"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Saturday, January 29, 2011

SAMAN oohh SAMAN....!!!




Aduhh...!! Kena SAMAN DBKL la pulak... Macam mana ni.. Dah la poket pon kering.... huhuhu.... Kena saman parking.. Masa tu parking kat depan KFC Ampang Park.. Nak gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa... Then selepas je makan tetiba nampak helaian kertas kat cermin kereta... terus aku ketawa terbahak-bahak.... ahahhaa... dasyat tuan-tuan.... Makan dalam RM50++ je tapi nak kena bayar sampai RM100..... huh.... =(

DBKL, help me...!!! Discount plz... tak pun halalkan je la... Bagi 'angpow' sama saya... ehhehe....


Tuesday, January 25, 2011

Aku Lihat Layu Dalam Melayu.....!!!


Bangunlah wahai orang-orang melayu....!!
Marilah kita bersama-sama buktikan bahawa kita mampu setanding dengan bangsa lain...!!
Mampu jadi bangsa yang cemerlang, hebat, berani, beradab, berakhlak mulia & berwawasan tinggi....!!!
Bangkit melayu kerana kuat, punah melayu kerana kesumat....!!!
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.....!!!!




Aku lihat layu dalam melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Sunday, January 23, 2011

INSOMNIA.... (!___!)


INSOMNIA...??? Huh... Menakutkan sangat.... =(

Adakah aku insomnia...? Kenapa aku tak boleh tidur pada waktu malam...? Kenapa...? Sejak akhir-akhir ni waktu tidur ku agak tak menentu.... Dan jarang sangat dapat tidur dalam waktu yang panjang seperti dulu.... Huhuhu..... What happen to me...? (!___!)

Kadang-kadang apabila tertidur, aku sering terjaga... Bak kata orang tidur tak nyenyak.... Asyik terjaga je... Fuhh... Sebab ni lah aku asyik lemah, lesu & tak berdaya apabila waktu siang.... Dan menyebabkan diriku asyik letih & fikiran menjadi kusut je... Macam mana nak atasinya ek...?


Setelah menggooglekan pasal imsonia ini, akhhirnya aku terjumpa sebab-sebab yang menyebabkan seseorang itu menghidapi INSOMNIA...
Antaranya ialah :-

  1. Stres
  2. Tekanan
  3. Penggunaan zat-zat perangsang (kafein atau nikotin)
  4. Alkohol
  5. Perubahan lingkungan atau jadual kerja
  6. Penggunaan ubat tidur dalam waktu lama
  7. Masalah penyakit kronik
  8. Insomnia ialah gejala yang timbul akibat tidak boleh tidur nyenyak dan berusaha untuk tidur. Kebanyakan orang ini akan tidur nyenyak apabila mereka berada di lingkungan tidurnya yang biasa.



Antara cara untuk mengatasi insomnia ialah :-

  1. Tentukan dan jalankan ritual untuk pergi tidur
  2. Hindari tidur petang.
  3. Hindari senaman berat sebelum tidur. Tapi senaman ringan 4-6 jam sebelum tidur adalah bermanfaat.
  4. Singkirkan perasaan risau pada siang hari
  5. Mandilah dengan air panas 1-2 jam sebelum tidur
  6. Minumlah secawan susu panas, makan sedikit makanan ringan
  7. Hindari makan terlalu banyak, makan hidangan berat, atau minum alkohol sebelum tidur.
  8. Jagalah agar keadaan tidur gelap, sejuk, dan tenang. Bila perlu gunakan penutup mata.
  9. Cubalah lakukan latihan relaksasi.
  10. Hindari minuman yang mengandung kafein
  11. Jangan merokok
  12. Kalau masih tidak boleh tidur, bangunlah. Barulah tidur kembali jika merasa nagntuk.
  13. 1Buatlah sebuah buku harian perihal tidur anda. Seandainya setelah 1 atau 2 minggu masih tidak boleh tidur, mintalah khidmat nasihat doktor.


Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:

  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.



Antara tips lain adalah melakukan pengurutan sendiri pada bahagian-bahagian di bawah ini :


Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 25 ♥ ♥ ♥


Balqis , Nirmala & Cindai

video

Persembahan yang sangat mantap oleh Dato Siti Nurhaliza... Memang mengagumkan semua peminat-peminatnya.... Penyanyi tanah air No 1 yang tersohor dan paling popular di Malaysia... Yang paling hebat, populariti Dato Siti tak pernah jatuh.... Tetap maintain popular dari dulu hingga sekarang... Cayalah Dato Siti... Terbaikkk ar.... Semoga Dato Siti terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mengharumkan nama baik negara Malaysia yang tercinta.... Diharapkan Dato Siti akan terus istiqamah memakai tudung sehingga menutup segala anak rambut... InsyaAllah..(^__^)



Friday, January 21, 2011

Jenis-jenis HATI.... (^__^)


Apakah itu HATI SIHAT ? Hati sihat adalah hati yang sentiasa memastikan setiap gerak-geri anak buahnya berhubung dengan Penciptanya, Allah Swt. Hati jenis ini sentiasa mudah dan senang dalam mengerjakan segala amalan yang disuruh oleh Allah dan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Dari segi kata lain, hati ini lebih tertarik dengan tarikkan graviti Ukhrawi dari tarikkan graviti Duniawi. Hati jenis inilah yang mampu mengimbangi perkara di dunia dan di akhirat. Kesannya, hati ini dapat membentuk seseorang itu menjadi hamba Rabbani yang tunduk patuh kepada Rabbnya. Mudahan kita tergolong dalam kumpulan ini.

_________________________________________________________

Hati yang seterusnya ialah Hati Sakit. Dimaksudkan sakit di sini bukanlah sakit barah hati atau sebagainya. Tetapi sakit di sini kerana kedudukannya kekadang terjatuh dan kekadang stabil. Mudah kata, ia berada di tengah-tengah antara tarikan graviti Duniawi dengan tarikan graviti Ukhrawi. Yang bahayanya di sini kerana apabila daya tarikan Duniawi kuat lantas memaut hati jenis ini. Secara tidak sedar ia telah terjatuh ke lubuk yang tidak diiginkan. Begitu keadaan hati-hati kita yang mempunyai pelbagai kriteria masing-masing.

_____________________________________________________

Hati yang MATI? Adakah hati ini boleh mati? Nyata boleh. Yang menyebabkan hati ini berkeadaan sedemikian kerana hati jenis ini tidak menundukkan anak buahnya dari menyembah Allah Swt malah ia mengajak buat yang berlawanan dengan fitrah yang diberi oleh Pencipta. Hati ini terpengaruh dengan tarikkan Duniawi yang berlebihan dan mengakibatkan ia lupa dari tugasnya yang asal iaitu tunduk patuh kepada Allah. Apabila teguran dan peringatan yang baik dilontarkan kepadanya, ia tidak mengambil malah ia membantah. Maka hati jenis inilah yang membentuk dan menjadikan seseorang itu berlari daripada fitrah asalnya. Na`uzubillah...


BENCI ROKOK.....!!!!


video
Renung-renungkanlah.....

ROKOK......!! Kalau tak hisap sehari rasa macam nak 'MAMPUS'....!!!


Hmmm, kenapa sampai macam ni sekali ha? Kenapa...? Penting sangatkah rokok dalam kehidupan seharian korang.... Kadang-kadang naik menyampah tengok orang-orang yang hisap rokok... Lagi-lagi orang perempuan.... Iskh, meluat + menyampah sangat-sangat... Walaupun korang bukan sedara atau adik-beradik aku, tapi rasa macam dunia sekarang ni dah tidak ada batasan... Semua orang boleh lakukan apa sahaja yang mereka inginkan.... Huh... Sehingga begitu sekali dunia zaman sekarang ni.... (!___!)

Selalu sangat nampak perempuan yang berbaju kurung & betudung litup menghisap rokok di khalayak ramai..... Mereka merasakan seolah-olah bangga dan hebat apabila berbuat sedemikian dihadapan orang ramai.... Ikutkan hati, nak je sumbat semua rokok tu dalam mulut mereka... Tapi apakan daya, negara kita ada undang-undang kan... Hmm... Semoga adik perempuan aku tidak tergolong dalam perempuan jenis tu.... Amin...

Apakah yang ada dengan ROKOK...? Apakah kepuasan yang korang dapat....?? Apakah faedah hisap rokok...? Adakah rokok mengenyangkan...? Huh.... Soalan-soalan yang sering bermain di kepala otak aku.... =(



Aku sakit hati sangat pada orang yang suka hisap rokok dalam kereta & tandas.... Benci + Menyampah + Geram.... Huh.... Tak rasa macam korang tu makan dalam tandas ke ha...? iskh, pengotor sangat.... Yang paling aku geram, bila kita masuk dalam tandas tu, kita la pula yang akan menyedut asap-asap syaitan diorang tu.... Fuhh....



Zaman sekarang ni, remaja sekolah pun dah terlalu ramai yang aktif menghisap rokok... Duit saku yang parents bagi diorang simpan, then gi beli rokok... Inilah tingkah laku budak-budak zaman sekarang... Ada yang sanggup mencuri duit mak ayah untuk penuhi kepuasan mereka untuk menghisap rokok.... Huh... Apa nak jadi...?? Rosak...!! Hancur..!! Semuanya nak cepat mati...!!



Semua orang tahukan akibat & kesan merokok...?? Kesan-kesan buruk yang dikaitkan dengan merokok ialah ;-
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat


Sebenarnya dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan... Semoga kerajaan Malaysia akan menaikkan harga rokok ke tahap yang paling maksimum....!!!

Petikan akhbar Berita Harian, 02 April 2010

Thursday, January 20, 2011

Ciri-ciri seorang SAHABAT yang BAIK.... ♥ ♥ ♥



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :-

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sebagai seorang insan yang hidup di muka bumi ciptaan Allah yang penuh dengan onak, duri & liku-liku kehidupan ini, berhati-hatilah apabila memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kerana kawan juga boleh menjahanamkan diri kita.... Sama-samalah kita menjadikan diri kita seorang kawan yang baik, cemerlang & dirahmati Allah... InsyaAllah... (^__^)

: : K A W A N : :


Tak tahu nak ungkapkan macam mana.... Kadang-kadang rasa sedih, sakit hati, tensen, menyampah, meluat & sometimes rasa macam nak sepak terajang je... Huh.... entahlah.... Apakah yang mereka faham sebenarnya tentang erti persahabatan....?? Adakah mereka hanya berkawan dengan segelintir orang yang mampu buat mereka tersenyum atau gembira.... atau adakah sebaliknya.... Hanya diri diri kita sendiri yang mampu memberikan jawapan pada persoalan ini...

KAWAN...!!! Adakah kita paham tentang kawan kita sendiri...? Apa yang dia inginkan...? Suka duka kawan kita itu sendiri.... TIDAK sama sekali kan... Sukar untuk kita mengetahui segala-galanya tentang kawan kita ini... Tetapi bagaimanakah untuk kita menjadi seorang kawan atau sahabat yang sejati.. Bak kata pepatah, "SUSAH DAN SENANG AKAN SAMA-SAMA KITA HARUNGI..."


Bagi pandanganku, senang je.... Untuk jadi seorang kawan yang baik kita kenalah sentiasa menjadi pendengar yang baik, sentiasa memberikan pandangan, nasihat dan segala-galanya pada kawan kita itu supaya hidup kita semua dalam keadaan ceria, bahagia & senyum sokmo.... Huhuhuhu......

Selain itu, kita juga mestilah cuba untuk memahami diri kawan kita itu, sentiasa cuba untuk sama-sama menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada dia dan macam-macam lagi....




Antara pepatah tentang seorang sahabat yang paling diinginkan oleh semua sahabat-sahabat diluar sana ialah... :-


Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'’



Ada juga pepatah Arab mengatakan:-


Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita....”



Ada juga sahabat atau kawan-kawan yang hanya dipinggiran sahaja... Hanya ingin mengambil kesempatan keatas diri kita... Huh... Entahla... Apa pun, hati-hatilah dan jauhilah sahabat-sahabat seperti ;-

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri...



Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal- hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu...


Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna :

"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,

tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".


Sunday, January 16, 2011

My Birthday Party aka Doa Selamat for my Mom


Firstly, diriku yang lemah lagi kerdil ni ingin bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah dipanjangkan usia sehingga ke umur sekarang... Syukur Alhamdulillah... Syukur sangat kerana dapat merasai untuk menjalani kehidupan di usia 20 an....... Terima kasih Ya Allah... (^__^)


Alhamdulillah, pada 31 Disember 2010 yang lepas, genapla usiaku yang ke 22 tahun... Berbangga sangat kerana telah mencapai usia yang boleh dikatakan sudah 'matured'... hehe... Matured ke ha...? Itu sudah semestinya, my mom kata dah boleh kahwin tau... Kalau dah kahwin maybe dah ada 2-3 orang anak.... ahhaha... Alamak, love u so much la mama.... (@__@)
Tapi nak kahwin dengan siapa mama...? Pilihan mama & abah la... i follow ja.... ♥ ♥


Untuk Birthday kali ni, sebenarnya aku dah fikirkan masa bulan 9 lagi... Dah siap inform my family untuk celebrate sama-sama ngan anak kesayangan diorang kat Bangi... Then masa awal bulan 12, aku dah siap planning ngan kawan-kawan nak celebrate macam mana... Sebenarnya, Birthday parti ni bukan untuk diriku, tapi untuk mama kesayanganku.... Jamuan ni diadakan untuk mendoakan agar kesihatan mama dalam keadaan sihat selalu... Jadi akhirnya, aku bertekad mengadakan doa selamat untuk mama... Syukur Alhamdulillah, semuanya telah terlaksana......


1.1.11
♥ ♥ My Birthday cake ♥ ♥


Hahaha..... Bangga sangat-sangat sebab birthday yg ke 22 tahun ni dapat disambut pada tarikh yang agak cantik & sempoi iaitu pada 1.1.2011.... Cayalah.... memang terbaik la buat diriku.... =)
Syukur Alhamdulillah, jamuan pada malam tu berlangsung dengan lancar dan jayanya..... Rasa terharu dan bangga sangat.... Ramai saudara mara, kenalan & sahabat handai yang datang pada malam tu untuk memeriahkan lagi majlis...




Fuhh... Makanan pada malam tu memang banyakkkk sangat... Macam gi makan kat hotel je.Macam-macam ada.... Sampai ada yang 'tapau' buat balik untuk makan kat rumah.... hahhaa..... Dasyat-dasyat... Antara makanan yang disediakan ialah nasi beriani berlaukkan ayam masak merah, laksa, bihun goreng, nasi himpit kuah kacang, kek karamel, kuih muih, bubur asyura, wajik, dadih, agar-agar dan macam-macam lagi..... Memang terlalu banyak sehinggakan ada yang berbisik padaku mengatakan ini "jamuan besday ke atau jamuan ehem-ehem...." Alamak, apa maksudnya tu....? ahahahahha.... peace....(^__^)


Sekalung penghargaan diucapkan kepada Papa Jaafar Onn diatas tajaan kek birthday yang sangat special... Thankz a lot papa... Juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mak ngah aku yang bersusah payah menyediakan pelbagai hidangan untuk malam tu... Walaupun penat baru sampai dari kampung, tapi mak ngah tetap bersemangat demi anak saudaranya yang tersayang.... hehehe... Tidak lupa jugak kepada mak Adibah yang sanggup membantu aku untuk memasak beberapa jenis hidangan... Walaupun mempunyai halangan, tetapi mak adibah tetap juga bersusah payah demiku... Huhuhu.. Terharunya.... =)
Kepada kawan-kawanku yang berpenat lelah membantu melancarkan lagi perjalanan majlis pada malam itu iaitu Adibah, Kak Rafida (RR), Acik Hazani & Ammar.... Thankz a lot... =)

Hmm.... malam tu rasa bahagia & ceria sangat-sangat.... Happy sangat-sangat... Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa... (@___@) Terima kasih sangat-sangat kepada seluruh ahli keluargaku yang sanggup datang dari jauh demi diriku... Huhu... thankz jugak kepada semua tetamu yang hadir ke majlisku... Thankz a lot kepada smua... = )




Saudara-mara yanag turut hadir memeriahkan majlis


Antara sahabat-sahabat yang menceriakan & menghiburkan majlis

Saturday, January 15, 2011

Kehidupanku... (@__@)



Huh... Kadang-kadang kita inginkan kehidupan yang bahagia... Tetapi kehidupan yang sedih pula mendatang.. kadang-kedang kehidupan yang penuh dengan onak & duri pula terpaksa kita harungi.. Semua inilah yang telah mematangkan diri kita agar sentiasa lebih bersedia dengan segala ujian & dugaan yang bakal mendatang... Semua orang inginkan kebahagiaan & keceriaan... Kita nak hidup tanpa ada sebarang masalah, kesedihan, kecelakaan dan sebagainya... Tetapi mustahil bagi kita untuk menikmati kehidupan bahagia & ceria yang berpanjangan...Inilah yang dinamakan asam garam dalam kehidupan.. Memang sukar untuk kita harungi jika kita tidak kuat & tabah...



Kita akan mudah mengalah dan 'give up' jika kita ini seorang insan yang lemah dan tak berdaya...
Tetapi bagaimana kita harus kuat jikalau kita sentiasa diselubungi dengan pelbagai masalah, dugaan, malapetaka dan sebagainya... SUSAH kan..? Susah sangat-sangat... malah, apabila kita berada dalam kesusahan atau kesakitan yang teramat, Iblis la yang sentiasa menemani kita... Iblis sentiasa menghantui & menghasut diri kita dengan perbuatan-perbuatan & fikiran yang tidak menentu... Iblis sentiasa menghasut diri kita agar lagi dari syariat Islam.. Agar jadi sahabatnya.. Agar lakukan perkara yang boleh menyesatkan kita... Iblis menghasut kita agar lari jauh dari agama islam... Agar tidak merasakan takut kepada Allah yang Maha Esa... Ohh, tidak... Semua ini adalah kerana diri kita dalam keadaan lemah tak berdaya... Huh... Ya Allah.......


Hanya pada Allah tempat kita bermohon... pada Allah lah tempat kita meluahkan segalanya... Dan pada Allah jugalah tempat kita berdoa.... Dengan berpegang teguh pada Al-Quran & As-Sunnah, InsyaAllah, kita akan lebih kuat, kuat dan kuat mengharungi semua ini.. Syukur Alhamdulillah kerana aku dilahirkan dalam agama Islam... Agama yang tiada tolok bandingannya... Kerana Islam lah yang telah mensyariatkan garis panduan yang sangat bermakna buat diriku... Islam jugalah yang telah membuatkan diriku agar sentiasa berada dijalanNya.... Agar diriku ini lebih menghargai diri sendiri... Alhamdulillah....
ALLAH MAHA BESAR....!! ALLAH MAHA PENGASIHANI...!! ALLAH MAHA PENYAYANG...!!


Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berkati dan Rahmatilah hambaMu ini dari segala perbuatan yang tidak berfaedah dan bermanfaat.. Engkau berikanlah Hidayah kepada hambaMu ini agar terus kuat dan tabah menaharungi ujian, dugaan dan liku-liku dalam kehidupan... Amin...



ABDUL HAFIZ ALBAR

Terbaik dari laut Selat Melaka





Video yang terbaik dari Laut Selat melaka... memang gempak abis ar.... hehehe.... (^__^) any comment...? sila tinggalkan sebarang pendapat atau pandangan anda mengenai video tersebut.. =)

Friday, January 14, 2011

When You're Gone (!__!)



I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left
they lie on my floor
And they smell just like you
I love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take

Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
And when you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah Yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me
Yeah

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I miss you