"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Saturday, February 27, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H...


Alhamdulillah, pada tahun ini aku masih berpeluang untuk menyambut Hari Maulidur Rasul dimana Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad saw... Baginda Rasulullah saw telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan tahun 571 Masihi.

Rasulullah saw adalah menjadi contoh seorang pemimpin keluarga, masyarakat dan negara yang unggul... Semoga kita semua dapat menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai IDOLA hidup kita dan panduan (Sunnah) ikutan sepanjang hayat.. InsyaAllah.. (^_^)

Pada tahun ini, aku berpeluang menyambut Hari Maulidur Rasul bersama-sama dengan penduduk PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur... Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Haji Hasbullah b. L. Isa... Walaupun tidak ramai yang memenuhi kerusi-kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur tetapi bersyukur kerana masih ada yang bersama-sama daam menjayakan Majlis yang sangat bermakna buat kita semua... Antara pengisian yang disediakan oleh pihak penganjur ialah kuiz untuk penduduk yang hadir & Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Meftah Anuar.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami semua dalam menjayakan majlis yang sangat bermakna ini... Marilah sahabat-sahabat semua kita memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad saw... Mudah-mudahan kita menjadi umat Muhammad yang terbaik... :) InsyaAllah...


Friday, February 26, 2010

Keindahan di Kolej Ilmu PNB... :)



Huh.... Nyaman & Tenang sangat ketika diri ini berada di Kolej Ilmu PNB dimana disini ditempatkan adik-adik yang bijak pandai yang datangnya dari latar belakang keluarga yang kuarang berkemampuan... Semuanya hebat-hebat & mempunyai potensi untuk berjaya dengan cemerlangnya dalam akademik.. :)

Petang yang indah ini, terdetik diriku ini bersama sahabat-sahabat untuk datang menjenguk adik-adik sambil bermain & beriadah bersama diorang semua.. (^_^)

Alhamdulillah, rasa diri ini bertambah terharu apabila ramai adik-adik yang menghargai kedatangan kami semua... Bangga sangat.. Apa pon kami merasakan bahawa mereka terlalu bahagia kerana segala-galanya di tanggung & ditaja oleh PNB... (^_^)

Semoga adik-adik dari Kolej Ilmu PNB ini menjadikan segala yang diterima sebagai peransang untuk berjaya dalam hidup.... Good luck in your life... chaiyok3... (:

Wednesday, February 24, 2010

Kini Kembali aktif untuk update blog... ( :



Picture terbaru diriku.... :)


Fuh.... sudah lama xupdate blog ni... Rasa rindu sangat nak update tetapi masa tidak membenarkan aku membuat sedemikian... sebenarnya banyak sangat perkara yang ingin dikongsikan tetapi apakan daya, tak sempat untuk berkongsi ngan sahabat-sahabat semua..

InsyaAllah, selepas ini aku akan cuba mencari masa & peluang untuk meng'update'kan blog kesayanganku ini.... (@_@)

Salam rindu & sayang buat semua yang sudi membaca blog ini... Syukran... :)