"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, October 22, 2009

Kem Kepimpinan Pengawas SMKPP 16


Mantap...!!! Hebat...!!! Berdisiplin....!!! Berwawasan...!!

Itulah yang dapat aku ungkapkan bagi mengambarkan attitude adik-adik pengawas SMKPP 16 ni... Memang betul-betul berdisiplin & senang untuk dikendalikan dalam program selama 3 hari 2 malam ( 14-16 Oktober 2009) di ALang Manja, Gombak... Mereka ni mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin hebat & berdedikasi....

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Disiplin SMKPP 16 bagi membantu pengawas-pengawas sekolah dalam menjadikan diri mereka seorang pemimpin yang tahu hala tuju & jati diri yang dikehendaki agar sifat-sifat sebagai seorang pemimpin tu wujud dalam diri setiap pengawas...

Tahniah aku ucapkan kepada adik-adik pengawas SMKPP 16 kerana telah berjaya mengharungi perit getit perjuangan di dalam kem kepimpinan ini.. semoga adik-adik ni dapat mengamalkan apa yang telah diterapkan kepada meraka...

Kami memohon jutaan kemafaan kepada pihak sekolah & adik-adik pengawas jika kami semua terkasar bahasa atau perbuatan dalam mengendalikan kem ini... Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kem ni samada secara langsung taupun tidak langsung...

Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat fasilitator aku yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan objektif kem ini iaitu Abg Aziz, Abg Alang, Muslim, Zikri, Zambry, Azhar, Adib, Yana, Aqmar & Dija... Terima kasih semua.... U all memang hebat & best....

Adik-adik pengawas SMKPP 16
--->> teruskan perjuangan kalian dalam menjadi seorang pengawas yang disegani & dihormati.... Chaiyok3x....

Kami semua merindui adik-adik SMKPP 16.....
Kami Pemimpin Yang Hebat... "Chiwawa"

Thursday, October 1, 2009

Anak saudaraku - Thaqifah Umairah.........


Kedatangan Thaqifah Umairah dalam Keluargaku Membuatkan Kami Sekeluarga Bertambah Bahagia

Gambar ini diambil semasa Thaqifah Umairah baru berusia 1 Hari 5 Jam

-------------------------------------------------------------------------------------------


Nama : Thaqifah Umairah Bt Abdul Razif
Tarikh lahir : 25 September 2009
06 Syawal 1430 H
Tempat lahir : Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis Masa lahir : 08.05 pm
Berat : 2.7 Kg


Maksud Nama:-
Thaqifah : Yang cerdik / Yang cepat faham Umairah : Permaisuri


---------------------------------------------------------------------------------------------


Bakal menjadi seorang permaisuri yang bijak & cerdik



Doakan Thaqifah Umairah supaya menjadi anak yang SOLEHAH