"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, November 1, 2010

Kem Explorasi Rabbani ~ Sek Keb Taman Seroja ♥♥♥



Bergambar kenangan bersama adik-adik Kasih...


Alhamdulillah, Program Kem Explorasi Rabbanitelah pun berakhir dengan jayanya... Program ini telah disertai oleh adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Taman Seroja. Adik-adik yang berumur 12 tahun iaitu darjah 6 yang telah menduduki UPSR... InsyaAllah, kalau tak silap, keputusan UPSR akan keluar pada 11 November 2010... AKu berdoa agar semua adik-adik yang telah menduduki UPSR akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang... InsyaAllah... Amin... =)

Adik-adik Sayang yang kelihatan ceria & tak sabar nak balik... hehhee...

Pada 23 & 24 Oktober yang lepas, aku dan beberapa sahabatku telah dijemput oleh Pengurus Simple Touch Training & Consultancy untuk bersama-sama dalam mengendalikan Kem Explorasi Rabbani... Aku, Bro Muslim & Bro Zikri telah bersama-sama menjayakan kem itu selama 2 hari 1 malam bersama adik-adik yang comel-comel & bersemangat tinggi untuk mencari ilmu.... hehehe... =)


Bergambar kenangan bersama adik-adik Kasih diatas Bas =)


Alhamdulillah, pelbagai aktiviti telah pun dijalankan bersama adik-adik SKTS... antaranya ialah ceramah, latihan dalam kumpulan bersama para fasilitator, explorace, Qiammulail, Solat Fardhu berjemaah, Muhasabah diri dan macam-macam lagi.. Semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai input-input atau pengisian yang sangat penting dan bermakna untuk adik-adik SKTS menempuhi ujian dan dugaan hidup apabila berada di Sekolah menengah nanti... InsyaAllah... =)

Antara sahabat-sahabat yang turut sama menjayakan kem ini ialah Kak SYida (Manager STE), Kak Wani, Kak
Shafa, Kak Iqma, Kak Fatin, Abe Apiz, Abe Mohamad, Abg Shafiq, Abg Muslim & Abg Zik..... Alhamdulillah, kami semua dapat bekerjasama dengan baik dan ukhwah diantara kami semua semakin rapat walaupun baru pertama kali berjumpa dan berkenalan... =) Thankz to everybody coz sudi bagi tunjuk ajar pada kami bertiga... ♥♥♥



Apa pun, semoga adik-adik Kem Explorasi Rabbani (SekKeb Taman Seroja) akan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah serta menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang... InsyaAllah.. semoga adik-adik sekalian akan berjaya mencapai cita-cita yang telah diimpikan.. Kami mendoakan yang terbaik untuk kalian semua... =)


Love you all so much... (^__^)
Tepuk-tepuk Sayang....... mmmmuuuaaaaahhhhh......!!!!!!!!!!!!!!

Liburan di Melaka Bandaraya Bersejarah...


M A L A C C A . . . . . . ! ! !
Memang layak sangat diisytiharkan sebagai Melaka Maju 2010... =)

Muzium Samudera

Terbaikk ar... Memang best la lepak-lepak kat melaka.... Rasa relax je Bandaraya Melaka ni.... Lagipun, Bandaraya melaka penuh dengan warisan sejarah... Sambil lepak boleh la menguatkan lagi sejarah yang ada di Malaysia ni.. Menambahkan ilmu pengetahuan sejarah Malaysia yang semakin dilupai... ehehe... =)





Bergambar kenangan bersama sahabat-sahabat di Kampung Morten


Sempatla jugak melawat Bangunan Stadhuys, Muzium Samudera, Menara Taming Sari dan sekitar-sekitar Bandaraya Melaka.... memang seronok sangat... sebab semua lokasinya menarik.. Paling best kat Kampung Morten... Kampung yang cantik, landskap yang boleh membuatkan hatiku tertawan pada keindahan kampung... masa pergi kat Kampung Morten tu, rasa macam tak nak balik
je... Nak je lepak lama-lama kat kampung tu.. Tapi tak der sapa pun yang sudi nak jemput aku masuk dalam rumah.... ahahhaa..... =p



InsyaAllah, jikalau ada kesempatan lagi, teringin sangat nak lepak-lepak atau liburan di Malacca dengan keluarga tercinta... =) Nak pusing-pusing Bandaraya melaka sampai puas.....!! Nak takluk Melaka seperti Portugis menawan Mela
ka suatu ketika dahulu... hehhehe....

Apa pun, syabas & tahniah diucapkan kepada Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam diatas pengisytiharan Melaka Maju 2010.. Negeri Bandar Teknologi Hijau..... Tahniah.... ♥♥♥



Bergambar kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan