-adik yer iaitu DUIT........ D-0a,U-saha,I-stiqamah, T-awakkal............. InsyaAllah, kejayaan akan sentiasa bersama ngan kita semua...... Adik-adik tingkatkan usaha agar kita senang untuk menempuhi peperiksaan ini... Hmm, tapi adik-adik jangan lupa memohon restu pada mak & ayah serta minta maaf pada diorang yer....... Juga pada guru kita, bermaafan la ngan diorang & segeralah meminta kepada diorang agar menghalalkan apa yang telah diorang ajar kepada kita.... Semoga kita semua Berjaya dalam bidang yang diceburi.




InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Allah memberi kecemerlangan di dunia & akhirat kepada kita............. Janganlah kita berputus asa untuk memohon daripada allah swt.... sentiasalah berdoa yer.... Semoga adik-adik semua berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.... Ammiiin....






Sunday, May 17, 2009

Latihan Pembangunan Sahsiah (LAPES 2)

Alhamdulillah, akhirnya Program LAPES 2 telah berakhir dengan jayanya walaupun mempunyai beberapa kelemahan....... Walau apa pun, kami semua saliang lengkap melengkapi agar dapat meminimumkan segala kelemahan & kesilapan yang telah kami wat......... huhuhu........ Akhirnya, Program ni memang gempak ar.... hehehehe......

Program ini telah berlangsung selama 2 Hari 1 Malam kat Cahaya Ummi Islamic School (CUIS), Sentul...... memang best sangat program kat situ walau pada mulanya aku agak kekok & malu ngan diorang... Yela, 1st time kan.... huhuhu... Tapi diorang semua gempak & santai jer.... Boleh dikatakan, aku boleh masuk la tapi lambat sikit......... hahahhaha.. Hmm, kat program tu, aku la fasi yang paling muda... hahahhaa..... Yela, yang lain2 semuanya boleh dikatakan 22 Tahun keatas.... Antara yang sama2 menjayakan program LAPES 2 ni ialah Abg Firdaus, Abg Umar, Abg Sirat, Abg Syafiq, Abg Iqram, Abg khalil, Kak Mar, Kak Husna, Kak Wani, Kak Yati & Adib...... Sebenarnya diorang semua ni dari Ukhwah.Com......... Rasa bangga plak dapat join program ngan diorang ni......... hehehehe........

Adik-adik kat sekolah tu memang best & happening ar... seronok tengok celoteh & telatah diorang.... ada yang manja, ada yang nakal, ada yang berimaginasi tinggi......... hmmm, macam2 la..... Tapi, aku dapat rasakan yang diorang ni memang dari kalangan cerdik pandai....

Mula2nya diorang panggil aku ngan gelaran 'USTAZ', tapi aku xbenarkan sebab aku dapat rasakan macam ada jurang yang sangat jauh diantara aku ngan adik2 ni, so aku suh la diorang pamggil aku ABG HAfiZ..... huhuhu........ Aku rapat sangat ngan diorang, rasa macam dah lama kenal plak.... hehehhee...

Ape pon aku nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Atiqah & pihak CUIS serta abg2 & kakak2 Ukhwah.com kerana telah sudi menjemput aku dalam menjayakan program LAPES 2 ni.. seronok sangat dapat bekerjasama dengan korang semua... macam2 aku dapat belajar dari korang semua... KEEP IN TOUCH ye........ Semoga kita semua dapat bekerjasa lagi pada masa akan datang....


Kenangan bersama adik-adik Muslimin CUIS


Adik-adik yang happening & ceria



ps: kalau ada LAPES 3, jemputlah lagi ek....... ahahhahaha.........

Friday, May 8, 2009

Steamboat yang menyelerakan.........

"Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapalah yang tahu.........."


hmmmm, rezeki kami la katakan......... hahahaha........ Malam tu tanpa di sangka-sangka & dirancang, tetiba adalah seorang Hamba Allah ni mengajak kami ke satu tempat yang agak mahal la gak... Mula2nya, memang kami malu la gak....... tapi, segan gak nak tolak pelawaan beliau... So, apa lagi, kami terima je la ngan hati yang ikhlas......... hahahaha....... lagi2 kalau diajak makan........ Rezeki jangan di tolak......... huhuhu.......
Makan je brapa banyak pon, harga tetap sama........ huhuhu........ mula2 dengar agak terkejut la gak, yela kalau makan sikit, rugila plak...... hehehehe.......... Kami semua makan memang banyak la gak...... sehingga masing2 perut jadi macam Perut Badut......... hahahha....... maju kehadapan........

Aku sebenarnya xmakan seafood, tapi saperla tahan dapat tengok SOTONG, UDANG besar2 & lain2....... banyak plak tu... Aku pon makan je la.. Saat tu aku dah lupa yang aku ni alergic .......... hahhahaha......... time tu aku makan udang memang banyak sangat......... sedap wooo.......... Xpercaya cubela gi makan kat sana....... hehehehhe........ kami kat restoren tu lama la gak....... lebih kurang 1 jam lebih kot......... hehehe.. rezeki berlimpah la katakan....... huhuhhu........ Lagi2 dapat makan semeja ngan orang yang sangat dihormati iaitu Ustaz Suhaimi & isterinya....... memang bangga la gak........ hehehhee.........

Balik je, aku terus telan ubat ZYRTEC......... takot la beb...... xtahan wooo.......... sampai sekarang aku dapat rasakan panahan akibat makan seafood tempoh hari tu........ huhuhuhuhu........... walau apepon, aku puas la sebab makan seafood hingga betul2 kenyang........ sakit pon xpe........ hahahahahha.......... Malam tu aku memang betul2 bersyukurla kerana ada orang yang sudi belanja makan di tempat yang macam tu....... hehehe........ terima kasih banyak2 yer..........


Kenangan Makan steamboat bersama Ustaz Suhaimi & isterinya.......

Thursday, May 7, 2009

Sambutan Ulangtahun Ke 20 Asrama Damai Kuang..



Kenangan Ikhlas daripada Pihak Asrama Damai kepada MB Selangor



Alhamdulillah, sambutan ulangtahun ke 20 Asrama Damai dah pon berakhir dengan jayanya....... Semuanya berjalan seperti yang dirancang........ Ramai sungguh yang hadir pada hari tersebut termasuklah orang2 kenamaan seperti Pengarah JAIS, MB Selangor dan lain-lain...... Memang meriah la...... huhuhuhu....

Memang penat sangat ari tu, tapi aku rasa puas hati sebab dapat memberi bantuan & kerjasama dalam menjayakan Sambutan tersebut....... Memang happening n enjoyla sebab semua komiti mantap2 belaka...... Sebab tula sambutan ni berjaya dengan gilang gemilanya............ hehehhehe....... Antara artis yang menjayakan konsert pada sambutan ini ialah Rabbani, Saujana, UNIC dan Nazrey Johani.. Memang gempakla konsert tersebut.... hehehehehe..........

Ape pon, aku ucapkan Tahniah kepada Tuan Haji Suhaimi bin Dzajuli iaitu Pengetua Asrama Damai yang telah berusaha dengan gigihnya untuk menjadikan Asrama Damai seperti sekrang........ Aku tahu betapa susahnya beliau nak hidupkan umah anak2 yatim ni.. Pelbagai dugaan yang dia hadapi tapi dengan berkat usaha & tanggungjawabnya bliau terhadap anak2 yatim ni, beliau teruskan niat untuk memastikan Asrama Damai ni berjaya seperti sekarang... Syabas aku ucapkan...........






Kenangan bersama Ustaz Nazrey Johani & adik2 Asrama Damai Kuang



UNIC turut bersama dalam menjayakan Program Sambutan Ulangtahun ke 20 Asrama Damai

Jumpa SIDI AF 7 Bersama Skuad ERA AVANZA........

Hmm, tak disangka2 kami telah berjumpa ngan Sidi AF 7..... xla minat sangat.... huhuhu.... Time tu hanya aku, Muzakkir & Enjang (ADK)..... Pada mulanya, kami terdengar kat radio Era yang Skuad Era Avanza ada kat sekitar Shah Alam... Kebetulan la pulak sebab time tu kami kat sana tengah cari sponsor untuk program Sambutan Ulangtahun Ke 20 Asrama Damai. Tetiba, ternampak Skuad Era Avanza kt tapak letak kereta, so apa lagi.... Singgahla........... hahhaha.......... dapat Air Revive n Roti Gardenia free......... hmm, rezeki la katakan.......... hua3.... Sempatla gak amik gambar ngan geng2 Skuad Era Avanza........ mencapub la katakan........ hua3...

Tapi jangan jeles, kami dapat Majalah AKSI, CD Rossa yang terbaru, Topi ERA & macam2 lagi.... so, cepat2la kejar Skuad Era Avanza...... Tapi kami xkejar pon...... hahahhahaa...... Inilah dinamakan rezeki orang yang membuat kebaikan......... hahahahah.. Syok Sendiri plak.......

Ape pon, Terima Kasih Banyak2 yer SKUAD ERA AVANZA........ lain kali bagila kami hadiah lagi.... hehhehehe......


Bersama Skuad Era Avanza & Sidi AF 7



Enjang (ADK), Aku(Hafiz), Sidi AF 7 & Muzakkir