"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, March 16, 2010

Kem Kepimpinan Pengawas SAM Paya Jaras

"PENGAWAS.........!!!!!!!!! " Sahut peserta "KAMI....."
"KAMI.....................!!!!!!!!!" Sahut peserta "CEMERLANG....."

"Kepimpinan Adalah Satu Tanggungjawab"

Maka terbinalah satu pasukan yang hebat yang menyuarakan slogan "KAMI PENGAWAS CEMERLANG..........." InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan agar adik-adik SAM PAYA JARAS seramai 40 orang ni dapat menjadi pemimpin yang disegani dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik yang mungkin.

Pada 12 -14 Mac 2010 yang lepas, aku dan beberapa sahabat yang lain telah bersama-sama dalam satu program untuk membantu En. Azizan dalam membimbing adik-adik Pengawas dari SAMPJ... Semua adik-adik ini terdiri dari kalangan pengawas sekolah dan juga pengawas perpustakaan... Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam menjadikan diri mereka seorang yang bertanggungjawab dan pemegang amanah yang jujur... (^_^)


Walaupun kuantiti peserta tidak ramai tetapi kami tetap bersemangat dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada adik-adik ini... Mereka memberikan komitmen yang terbaik dari awal hinggala ke hari yang terakhir.. walaupun mereka diuji dengan pelbagai dugaan dan halangan, mereka tetap bersabar dan redha menjalani program ini tanpa ada perasaan putus asa.. Inilah aspek yang sangat membanggakan kami semua.. Adik-adik yang kuat dan kental dari segi fizikal dan mental...

DISIPLIN!! KOMITMEN!! MASA!!
Semoga adik-adik pengawas SAMPJ ini dapat menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar-pelajar biasa di SAMPJ.. InsyaAllah... Kami mengharapkan agar adik-adik pengawas ini dapat mempraktikkan dan mengamalkan apa yang telah mereka terima semasa berada di Kem Ar-Raudhah.... jadilah pemimpin yang dapat memimpin orang lain dengan bagus tanpa mempunyai perasaan hasad dengki ataupun 'gila' kan jawatan.... Sesungguhnya sikap saling bekerjasama dan lengkap melengkapi adalah salah satu cara membina dan menjaga pasukan yang terbaik agar Badan Kepimpinan Pengawas ini menjadi satu badan yang unggul dan juga dihormati oleh orang ramai... (@_@)

"KAMI PEMIMPIN YANG HEBAT & CEMERLANG"

Monday, March 15, 2010

Tangisan Air Mata Yang Sangat Bermakna Untuk kita.... :)

Menangis... Ia adalah salah tindakan yang sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja jika ia tidak melibatkan perasaan kecewa ataupun sedih... Bagi kebanyakkan orang, mereka hanya akan menangis jika mengalami kesedihan seperti kehilangan orang yang tersayang ataupun telah dilukakan hati seperti dimarah, dihina dan lain-lain.



Tetapi kebanyakkan orang yang selalu mengabdikan diri kepada Allah swt, mereka akan sentiasa menangis kerana terlalu takut dengan kesalahan atau dosa yang telah dilakukan di muka bumi ini.. Inilah menangis yang sangat bermakna bagi orang Islam jika tangisan dia itulah adalah kerana menginsafi kesalahan & kesilapan yang telah dilakukan.



Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah :
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati

  2. Menangis kerana rasa takut

  3. Menangis kerana rasa cinta

  4. Menangis kerana rasa gembira

  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

  6. Menangis kerana terlalu sedih

  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

  8. Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang

  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

  10. Menangis orang Munafik iaitu berpura-pura menangis

Ada jenis tangisan yang nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir tersebut dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi Muhammad saw dalam satu Hadis... (^_^)

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori debu-debu kehinaan, apabila seorang dari satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada ALLAH SWT. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai disisNya sehingga air mata itu dapat memadam API NERAKA.



Wednesday, March 3, 2010

Janganla Kita Cepat Putus Asa... :)


Assalammualaikum... Hmmmm, hari Isnin, 1 Mac 2010 adalah hari yang paling perit buat diriku ini... huh, hanya Allah je yang tahu betapa kusutnya fikiran aku pada hari tersebut.....

Tetiba hatiku tertanya-tanya kenapa aku diuji sehingga begini rupa...?? Kenapa aku yang menerima ujian yang berat ini...?? Aku rasa diriku ini seperti tidak berguna lagi..
Ya Allah... kenapa hambamu ini mengeluh sedemikian... Sepatutnya aku harus tabah & menerima ujian Allah ni dengan hati yang tabah & pasrah... (!_!)



Ya Allah.... Berikanlah hambaMu ini ketabahan, kekuatan & kesabaran dalam menempuh ujian & & cabaran dalam hidup ini... Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini... HambaMu ini sedar, dia sering leka & lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepadaMu... Ya Allah, Engkau berkatilah & berikanlah Hidayah kepada diri hambaMu ini... Engkau Rahmatilah hidup hambaMu ini, Ya Allah... huhuhuhuhuhuhu... (!_!)




Sesungguhnya aku tahu & aku sedar bahawa Allah tidak akan menguji HambaNya jika HambaNya tidak mampu untuk mengalas bebanan & ujian tersebut... :(

Alhamdulillah, selepas aku sabar & redha dengan ketentuan Illahi ini, hati ku bertambah tenang & aku terus mengambil keputusan untuk menyelesaikan segala cabaran & dugaan yang dihadapi ini dengan sebaik yang mungkin... Sesungguhnya Allah itu Maha Besar... Allah itu Maha Penyayang.... Allah itu Maha Pemurah....

Akhirnya, aku telah berjaya menyelesaikan segala masalah & cabaran yang telah aku tempuhi pada hari tersebut.... Yakinlah, sesungguhnya Allah terlalu sayangkan hambaNya... (^_^)


Syarat - Syarat Sebelum Bertaubat :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Diantara syarat-syarat yang mesti kita pastikan sebelum bertaubat ialah :-

  1. Takut kepada Mati
  2. Takut kepada Istidraj
  3. Takut tak dapat Istiqamah
  4. Takut mati dalam keadaan buruk
  5. Takut kepada sakaratul maut
  6. Takut berdiri di Padang Mahsyar
  7. Takut melalui Titian Sirattul Mustaqim
  8. Takut kepada Api Neraka
  9. Takut tak dibenarkan masuk ke dalam syurga
  10. Takut terhijab daripada Allah swt

Marilah kita semua sama-sama memohon keampunan daripada Allah swt... Semoga kita semua dapat menjadi seorang hamba yang taat pada perintah Tuhannya... (^_^)