"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam....

Assalammualaikum.... Alhamdulillah, kita semua telah berjaya bersama2 untuk menunaikan ibadah yang paling dituntut oleh Islam.. Ibadah yang terkandung dalam Rukun Islam yang ketiga iaitu Ibadah Puasa... Hmm, banyak ibadah yang boleh kita lakukan dalam bulan yang mulia ini.. Antara amalan -amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini ialah Solat Terawih, Tadarus Al-Quran, Qiammualail, Mencari Malam LailatulQadar, Sedekah Amal Jariah, Membayar Zakat dan macam-macam lagi... Yang penting segala-gala yang kita lakukan itu mestilah niatkan kerana ALLAH swt...

Ibadah Puasa sebenarnya di fardhukan ke atas orang yang cukup syarat2nya... Anatara tujuannya adalah supaya kita bertaqwa (menjana taqwa dalam diri kita) kepada ALLAH..

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN PUASA
& DIHARAPKAN SEGALA AMALAN YANG DILAKUKAN DALAM BULAN INI BERKEKALAN SEHINGGA KE BULAN-BULAN LAIN.... INSYAALLAH....

1 comment:

Anonymous said...

salam ramadhan... n gud luck 4 final exam...