"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, January 29, 2009

KEIKHLASAN SESEORANG INDIVIDU....


Assalammualaikum... Seperti yang kita semua tahu, setiap Hamba Allah yang ada di muka bumi ini perlulah mempunyai sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang terpuji sahaja seperti akhlak Rasulullah saw. Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap kelebihan yang ada pada diri kita ini ialah hanya pinjaman sahaja.. Semuanya adalah hak milik mutlak Allah swt. So, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.. Kita patut merasakan yang diri kita ini sangat hina dan kerdil, janganlah kita terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehinggakan nak membantu orang yang dalam kesusahan pon hendak mengungkit.. Kenapa?? Hebat sangat ke diri kita ini??? Sesungguhnya, Allah swt lebih hebat dan lebih kuasa keatas setiap ciptaanya..... Aku merasakan sangat sedih & terkilan bila mendengar & mengetahui seseorang yang memiliki kehebatan terlalu berkira & sentiasa mengungkit sebelum melakukan sesuatu... Kenapa semua ini berlaku?? Adakah hebat sangat sehinggakan perlu mendaulatkannya??? Hmm... Entahla.. semakin banyak ilmu, semakin berlagak seseorang itu.. Aku pon tak tahu kehidupan didunia ini... Adakah aku ni sombong sangat?? Berlagak ke aku ni sehinggakan aku dipertikaikan bila aku meminta pertolongan yang sangat penting?? Setahu aku, sebagai umat Islam, kita patut bantu-membantu antara satu sama lain jika orang lain memerlukan pertolongan, bukannya mengungkit perkara silam yang belum tentu betul dan sahih kebenarannya... If seseorang tu pernah melakukan kesilapan pon, tak kanlah sehingga perlu simpan didalam hati dan mengungkit. Dendam?? Untuk apa?? Sedangkan Nabi kita Rasulullah saw pon tidak pernah berdendam dengan orang yang telah baling tahi ke dirinya.. Inikan kita?? hah... Dasyat gila daulat kita!!! Tolonglah... Kita perlu ingat, tidak semua manusia di muka bumi Allah swt ni sempurna.. Setiap orang yang hidup ni tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar..

So,kita janganlah menghukum saudara kita dengan perbuatan zalim kita sewaktu dia memerlukan pertolongan daripada kita... For the example, seorang Doktor, perlukah kita selalu berjumpa dengan dia jika tidak sakit??? Perlukah kita selalu mendampinginya kalau kita tidak memerlukan sebarang pertolongan (Nasihat kesihatan)??? Tidak perlukan? Jadi, if kita memerlukan pertolongan, dia mestilah segera membantu kita kan... Sebab tugasnya seorang doktor... Keikhlasan sangat penting dalam kehidupan kita semua... So, fikir-fikirkanlah.... Jangan sampai tugas & tanggungjawab kita untuk membantu orang dalam kesusahan terabai dengan sifat ego dan berlagak yang ada pada diri kita semua!!!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sesungguhnya, aku sedar dengan kelemahan dan kekurangan diriku ini... Janganlah kerana Kesilapan masa silamku, pertolongan yang amat aku perlukan dilupakan begitu sahaja.. Aku kesal dengan sikap orang yang sebegini... KAlau marahkan sekalipun, jagalah adab-adab kalian sebagai orng yang dihormati & jika tak dapat membantu, katakanlah kepada ku.. Yang penting diri kita tu ikhlas bila melakukan sesuatu perkara... Dan janganlah dikau diam seribu bahasa... Terima Kasih kepada semua orang yang telah membantu diriku ini... Sorry for everything..


Renung-renungkanlah....... Selamat Bermuhasabah diri kita...

No comments: