"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Wednesday, December 2, 2009

Sambutan Aidiladha 1430H

Raya datang lagi...!!! hehehe..... (@_@) yabeda bedooo.... SALAM AIDILADHA buat semua pengunjung blog aku ini....

Sebut je Aidiladha mesti kita pikirkan pasal pengorbanan kan...? Yela, Hari Raya Aidiladha kan hari orang gi wat Ibadah Haji & wat Ibadah Korban... Kepada semua Orang Islam yang sedang mengerjakan Ibadah Haji, semoga mendapat Haji yang Mabrur.. InsyaAllah.... (^_^)

Hmm, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan? huh... Jangan pulak berkorban demi Awek!!! Sia-sia je semua tu... Segala pengorbanan kita mestilah kerana Allah swt... Mudah-mudahan kita semua diberi hidayah & diredhai Allah swt... InsyaAllah...

Tahun ni, aku sekeluarga menyambut Aidiladha secara sederhana saja & yang paling penting pengorbanan yang telah dilakukan oleh kami sekeluarga... Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat merayakan hari yang penuh bermakna ini dalam keadaan harmoni, bahagia & perasaan kasih sayang yang sangat mendalam diantara satu sama lain....
I love my f
amily very well.... (@_@)


Bersama Keluargaku Yang Tersayang (^_^)



Aku doakan agar keluargaku ini terus bahagia & sentiasa dirahmati Allah swt... Peace :-)

Sama-samalah kita melakukan pengorbanan dalam hidup kita... !_!


My Big Family..... (@_@) - Miss & Love you all...


Muktamar Agung Tahunan PEPIAS kali ke-18

Barisan Muktamirin PEPIAS bergambar kenangan selepas berakhirnya MATP-18


Alhamdulillah, pada 22 November yang lepas, maka berakhirlah sudah Muktamar Agung Tahunan PEPIAS yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen KUIS (PKK). Majlis tersebut telah menghimpunkan semua Barisan Kepimpinan PEPIAS Pusat, Himpunan Senior PEPIAS (HiSEP), Pimpinan PEPIAS cawangan & ahli-ahli PEPIAS....

Majlis Muktamar tersebut bertemakan "Semarak Kesatuan Pelajar Islam : Membimbing Dengan Ilmu & Akhlak". Ucapan Dasar Presiden telah disampaikan pada hari Sabtu Malam di Dewan Teater KUIS. Banyak perkara yang telah disampaikan dalam Ucapan Dasar tersebut antaranya untuk membimbing ahli-ahli PEPIAS dengan ilmu & akhlak. Presiden juga telah menekankan beberapa Budaya PEPIAS yang perlu diperkuatkan agar PEPIAS dapat menjadi salah satu Persatuan yang disegani dan misi generasi celik akidah di Selangor diperjelaskan untuk digerakkan diperingkat sekolah.. InsyaAllah, semoga apa yang telah dihasratkan oleh Presiden akan terlaksana... (@_@)



LANGKAH SEMAKIN LAYU
HATI KIAN SAYU
KENAPA HATI TAK DAPAT BERTEMU
ADAKAH AKU MEMUSUHIMU

HATI INI SAKIT, BAHU INI BERAT
MENGENANG DOSA YANG TIDAK SEDIKIT
DIMANA LETAK DIRI DIAKHIRAT












Barisan PENGERUSI PERHUBUNGAN PEPIAS cawangan BANGI
(dari kanan Saudara Zafrullah, Saudara Shafezan, Saudara Abdul Hafiz & Saudara Muzakkir-kini)


Monday, November 23, 2009

Program Motivasi Tahun 4 Sek. Keb. Kota, Rembau.....

Para Peserta Program Motivasi Tahun 4


Menara Gading? hmm, apa la yang adik-adik darjah 4 ni faham ek?? ha! inilah tugas kita untuk memberi kefahaman kepada adik-adik ini tentang hala tuju & matlamat mereka selepas ini... kita perlu memberi penekanan kepada mereka untuk memikirkan masa depan hidup mereka... Kita jangan ingat Tahun 4 ni masih kecil & masih awal untuk memikirkan masa depan kerana dari kecil inilah mereka perlu mengetahui hala tuju & matlamat hidup mereka... Cita-cita mereka apabila besar kelak.... Dari sini mereka dah boleh mula merancang perjalanan hidup mereka dari UPSR, PMR, SPM & seterusnya....


Salah Satu Slot Bersama Adik-Adik Tahun 4 SK Kota, Rembau


Jadi, aku & beberapa orang sahabat yang lain telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar Tahun 4, SK Kota, Rembau.... Aku, Abg Zizan, Abg Alang & Khalzurin telah menyahut cabaran yang diberikan oleh pihak sekolah dan telah sama-sama berganding bahu dalam menjadikan program yang singkat ini sangat bermakna untuk adik-adik tahun 4 SK Kota...

Program tersebut bermula dari Pukul 8.00pagi hingga 05.30 petang... Hanya seramai 38 orang peserta sahaja yang telah hadir dalam Program Motivasi tersebut... Adik-adik ini diberikan penekanan tentang NIAT mereka untuk belajar & menuntut ilmu, Mind setting mereka untuk ke Menara Gading & banyak lagi....


Halatuju & Matlamat Sangat Penting Dalam kehidupan Kita Semua...


Alhamdulillah, walaupun program hanya setengah hari je, kami semua dapat menjayakan program tersebut dengan sebaik yang mungkin.... Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memberikan kami kepercayaan dalam menjayakan program ini... Dan kami memohon kemaafan kepada pihak sekolah & adik-adik tahun 4 SK Kota jika kami terkasar bahasa atau tersalah silap dalam menjayakan program tersebut...

Majlis Konvokesyen & Sambutan Ulangtahun Ke-12 SRI & Tadika Islam Darul Thulab

Barisan Ustaz & Ustazah SRI Darul Thulab, Bandar Tasik Puteri, Rawang


Fuiyoo.... Pada 15 November yang lepas, aku & beberapa orang sahabat yang lain telah di jemput oleh Ustaz Najib, Pengurus Program untuk menjadi urusetia Majlis Konvokesyen & Sambutan Ulangtahun Ke-12 Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab, Bandar Tasik Puteri, Rawang..... Program ini boleh dikatakan "Big Program" la sebab ramai gak VIP yang hadir.... hmm.... Dasyat tuan-tuan.. hehehehe...

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Nasir Bin Ibrahim, Wakil YB ADUN Kuang... Huh, mula-mula rasa takot & gementar la gak... Yela, sebab aku jadi Emcee kan... Banyak la gak Boloq nya.... hahahha... Alhamdulillah, pada hari kejadian kami semua dapat menjadi urusetia yang terbaik dan dapat mengawal majlis dalam keadaan yang baik... Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat...


Ustaz & Ustazah kat sana semuanya peramah & baik-baik belaka... Seronok sangat dapat bekerjasama ngan mereka.... Apa pon, kami memohon sejuta kemaafan la jikalau kami melakukan kesalahan atau kesilapan semasa mengendalikan Majlis tersebut.. Alhamdulillah, Majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun mempunyai sedikit masalah... Kami rasa puas hati sangat sebab dapat membantu SRI Darul Thulab dalam menjayakan Majlis ini... Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Darul Thulab kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan majlis tersebut..

Yang turut sama-sama bersama aku menjadi urusetia ialah Adib Fuad, Muslim, Shuhaib, Ayie(MMC), Adibah, Fitriah, Siti Haslina & Ezwa(SMKPP 16).... Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi membantu dalam menjayakan Majlis tersebut.... Syukran.. (@_@)

Hang out bersama adik-adik SMKPP 16

Hmm, sudah agak lama sebenarnya nak update blog ini, tapi sejak akhir-akhir ini, aku agak sibuk sangat... huh.... macam-macam aktiviti & program yang aku join...

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 14 November yang lepas aku berkesempatan keluar bersama adik-adik SMKPP 16... Pada mulanya kami cadang nak wat reunion tetapi entahla, maybe masing-masing sibuk kot... so, hang out pon jadilah... heheheheh....

Kenangan Indah Bersama Adik-Adik SMKPP 16 di Alamanda, Putrajaya


Pagi tu lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami semua berkumpul kat Putrajaya... Antara sahabat-sahabat yang bersama aku ialah Abg Alang, Adib Fuad, Zikri & Adibah... Budak- budak SMKPP 16 xla ramai sangat yang datang, lebih kurang 15 orang je... Maybe, adik-adik yang lain mempunyai hal lain yang xdapat dielakkan kot... huhuhu...

Kami main bowling oo.... masing-masing semangat semacam je... Hmm, Lelaki Vs perempuan.... Agak-agak group mana yang menang ek? lelaki ke perempuan? hahahaha.. (@_@)
Biarlah rahsia..... hehehe... Best woo... Gempak & semuanya hebat - hebat belaka... hmm, bila mau fight bowling lagi?? hahaha...


BIL

PEMAIN

1ST GAME

2ND GAME

KEDUDUKAN

LELAKI

1

ZIKRI

74

95

6

2

HAFIZ

107

83

3

3

ABANG ALANG

123

87

2

4

ADIB FUAD

80

76

7

JUMLAH





PEREMPUAN

1

SYIFA

78

108

4

2

ADIBAH

74

71

8

3

AZIEMAH

66

78

9

4

YASMEEN

84

160

1

5

EZWA

92

80

5

JUMLAH





Skor markah pertandingan Bowling antara Lelaki & Perempuan....



Pemain Bowling Yang Hebat & Handal... hahahaha... (^_^)