"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Friday, December 24, 2010

My Becoming Birthday.. (^__^)

AM I GETTING OLD...?????

Oh my god...!!! Oh no....!!!! I'm still young keyh... Btw, i'm still virgin... ahhaha.... =)


Huhuhu... Excuse me, bukan semakin tua la, cuma umur je yang semakin meningkat.... hehhee.... Apa azam aku tahun ini ek..? Hmm... Nak jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini dan nak tingkatkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah swt... Aku juga berharap aku dapat menjadi anak yang soleh yang terbaik untuk kesejahteraan mama & abah kesayangaku.... Love them so much.... =)

Pada 31 Disember 2010 ni, genapla umur aku 22 tahun... Fuhh.... Dah mencapai angka yang besar tu... Alamak... Semakin risau la dibuatnya.... Bila la nak capai impian hidupku ni....?? Bila la kahwin ni...? Hahhaha....

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau rahmatilah & berkatilah hidupku ini agar sentiasa mendapatkan Hidayah & Makrifah daripadaMU... Amin.... =)


InsyaAllah, pada 1 Januari 2010 ini, aku akan mengadakan sedikit jamuan dan doa selamat untuk meraikan Birthday aku yang ke 22 tahun.. Hadiah yang paling bermakna buat diriku ialah, apabila dapat meraikannya bersama-sama keluarga tercinta & kawan-kawan yang tersayang.... ehhehe... =)
Tak sabar untuk menantikan saat-saat kegembiraan pada malam tersebut... hmmm... Semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah....


HAPPY BECOMING BIRTHDAY, ABDUL HAFIZ ALBAR



Monday, December 20, 2010

Induksi Fasilitator Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati


Pada 19 Disember 2010 yang lepas, aku telah berpeluang untuk mengikut Induksi Fasilitator Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati yang telah diadakan di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur bersebelahan dengan Masjid Negara.... Induksi tersebut telah dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy... Alhamdulillah, aku adalah salah seorang daripada 80 orang fasilitator yang terpilih untuk membantu bersama-sama dalam menjayakan Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati nanti.....

Induksi tersebut telah membuatkan diriku berkobar-kobar & bersemangat tinggi untuk bersama-sama menjayakan Himpunan nanti dengan hati yang ikhlas & tenang.... Walaupun hampir separuh fasilitator yang tak hadir pada hari induksi tersebut, tetapi kemeriahan & semangat sahabat-sahabat fasilitator yang ada sangat menghiburkan dan menjadikan keadaan riuh rendah dan percambahan idea yang terlalu banyak... InsyaAllah, semoga idea-idea yang ada akan menjadikan himpunan nanti berjalan dengan lancar dan jayanya.... =)

Banyak perkara yang telah aku perolehi dari Induksi tersebut, diantaranya ialah bagaimana untuk menetapkan matlamat diri, self confident, senarai impian hidup, perkongsian tentang JOHN GODDARD, tentang rumah-rumah Bimbingan Puteri Raudhatus Sakinah dan macam-macam lagi... Rasa bangga sangat sebab berpeluang berada di Induksi tersebut... Syukur Alhamdulillah...... =)


Harimau Berantai para Fasilitator Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati - Sis Sally


InsyaAllah, himpunan 1000 jiwa 1 hati tersebut akan dihadiri oleh seramai 1000 orang yang akan bersama-sama melaungkan kata-kata ANDA BIJAK JAUHI ZINA... Antara aktiviti yang akan dijalankan nanti ialah diskusi, Qiammulail, Bicara senja dan lain-lain lagi...... Semuanya akan membawa hati para-para remaja dan belia untuk menanam & menyematkan dalam diri agar membenci perbuatan zina & maksiat...


Ummi Rosmawati memperkenalkan modul Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)


Antara trainers yang turut hadir bersama-sama kami pada induksi yang lepas ialah Sis Sally, Sis Jaja, Sis Rokiah, Sis Aini, Bro AO, Bro Izat dan tidak lupa juga orangnkuat Raudhatus Sakinah MAster iaitu Ummi Rosmawati.... =) Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada para trainer yang tak jemu-jemu & bosan memberikan kami pendedahan dalam menjayakan himpunan nanti... Semua trainers hebat-hebat belaka & meyakinkan kami semua... Anda semua terbaikk & cayalah.... =)




Untuk pengetahuan semua, Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati akan diadakan pada 31 Disember 2010, bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur dan Masjid Negara... InsyaAllah, sama-samalah kita berdoa agar Himpunan tersebut diredhai dan dirahmati oleh Allah swt dan Himpunan ini berjaya mencapai objektifnya.... (^____^)


Flyers Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati =)

Saturday, December 18, 2010

Permaisuri Yang Cerdik - Thaqifah Umairah





Comel tak....?? ahhahaha......
ada iras-iras macam her uncle tak...? Kuii3...

Picture ni diambil semasa dalam kerata.... Umairah dalam perjalanan nak gi kutip duit raya.... Untuk pengetahuan semua, duit raya Umairah tahun ni banyak wooo.... Boleh la uncle nak pinjam sikit... nak gi liburan.... ahahha.... peace umairah busyukk....!!!






Picture ni dalam kereta jugak... Hehehe... Umairah ni sebenarnya kaki berjalan je... Pantang wan & mak tok dia keluar je, mesti merengek nak ikut sama.... yelahh, wan ngan mak tok dia ni manjakan dia... cakap je nak apa, sure la wan dia belikan.... hmm.... Ni la yang bikin aku panasss ni.... Haahaha.... Kiss Umairah kang... Mmmuuuaaahhhh.... =)
Love you so muchhh Umairah busyukkk...!!
dah lama tak kiss umairah...!!! hahaha.... :p






ala-ala model pulak anak buah aku sorang ni.... Dasyat-dasyat.... ahhahaa.... Picture ni masa Umairah gi liburan kat Pulau Langkawi.... huhuhu.... Fuhh... Bertuah punya anak buah... Gi langkawi tak ajak her uncle pon... Teruk betul... Nak kena Hug & Kiss ni... tunggula miss Umairah oiii..... hahaha... Time ni Miss Umairah dah ada 2 kuntum gigi.... Tengokla... Gigi ni la yang selalu dia dok gigit mak tok dia.... Apa nak jadi la Umairah ni.... Panas baran sungguh.... Ikut perangai sapa la ni.... ahhahaa... wek3... Kalau kita jumpa nanti, uncle nak gigit Umairah pulak.... Padan muka Umairah... =)


Alamak...!!! Comelnya permaisuri sorang ni.... ehhehee... Bukan main posing lagi sayang uncle ni... ehhee... cute sangat.... Nak kiss sikit boleh tak...? ehhehe.... Padahal, time ni Umairah tengah cover kain dia yang terangkat sebab ditiup angin.... Hahhaa... Umairah kantoi... wek3.... =)
Agak-agak bila besar nanti, Putera mana la yang nak masuk meminang Permaisuri sorang ni... Adakah Putera Katak...? ahhaha.... Fuiyooo.... Popular la anak buah aku ni.... Apa pon, uncle doakan yang terbaik untuk Umairah... Semoga Umairah berjaya didunia & akhirat... Dan berjaya menjadi insan yang solehah... =)

Kenduri Kahwin Anak Tuan Haji Khairom


Disaat menjamu juadah yang sangat enak di majlis kenduri tersebut... (^__^)
Kami dihidangkan juadah yang sangat enak sehinggakan perut tidak dapat menerima lagi makanan yang dihidangkan... ahhaa... dasyat tu... Rezeki daripada Allah swt... Antara hidangan yang disediakan ialah ayam golek, dalca, puding jagung & tempeyek... Fuhh... sedap sangat-sangat.... Layanan yang disediakan mengalahkan kami ni tetamu VVIP... Terharu sangat-sangat... =)



Sambil menjamu selera yang disediakan oleh pihak kenduri, kami disajikan dengan persembahan silat oleh adik-adik PPR Pantai Ria.... Sangat hebat & cekap... Setiap pergerakan yang ditunjukkan membuat kami terhibur... Terima kasih yang tidak terhingga kepada adik-adik PPR Pantai Ria... Tidak lupa juga kepada akak-akak & makcik-makcik & pakcik-pakcik PPR Pantai Ria diatas layanan yang sangat mesra & sangat terbaik buat kami....


Bersama adik-adik PPR Pantai Ria yang sangat ceria & mesra dalam melayan kami semasa berada di majlis tersebut... thankz a lot adik-adik sekalian... =)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Khairom kerana sudi menjemput kami semua ke Majlis kenduri perkahwinan tersebut.... =)


Friday, December 17, 2010

Kem Pewaris Generasi Soleh & Solehah




KEM PEWARIS GENERASI SOLEH DAN SOLEHAH......!!!!

Ihsan...!!!!!!
Iman...........!!!!!
Taqwa..........!!!!!!!!!!
Itulah prinsip untuk menjadi insan yang soleh & solehah... InsyaAllah... <3



Bergambar kenangan bersama para peserta kem & tetamu kehormat


Alhamdulillah, kem perwaris generasi soleh & solehah ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam iaitu pada 04 - 06 Disember 2010... Kem ini telah dianjurkan oleh PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama PPR Pantai Ria & rumah anak yatim Ulu Selangor.... (^__^) Kem ini telah diadakan di Kem PLKN Port Dickson Negeri Sembilan yang telah disertai oleh seramai lebih kurang 90 orang peserta dan 8 orang fasilitator....


Nyanyian lagu tema Masih Ada Waktu oleh para peserta kem


Para peserta telah diagihkan kepada 8 kumpulan kecil yang telah diketui oleh seorang fasilitator untuk setiap kumpulan... Antara sahabat fasilitator yang turt bersama-sama menjayakan kem ini ialah Ammar, Zikri, Edy Sofian, Adibah, Rafida, Hazani, Aisha dan Siti Hafsah....
Antara urusetia yang turut membantu dalam perlaksanaan belakang tadbir ialah Jijie, Yana, Azizan dan juga diriku sendiri... ehhehe.... =)


Antara aktiviti yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ceramah dari PERKASA UKM, Slot Aspirasi REMAJA, Flying Fox, Permainan bermodul, Qiammulail dan macam-macam lagi.... =)

Lagu tema bagi kem ini ialah Masih Ada Waktu yang telah dipopularkan oleh kumpulan Rast... Alhamdulillah, lagu ini mempunyai maksud yang terbaik bagi remaja untuk mengikis sifat-sifat MAZMUMAH & mencari serta menanamkan sifat-sifat MAHMUDAH dalam diri.... =)




Kem ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan.... Antara tetamu kehormat yang turut bersama dalam Majlis penutupan Kem Pewaris Generasi Soleh & Solehah ialah YBhg Datuk Rahmah, Pengerusi PERKIM Negeri Sembilan, YBhg Datuk Ibrahim Thamby Chik, Setiausaha UMNO Pantai Dalam, dan Tuan Haji Khairom, Pengerusi Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria....


Kenangan terindah yang sukar untuk dimiliki jikalau tanpa kasih sayang kerana Allah

InsyaAllah, semoga para peserta dapat mengamalkan segala nasihat-nasihat dan bimbingan yang telah disampaikan oleh abang-abang & kakak-kakak fasilitator... semoga mereka semua dapat menjadikan diri mereka sebagai seorang insan yang soleh & solehah.... =)


SOLAT TIANG AGAMA......


Bintang Klasik Nasional 2010 Peringkat Akhir - Fitri Hakim


Fitri Hakim menyanyikan lagu Tiada Esok


Tanggal 28 November 2010 yang lepas, adikku Fitri Hakim telah berjaya berjaya mendapat NAIB JOHAN Pertandiingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2010.... Pertandingan tersebut telah diadakan di Auditorium Tunku Chik, Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan.

Alhamdulillah berkat doa, sokongan & dorongan semua pihak, Fitri Hakim telah berjaya di isytiharkan sebagai Naib Johan... Tahniah & syabas diucapkan kepada Fitri Hakim.. =)

Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Fitri Hakim sekeluarga akhirnya telah membuahkan hasil yang sangat cemerlang dan kini Fitri Hakim telah menjadikannya dirinya sebagai seorang remaja yang berbakat besar dalam bidang nyanyian & hiburan.... (^__^)


Bergambar kenangan bersama emak & kakak Fitri Hakim


Walaupun, pada tahun ini Fitri Hakim terpaksa mengharungi 2 cabaran yang sangat besar iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Pertandingan Bintang Klasik Nasional tetapi Fitri telah berjaya menjadikan 2 cabaran tersebut sebagai satu ujian untuknya menguruskan masa dengan sebaik yang mungkin untuk menjadikan Fitri bukan sahaja cemerlang dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam bidang Akademik... InsyaAllah... Sama-sama kita doakan agar Fitri berjaya menjadi seorang penghibur yang terkemuka.. Amin..

Dengan berkat & doa daripada ibu bapanya, Fitri terus gigih & berusaha untuk mencorakkan warna-warni kehidupan yang gemilang pada namanya agar dia berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur terkemuka tanah air...

Kini, fitri telah berjaya mengharungi SPM & Bintang Klasik Nasional dengan penuh keazaman & kekuatan dari segi fizikal & mental... Syukur Alhamdulillah, Fitri seorang remaja yang tidak pernah untuk mengenal sifat PUTUS ASA dan dengan inilah dia terus mencabar dan mencabar dirinya agar terus cemerlang pada masa hadapan... =)

Sekali lagi, diriku ini ingin mengucapkan Tahniah & syabas diatas kejayaan Fitri sebagai Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2010... Pada malam tersebut Fitri telah menyampaikan lagu Tiada Esok.. (^__^)

Bersama Fitri Hakim - Naib Johan Pertandingan Akhir BKN 2010


Jutaan terima kasih yang tak terhingga jugak diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku yang sanggup bersusah payah untuk memberi sokongan, dorongan, semangat & doa kepada Fitri... Thankz a lot to everybody... Love you all so much... Semoga Allah swt dapat membalas jasa baik kalian semua dalam apa jua cara... InsyaaAllah... =)


Bersama sahabat aku, Saudara Ammar


Sejarah 10 Muharram


Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut mempuyai sejarahnya iaitu :

  1. - Terbunuhnya Saidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'
  2. - Diterima taubat Nabi Adam a.s
  3. - Dicipta Nabi Adam a.s
  4. - Dimasukkan Nabi Adam a.s kedalam Syurga
  5. - Dicipta Arasy', Kursi, Langit, Matahari, Bulan, Bintang-bintang
  6. - Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s
  7. - Selamatkan Nabi Ibrahim dari Api Namrud
  8. - Selamatkan Nabi Musa dari pengikutnya
  9. - Lemas Firaun
  10. - Dilahirkan Nabi Isa a.s
  11. - Diangkat Nabi Isa a.s ke langit
  12. - Diangkat Nabi Idris a.s ke langit
  13. - Mendaratnya kapal Nabi Nuh a.s dengan selamatnya diatas Bukit Judy
  14. - Nabi Sulaiman a.s diberikan kerajaan yang besar
  15. - Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
  16. - Nabi Ya'akub a.s dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta
  17. - Dikeluarkan Nabi Yussuf a.s dari telaga buta
  18. - Disembuhkan Nabi Ayuub a.s daripada penyakitnya
  19. - Hujan yang pertama turun dari langit kebumi

Ibadah Qurban di Kampungku...


Alhamdulillah, pada tahun ini diriku sekeluarga berkesempatan lagi untuk menyambut Hari Raya Aidiladha... Walaupun disambut secara sederhana, tetapi kami sekeluarga dapat merasai erti sebenar pengorbanan.... Berkorban apa sahaja demi AGAMA, BANGSA & NEGARA... InsyaAllah... Semoga segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh kami sekeluarga diredhai, diberkati & dirahmati oleh Allah swt... Amin...

Pada tahun ini, mamaku yang tercinta telah mejalankan ibadah Qurban di Kampung kelahirannya iaitu Kg Baru Tepi Laut, Air Hitam, Kerpan.. Seekor lembu telah direbahkan dan dikorbankan dihadapan rumah atok aku... Suasana ketika acara Qurban dijalankan sangat meriah.. Daging lembu juga diagihkan kepada golongan-golongan yang memerlukan dan orang-orang miskin... Mama kesayanganku ada mengadakan sedikit jamuan Qurban untuk sanak saudara yang hadir... Makanan memang cukup menyelerakan sehingga membuatkan beran badanku bertambah... huhu... =)


Wednesday, December 15, 2010

Program Insan Mumtaz ~ SMKTD



Semoga air mata keinsafan ini akan membantu kita diakhirat kelak... InsyaAllah...

Insan MUMTAZ...!!!
Semua orang akan terkejar-kejar untuk mendapatkan gelaran seorang insan yang MUMTAZ..... Insan yang MUMTAZ dari segala segi samada segi pelajaran, akhlak, hamba kepada Allah dan macam-macam lagi.... Tapi cara yang macam mana kah kita untuk mendapat gelaran INSAN yang MUMTAZ...?!!

AMAR MAARUF & NAHI MUNGKAR...!! InsyaAllah...


Bergambar kenangan bersama adik-adik Program Insan Mumtaz 2010


Alhamdulillah, pada 12-13 November 2010 yang lepas, aku dan sahabat-sahabat dari Impia Mumtaz Management yang lain telah bersama-sama menjayakan Program Insan Mumtaz anjuran Sek Men Keb Taman Desa, Rawang... Program tersebut telah dijalankan selama 2 hari 1 malam iatu pada hari sabtu & ahad... Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya program itu agak kelam kabut sedikit... Tapi dengan kerjasama dari pihak IMM & guru-guru SMKTD, akhirnya program itu telah berjalan dengan lancar....



Program Insan Mumtaz telah dihadiri oleh seramai 47 orang pelajar yang berumur 14-16 tahun..... Tahniah & syabas diucapkan kepada adik-adik peserta program tersebut kerana telah menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang mumtaz sepanjang berjalannya program tersebut... Semuanya telah menyematkan & menanamkan semangat untuk melakukan perubahan ke arah insan yang lebih hebat & berakhlak tinggi... Syukur Alhamdulillah.... =)


Aktiviti riadah yang telah dijalankan oleh para peserta program


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah Program Insan Mumta iaitu Ustaz Shahiid, Ustaz Fakrur Rozi & Ustaz Faizal Mohd diatas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.... Semoga Allah merahmati & memberkati kalian semua... InsyaAllah.... =)


Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Explorace, Ceramah Tafsiran AL-Fatihah, Qiammulail, Malam Insan Mumtaz, Ceramah Siapa Remaja, Aspirasi S.T.E.P dan banyak lagi... semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan dengan respon yang terbaik & cemerlang daripada adik-adik SMKTD.... Love you all so much... (^__^)



Adik-adik peserta Program Insan Mumtaz telah menunjukkan sikap yang positif sepanjang program berlangsung... Semuanya telah menanamkan azam dan semangat untuk melakukan perubahan agar menjadi anak yang soleh dan solehah... Saat yang paling terharu adalah apabila salah seorang peserta telah mencampakkan sekotak rokok dan telah mengalirkan air mata keinsafan.... Ya Allah Ya Tuhanku, semoga adik-adik ini akan terus istiqamah berada dijalanMu ya Rabb... InsyaAllah....

Aku doakan agar adik-adik ini berjaya didunia & juga diakhirat... Kami sebagai abang2 & kakak2 fasilitator sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian... kami sayangkan korang seperti adik-adik kami sendiri... Semoga ukhwah kita semua berpanjangan kerana Allah swt..


Tazkirah Zohor yang telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Ammar



Antara sahabat-sahabat Fasilitator yang telah menjayakan Program tersebut... =)



Makan secara berjemaah dapat merapatkan ukhwah diantara kita semua


Bintang Klasik Nasional 2010


Pada 6 Nov yang lepas, adikku Fitri Hakim telah berjaya memasuki Pertandingan Bintang Klasik Nasional 2010 peringkat separuh akhir yang telah diadakan di Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan... Alhamdulillah, dalam seramai 12 0rang peserta lelaki, Fitri Hakim telah disenaraikan sebagai salah seorang peserta yang layak ke peringkat akhir.... Tahniah & syabas diucapkan.....

Pada malam itu, Fitri Hakim telah menyanyikan lagu Gelap Gelita... Fuhh... Memang suaranya sangat gemersik dan memukau semua penonton yang ada dalam auditorium tersebut.... ehhehe... (^__^)


Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan juga kepada sahabat-sahabatku yang sudi memberi sokongan kepada Fitri Hakim dalam pertandingan tersebut... thankz a lot.... =)

Fitri Hakim mendendangkan lagu Gelap Gelita



Saat diumumkan sebagai salah seorang daripada 6 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir....


Friday, December 10, 2010

Rakaman SENARIO di Shah Alam..


Pada 3 November 2010 yang lepas, aku dan beberapa orang sahabatku telah bersama-sama menyaksikan siaran rakaman senario yang telah diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam....
Rakaman yang cukup mengasyikkan & juga menghiburkan kami semua... =)
Terasa happy & kelakar sangat kat sana... Tenang je fikiran ni tanpa memikirkan sebarang masalah yang selalu menghantui diriku ini... Hahahhaha.... Cayalah abang2 Senario & kak Watie.... terbaikkk ar..... =)






Kenangan terindah bersama abg Mazlan Pet Pet.... kelakar sangat.... Memang spontan abis ar lawak abg mazlan ni... Tak kering gusi kalau bersama ngan dia.... ehehhee.... =)


Bergambar kenangan bersama Abg Wahid Senario..... =)


Bersama Kak Watie & Geng Senario..... (^__^)




















Peace not war Kak Watie.... =)
hehehee...... kak watie sangat sporting & kelakar.... terbaikkk ar.... memang fun ar bila berborak-borak ngan kak watie.... tak sombong & berlagak.... =)









Menziarahi Adik Irfan Azhan di Sepang



Pada 2 November 2010 yag lepas, aku dan beberapa orang sahabat telah menziarah adik Irfan Azhan yang akan bertolak ke Yaman selama 1o minggu.... Dia akan berada di sana bagi meneruskan pembelajarannya dalam bidang Pengajian Arab.... Alhamdulillah, irfan yang baru berumur 12 tahun telah berjaya dipilih untuk meneruskan pembelajaran disana selama 10 minggu... InsyaAllah.... sama-samalah kita doakan agar dia berjaya dengan cemerlangnya di sana... Amin... =)



Bergambar kenangan bersama adik Irfan Azhan....



Riak wajah Irfan yang tak sabar untuk belajar di Yaman