"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Saturday, January 31, 2009

Cepat Mengalah!!! Cepat Putus Asa!!! Cepat Lemah Semangat!!!


Nak berdakwah ni bukan mudah tapi xsusah!!!! hmm.. mcm mana tu...? Sebenarnya, nak berdakwah ni perlukan kesabaran yang amat besar.. Al-quran juga ada menyebut iaitu :-
“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati daripada rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah ini tidak pernah sunyi daripada ujian dan pelbagai dugaan.. So, kita perlulah tanamkan azam & tekad yang kuat untuk mengahadapi pelbagai ujian & dugaan ini.. Jangan la sesekali kita merasa mudah untuk 'give up' dengan keadaan sekeliling .. Fikirkanlah, kalau kita mudah mengalah, macam mana kita nak atasi pelbagai masalah ummat zaman sekarang??? Macam mana?? Siapa yang nak buat semua ini??!! Aku mengharap sangat agar sahabat-sahabat yang lain mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai. seorang da’ie itu harus memastikan dua perkara ada dalam dirinya iaitu membina pengaruh dan memastikan pengaruh yang diperolehi itu tetap bersih daripada unsur-unsur yang tidak sihat, dan jangan sampai penghormatan sampai ke tahap ta’sub dan memuja-muja dan da’ie itu sendiri jangan hanyut dalam populariti dan pengaruh yang diperolehi sehingga dia lupa daratan dan menyimpang dari tujuan dakwah yang sebenarnya. Semua perkara ini sangat penting bagi seorang da'ie kerana kita hendaklah sentiasa menanam dalam diri kita iaitu segala-gala yang dilakukan mestilah kerana Allah swt.. Selain itu sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'
(Al-Israa’: 78-80)

Wahai sahabatku sekalian, marilah kita pertingkatkan dakwah kita ke setiap pelusuk kerana zaman sekarang ramai saudara kita yang kurang didikan agama.. Yang cetek ilmunya tentang isu agama... yang bodoh sombong tentang Islam.. Kasihanilah mereka.. Aku tahu, mereka sangat memerlukannya, tetapi mereka tak tahu bagaimana hendak mendapat ilmu tersebut & tak der orang yang cube membantu mereka.. Marilah kita cuba menjadikan diri kita dan sahabat-sahabat yang lain adalah calon -calon yang bakal masuk kedalam syurga.. InsyaAllah.. Inilah peranan kita... Usahlah kita gentar dan gusar lagi andai kita sudah dekat dengan Allah S.W.T. kerana Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang dibisikkan oleh Ilahi kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.

“...Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” (Thaahaa: 46)



*p/s : Kepada sahabat-sahabatku, jadikanlah teguran & kritikan itu sebagai satu semangat untuk kita pertingkatkan lagi dakwah kita & jangan sesekali kita merasa cepat putus asa kerana sifat beginilah yang akan memusnahkan Umat Islam...!!!!

Thursday, January 29, 2009

KEIKHLASAN SESEORANG INDIVIDU....


Assalammualaikum... Seperti yang kita semua tahu, setiap Hamba Allah yang ada di muka bumi ini perlulah mempunyai sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang terpuji sahaja seperti akhlak Rasulullah saw. Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap kelebihan yang ada pada diri kita ini ialah hanya pinjaman sahaja.. Semuanya adalah hak milik mutlak Allah swt. So, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.. Kita patut merasakan yang diri kita ini sangat hina dan kerdil, janganlah kita terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehinggakan nak membantu orang yang dalam kesusahan pon hendak mengungkit.. Kenapa?? Hebat sangat ke diri kita ini??? Sesungguhnya, Allah swt lebih hebat dan lebih kuasa keatas setiap ciptaanya..... Aku merasakan sangat sedih & terkilan bila mendengar & mengetahui seseorang yang memiliki kehebatan terlalu berkira & sentiasa mengungkit sebelum melakukan sesuatu... Kenapa semua ini berlaku?? Adakah hebat sangat sehinggakan perlu mendaulatkannya??? Hmm... Entahla.. semakin banyak ilmu, semakin berlagak seseorang itu.. Aku pon tak tahu kehidupan didunia ini... Adakah aku ni sombong sangat?? Berlagak ke aku ni sehinggakan aku dipertikaikan bila aku meminta pertolongan yang sangat penting?? Setahu aku, sebagai umat Islam, kita patut bantu-membantu antara satu sama lain jika orang lain memerlukan pertolongan, bukannya mengungkit perkara silam yang belum tentu betul dan sahih kebenarannya... If seseorang tu pernah melakukan kesilapan pon, tak kanlah sehingga perlu simpan didalam hati dan mengungkit. Dendam?? Untuk apa?? Sedangkan Nabi kita Rasulullah saw pon tidak pernah berdendam dengan orang yang telah baling tahi ke dirinya.. Inikan kita?? hah... Dasyat gila daulat kita!!! Tolonglah... Kita perlu ingat, tidak semua manusia di muka bumi Allah swt ni sempurna.. Setiap orang yang hidup ni tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar..

So,kita janganlah menghukum saudara kita dengan perbuatan zalim kita sewaktu dia memerlukan pertolongan daripada kita... For the example, seorang Doktor, perlukah kita selalu berjumpa dengan dia jika tidak sakit??? Perlukah kita selalu mendampinginya kalau kita tidak memerlukan sebarang pertolongan (Nasihat kesihatan)??? Tidak perlukan? Jadi, if kita memerlukan pertolongan, dia mestilah segera membantu kita kan... Sebab tugasnya seorang doktor... Keikhlasan sangat penting dalam kehidupan kita semua... So, fikir-fikirkanlah.... Jangan sampai tugas & tanggungjawab kita untuk membantu orang dalam kesusahan terabai dengan sifat ego dan berlagak yang ada pada diri kita semua!!!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sesungguhnya, aku sedar dengan kelemahan dan kekurangan diriku ini... Janganlah kerana Kesilapan masa silamku, pertolongan yang amat aku perlukan dilupakan begitu sahaja.. Aku kesal dengan sikap orang yang sebegini... KAlau marahkan sekalipun, jagalah adab-adab kalian sebagai orng yang dihormati & jika tak dapat membantu, katakanlah kepada ku.. Yang penting diri kita tu ikhlas bila melakukan sesuatu perkara... Dan janganlah dikau diam seribu bahasa... Terima Kasih kepada semua orang yang telah membantu diriku ini... Sorry for everything..


Renung-renungkanlah....... Selamat Bermuhasabah diri kita...

Wednesday, January 28, 2009

Berakhirnya Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009 (PeBIS) telah berakhir dengan jayanya pada 26 Januari 2009 tepat pukul 03.55 pm . Program PeBIS ini telah berlangsung di Kem Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang,Selangor selama 3 hari 2 malam bermula 24 - 26 Januari 2009. Program PeBIS yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Exco Belia & Sukan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini di hadiri oleh peserta-peserta PMG ke 9, ahli-ahli PEPIAS dari setiap kampus dan pimpinan PEPIAS Pusat. Seramai 120 peserta dari pelbagai IPT dan tempat telah menglibatkan diri didalam Program PeBIS ini. Program yang diketuai oleh Abdul Hafiz Bin Abdul Bar iaitu sebagai Pengarah Program PeBIS kali ini telah dijayakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang telah menaja perkhemahan ini dari segi alat-alatan, pengangkutan, khemah dan lain-lain. Antara objektif utama program PeBIS ini ialah menyediakan para belia yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi semangat juang dalam menghadapi cabaran, menggilap potensi dan jati diri kader-kader agar dapat menjadi lebih berketrampilan dan mempunyai peribadi da’ie yang baik serta menjadikan belia dan pelajar sebagai agen perubah bagi masyarakat yang semakin hari dilihat semakin jauh menyimpang daripada nilai-nilai agama dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program PeBIS ini ialah peserta-peserta dibahagikan mengikut FIRQAH, makan dalam Talam, Night Walk, Solat Berjemaah, Qiammulail, Obstacle, Rock Climbing, Ceramah yang disampaikan oleh Nizal Mohammad yang bertajuk 'Who Are we?? Why Must We??' dan macam-macam lagi. Perasmian penutup Program PeBIS kali ke 9 ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Amiruddin Shari, Adun Batu Caves merangkap Exco Belia & Sukan Selangor. Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan kehadiran Professor Dr. Muhammad Nur Manuty (Fellow Kanan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dan Saudara Zamani Mohd Karulani (Penghulu Mukim Batu) .


Kenangan Terindah Peserta Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009





Wednesday, January 21, 2009

Sebuah kehidupan di dunia ini...

Seperti yang semua orang tahu, pabila hidup kita semakin meningkat, kita akan berasa pelbagai tekanan dan tanggungjawab yang perlu kita pikul. Begitulah perjalanan hidup yang perlu & wajib kita tempuhi sebagai umat Islam. Tugas yang diberikan kepada kita amat besar iaitu sebagai seorang Khalifah, Hamba Allah dan juga Da'ie. Amanah yang diberikan ini perlu kita jadikan sebagai satu permulan untuk kita lebih bersemangat dan mengikis perasaan PUTUS ASA, kerana seseorang yang putus asa itu adalah tergolong daripada golongan yang akan memsnahkan hidup seseorang Muslim (Riwayat Imam Abu Daus) Walau ape pon, kita patut teruskan Perjuangan kita untuk sama-sama menyebarkan Agama Allah yang mulia ini kepada golongan sekarang ini iaitu remaja yang tahu tentang dosa & pahala, tetapi mereka lebih mengejar untuk melakukan dosa.. KENAPA SEMUA INI TERJADI?? KENAPA? Siapa yang patut dipersalahkan?? TAK PERLU MENCARI SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN, TETAPI kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan ini. Aku merasakan golongan zaman ini langsung tidak mengerti perbuatan yang mereka lakukan itu. Aku sedih kerana ape yang aku telah saksikan, seorang anak sanggup mengugut mak & ayahnya demi untuk kepentingan dirinya...!!! Kenapa semua ini terjadi Ya Allah..!! Mak & Ayah hidup ketakutan di dalam rumahnya sendiri. Bagi aku, mungkin ini satu ujian kepada sesebuah keluarga. Sedarlah wahai anak!! Huh... Tapi bagiku, keluargaku adalah satu keluarga yang begitu indah & bahagia sekali. Aku dapat rasakan nikmatnya apabila aku dah besar kerana mungkin pada waktu aku masih baby dan kanak-kanak aku masih tidak lagi mengerti pengorbanan seorang MAMA & ABAH. Aku hanya memberontak, keras kepala, semua orang perlu mengikut kehendak aku.... Tapi MAMA & ABAH aku tetap sabar, tabah mendidik & membesarkan aku. Mereka mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan aku, abg & adik. Ape pon, saat yang paling seronok & bermakna adalah pada zaman aku masih kecil lagi. Waktu itu, aku seakan-akan menjadi anak raja. Time makan?? Just gi makan je.. Nak tido?? Masuk bilik je... Nak duit?? Mintak je.. semua kehendak ku ditunaikan.. Ya Allah, begitu dasyatnya pengorbanan mama & abah aku... mungkin bukan aku je yang merasakan semua ini, semua orang juga merasakannya.. Tetapi kenapa kalian semua tidak mengingat jasa-jasa yang telah diorang berikan kepada kita?? Kenapa menyakitkan hati diorang?? Kenapa?? Tidakkah korang rasa ape yang diorang bagi itu cukup hebat?? cukup mengasyikkan?? Cukup memanjakan diri kalian?? Sedarlah wahai rakan-rakanku.. Ingatlah, tanpa mak & ayah, kita tak akan dapat merasa nikmat & tidak dapat merasakan hidup di dunia ini... Sekarang mulalah giliran kita pula untuk berkorban demi diorang. Belajarlah dengan cemerlang... Bekerjalah dengan sebaik yang mungkin... Marilah kita semua sama-sama menjaga & menyayangi ibu & ayah kita dengan sebaik yang mungkin agar kita memperolehi berkat hidup & dapat menjadikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.. Jadilah anak yang SOLEH & SOLEHAH.... Aku terlalu Sayangkan MAMA & ABAHKu.... Dioranglah Permata hatiku




ABDUL BAR & PN. ROSHIDAH
( ABAH & MAMA )

Tuesday, January 20, 2009

PERKHEMAHAN BELIA ISLAM SELANGOR 2009


Semoga Perkhemahan ini di berkati oleh Allah swt & berjalan dengan lancar seperti yang telah di rancangkan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa perlaksana yang telah sama-sama mengembling tenaga bagi menjayakan Perkhemahan yang bakal diadakan pada 24-26 Januari ini.. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Perkhemahan ini tidak mengalami sebarang kekusutan, permasalahan dan kemalangan..... Diharapkan agar Perkhemahan ini berjaya mencapai objektif yang telah dibincangkan dan dapat menjadikan ahli-ahli PEPIAS yang berkualiti...

Kempen Boikot Barangan Israel/US


Klik ikon untuk melihat senarai jenama untuk diboikot -PPIM

MARILAH KITA SAMA - SAMA MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI DEMI AGAMA ISLAM YANG TERCINTA.....

Luasnya Neraka Allah s.w.t

.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.......

LUASNYA NERAKA ALLAH

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam,"

* Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk pintu masing-masing?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai'. Menurut Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis ini adalah hadis dhoif. Hadis dhoif boleh dijadikan panduan/penggalak untuk beramal tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujjah)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." - [2:159]





SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw: "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA. Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt:

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." - [69:24]



UNTUK RENUNGAN DAN AMALAN BERSAMA


Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun:

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" - [21:87]

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

*
Menurut koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis diatas adalah hadis dhai