"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Sunday, October 5, 2008

KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN SOMBONG DAN ANGKUH

  • APABILA BERTEMU DENGAN KANAK-KANAK, ANGGAPLAH KANAK-KANAK LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA KANAK-KANAK MASIH BELUM BANYAK MELAKUKAN DOSA BERBANDING DENGAN KITA
  • APABILA BERTEMU DENGAN ORANG TUA, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA MEREKA LEBIH BANYAK MELAKUKAN IBADAT KERANA LEBIH LAMA HIDUP DARIPADA KITA.
  • APABILA BERTEMU DENGAN ORANG ALIM, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA ILMU YANG MEREKA MILIKI DAN PELAJARI LEBIH BANYAK DARIPADA KITA.
  • APABILA BERTEMU DENGAN ORANG JAHIL, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA MEREKA MEMBUAT DOSA KERANA KEJAHILAN DAN KEGELAPAN, TETAPI KITA MEMBUAT DOSA DALAM KETERANGAN.
  • APABILA MELIHAT ORANG JAHAT, ANGGAPLAH MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA KITA KERANA MUNGKIN SUATU HARI NANTI DIA AKAN BERTAUBAT DAN INSAF TERHADAP KESALAHANNYA.
  • APABILA MELIHAT ORANG KAFIR, BERDOALAH DALAM HATI AGAR SUATU HARI NANTI PINTU HATI MEREKA AKAN DISINARI OLEH TAUFIK DAN HIDAYAHNYA DENGAN DENGAN IZIN ALLAH DAN SEGALA DOSA MEREKA AKAN DIAMPUNI.

1 comment:

Farid90 said...

kata yang hikmah, harap boleh di sebarkan.

terima kasih