"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, November 23, 2009

Majlis Konvokesyen & Sambutan Ulangtahun Ke-12 SRI & Tadika Islam Darul Thulab

Barisan Ustaz & Ustazah SRI Darul Thulab, Bandar Tasik Puteri, Rawang


Fuiyoo.... Pada 15 November yang lepas, aku & beberapa orang sahabat yang lain telah di jemput oleh Ustaz Najib, Pengurus Program untuk menjadi urusetia Majlis Konvokesyen & Sambutan Ulangtahun Ke-12 Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab, Bandar Tasik Puteri, Rawang..... Program ini boleh dikatakan "Big Program" la sebab ramai gak VIP yang hadir.... hmm.... Dasyat tuan-tuan.. hehehehe...

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Nasir Bin Ibrahim, Wakil YB ADUN Kuang... Huh, mula-mula rasa takot & gementar la gak... Yela, sebab aku jadi Emcee kan... Banyak la gak Boloq nya.... hahahha... Alhamdulillah, pada hari kejadian kami semua dapat menjadi urusetia yang terbaik dan dapat mengawal majlis dalam keadaan yang baik... Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat...


Ustaz & Ustazah kat sana semuanya peramah & baik-baik belaka... Seronok sangat dapat bekerjasama ngan mereka.... Apa pon, kami memohon sejuta kemaafan la jikalau kami melakukan kesalahan atau kesilapan semasa mengendalikan Majlis tersebut.. Alhamdulillah, Majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun mempunyai sedikit masalah... Kami rasa puas hati sangat sebab dapat membantu SRI Darul Thulab dalam menjayakan Majlis ini... Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Darul Thulab kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan majlis tersebut..

Yang turut sama-sama bersama aku menjadi urusetia ialah Adib Fuad, Muslim, Shuhaib, Ayie(MMC), Adibah, Fitriah, Siti Haslina & Ezwa(SMKPP 16).... Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi membantu dalam menjayakan Majlis tersebut.... Syukran.. (@_@)

No comments: