"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, August 31, 2009

Good Luck In Final Exam to everybody....




Hai manusia, sesunguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemuiNya....


Semoga kita semua berjaya di dalam final exam untuk semeter ini... Usaha lah bersungguh-sungguh agar impian yang kita impikan menjadi milik kita... InsyaAllah.....


Doa , Usaha , Istiqamah & Tawakkal.........




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke 52....

MERDEKA....!!!!! MERDEKA....!!!!



LAGU NEGARAKU

Alhamdulillah, Negara kita Malaysia telah mencapai Kemerdekaan yang ke 52 tahun pada tahun ini... Semoga kita bebas dari dijajah oleh orang asing... Dan bersama-samalah kita berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini...

MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!




LAGU TEMA 1 MALAYSIA

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam....

Assalammualaikum.... Alhamdulillah, kita semua telah berjaya bersama2 untuk menunaikan ibadah yang paling dituntut oleh Islam.. Ibadah yang terkandung dalam Rukun Islam yang ketiga iaitu Ibadah Puasa... Hmm, banyak ibadah yang boleh kita lakukan dalam bulan yang mulia ini.. Antara amalan -amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini ialah Solat Terawih, Tadarus Al-Quran, Qiammualail, Mencari Malam LailatulQadar, Sedekah Amal Jariah, Membayar Zakat dan macam-macam lagi... Yang penting segala-gala yang kita lakukan itu mestilah niatkan kerana ALLAH swt...

Ibadah Puasa sebenarnya di fardhukan ke atas orang yang cukup syarat2nya... Anatara tujuannya adalah supaya kita bertaqwa (menjana taqwa dalam diri kita) kepada ALLAH..

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN PUASA
& DIHARAPKAN SEGALA AMALAN YANG DILAKUKAN DALAM BULAN INI BERKEKALAN SEHINGGA KE BULAN-BULAN LAIN.... INSYAALLAH....

Wednesday, July 29, 2009

Sudah Sekian Lama Menyepi.....

Assalammualaikum wbt...... Hmm, dah agak lama aku xberkongsi cerita kat blog ini... Maafla, sebab agak sibuk sikit ngan program2, study & lagipon ada problem ngan broadband (hahahaha)................... InsyaAllah, selepas ini aku akan cuba mencari masa untuk meng-updatekan blog kesayangan aku ni... hehehhee....

Sebenarnya memang ada banyak citer yang ingin dikongsikan tapi xder masa nak mengarangnya... macam2 citer ada... citer sedih, terkilan, kecewa, geram, suka & macam2 la..... manusia kan, mestilah mempunyai pelbagai perasaan....

Oklah, tunggulah artikel aku yer... hehehhehe....................





Monday, June 29, 2009


PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH & TEKNIK DAN ETIKA PENYEMBELIHAN MENGIKUT SYARAK


Tarikh : 10 - 12 Julai 2009
Tempat : Kem Bina At-Taqwa, Bukit Changgang, Banting
Yuran Penyertaan : Rm 30 seorang (termasuk pengangkutan, penginapan, makan & minum, modul, sijil)

Perasmian oleh : YB Dato' Dr Hassan Bin Ali

Anjuran :
Persatuan Kebajikan & Pendidikan Islam Selangor (PEPIAS)
dengan kerjasama
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Daerah Kuala Langat

Sesiapa Berminat sila hubungi : (untuk pendaftran & tempahan tempat)
Abdul Hafiz Bin Abdul Bar
012-5133 309
013-2008 249
adfiz_peace@yahoo.com
www.adfiz.blogspot.com

atau

Muzakkir - 0175086339
Adib - 0136282450
ila - 0132267954
Aimi - 0133077416


Penyertaan adalah terhad kepada 80 orang peserta terawal sahaja....!!!!

* Terbuka kepada remaja yang berumur 15 tahun keatas sahaja...


Tuesday, June 2, 2009

Perkhemahan PAAWB Sekolah Islam Al-Farabi

Satu Camping yang memang best!!!! hehhehehe... Camping di satu puncak yang sangat tinggi... hmm, De' Puncak Lui, Hulu Langat.. memang terlalu tinggi sehinggakan peserta berjalan kaki dari bawah sehinggla ke tempat kem, yela bas xlarat nak naik.... Aku dapat rasakan yang adik-adik ni memang terlalu penat berjalan untuk ke tempat kem sambil membawa beg masing-masing... Apa yang dapat aku tolong ialah, hanya mampu melihat jer... hahahhaah.... memang zalimkan... huhhuhu.. Maaf yer.....


Camping yang sangat enjoy kerana pesertanya semuanya hebat-hebat & bersemangat tinggi... hmm, walau apa pon, adik-adik Sekolah Islam Al-Farabi memang mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan. malah diorang ni mampu berfikir dengan kreatis & kritis.. hehehehe... Ni betul tau bukan saja2 nak puji.... hahahahah.... Aku tahu sebab aku dah tanya macam2 kat adik2 perkhemahan PAAWB ni... Cuma yang aku xberkesempatan nak tanya & berborak2 ngan adik2 muslimat... hmm, yela, aktiviti padatkan.... Tapi, diorang semua memang sporting abis ar.. termasukla ustazah2 dan cikgu2 diorang... kalau nak tahu, Cikgu2 Sekolah Islam Al-Farbi ni semuanya perempuan tau... hmm, so, fasi lelaki hanyalah kami berlima je la... iaitu aku(iz), Faiz, Yaseer, Din & Arif.... Memang sempoi ar semua fasi2 ni.. yela, masing2 saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain sehinggala aktiviti perkhemahan ni berjalan dengan lancar dan sempurna....

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Melakar Logo, Malam Kebudayaan Sekolah Islam Al-Farabi, Treasure Hunt, Jungle Trackking, Buat Roti Sardin (sedap woo...) dan macam2 lagi.... Memang betul2 menguji kesabaran adik2 ni dalam camping yang telah mereka jalani.. hahahaha.... Semoga adik2 Al-Farabi ni menjadikan kem ni sebagai satu kem yang bermanfaat bagi diorang untuk mengaplikasikan segala2nya dalam kehidupan diorang seperti berdikari, berdisplin, menghormati guru, bersemangat dalam segala aktiviti yang dilakukan dan lain2 lagi... InsyaAllah.....

Adik-adik lelaki yang segak bergaya dengan pakaian PAAWB.....


Ape pon, aku nak ucapkan tahniah & ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menganjurkan satu Perkhemahan seperti ni dan sudi menjemput kami berlima dalam sama2 menjayakan perkhemahan ni serta juga tak lupa pada adik-adik al-Farabi yang telah berjaya mengharungi camping selama 2 hari 1 malam ni.. Syabas diucapkan....

Tepuk-tepuk TERIMA KASIH.......

TERIMA KASIH...
THANK YOU....
XEI XEI....
NANDRE....
SYUKRAN...
ARIGATO HAIT.......



Persembahan Fasilitator Perkhemahan PAAWB



Kumpulan Muslimin Mumtaz




Thursday, May 28, 2009

Memasak ala Bujang di Rumah......

Nak Masak Cokodok & cucur ubi????

Hahahahhaha.............. memang kelakar..... mcm2 mazhab masakan keluar.... ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu.... hmmmm..... masing2 kan bekas chef terkenal dunia so paham2la..... hehehhehehe.... ops, terlaser plak.... huhuhu...

Sebenarnya petang tu saja je, borak2 nak masak pisang goreng pastu tetiba lalu kat Bangi ternampak pisang & ubi keledek.... so, apa lagi terus ar singgah beli... hehhehe... excited la plak.. hehehhe....

Balik je umah, terus amik pisang n lenyek.... nak wat cokodok la katakan... (xtau la jadi ke x??) hahahaha.... afiq plak gi beli tepung, tadi xperasan yang tepung tertinggal kat kedai jual pisang tu... huhuhu... Masing2 berganding bahu la untuk menyiapkan cokodok n cucur ubi tu... hmmm..... xsabar rasanya nak rasa cokodok tu... sedap ke ha??? hahahahaha.............

Fandey plak ngan asyiknya memotong ubi tu.... layan je dia potong ubi tu.... hahahhaha.... ape pon, ubi tu memang pelbagai bentuk.. ada yang 3 segi, bulat & macam2 bentuk la... itu semua hasil potongan daripada cik abg Fandey kita la... hahahaha....


hmmm, afiq plak sibuk dok menggoreng cokodok.... huhuhu.... Dia la yang dok menambah adunan tepung cokodok tu bila cokodok yang kali pertama xmenjadi... hahahhaha.... Chef Afiq dari penang woo..... Muzakkir plak sibuk sikit... Biasala pengerusi yang mantap... hehhehehe....


Adunan tepung cokodok..... hmmmm..... belum masak pon dah sedap.. hahahha...


hmm, sedap wooo cokodok ni........

Hijrah Ilmu : Kursus Pintar Belajar.....

Seronok & Puas Hati Sangat...... Itu yang dapat aku lafazkan kerana program ini sangat bermakna buat aku.... Aku dapat rasakan yang adik-adik program ni sangat2 memerlukan pembimbing untuk membimbing & mendidik diorang untuk menjadi seorang pelajajar yang cemerlang & anak yang soleh dan solehah......

Pada mula2nya, aku agak malu2 gak la... yela 1st time join program ngan diorang ni.... hehhehehe.... tapi lama kelamaan, memang best ar... diorang semua hebat2.... mantap tu beb... hahhaha....

Walaupun just 3hari 2malam, tapi aku memang rapat sangat ngan adik-adik program ni.... Nak tahu x?? kat program ni, adik-adik semua panggl aku abg iz.... manja x?? hahahha.... hmmm, selama 2 malam kat program tu, aku dapat korek pelbagai rahsia.. antaranya yang malas nak belajar, malas nak solat, xtahu solat & xtahu rukun Islam dan macam2 lagi.... Sebenarnya, aku hanya menahan air mata je... aku memang sedih sangat2.... Xtahu nak ungkapkan macam mana....


Aku bagi pelbagai nasihat dan dorongan kat diorang supaya diorang ada keinsafan & kehendak untuk belajar semua tu.... Sebelum tido, aku ada gak borak2 ngan adik2 tu..... Aku cuba rapat & kongsi segala2nya ngan diorang... aku bagi sokongan untuk diorang agar diorang tahu yang ada orang masih amik berat tentang diri diorang.....

Walaupun, ada adik2 yang kata aku ni garang & tegas, tapi aku xkisah semua tu sebab aku terlalu sayangkan diorang... aku nak sangat diorang ni jadi insan yang berguna bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak....

Ummi menyampai sesuatu kepada adik-adik program


Kami, fasi2 & ustaz2 cuba sehabis baik agar program selama 3 hari 2 malam ni betul2 bermakna & tercapai objektifnya untuk menjadikan adik2 program ni seorang pelajar yang cemerlang didalam akademik & agama(ibadah)....

















Tahniah
, aku ucapkan kepada fasi2 yang lain kerana telah berjaya membimbing adik2 didalam program ni.... Syabas sangat2.... Aku memang seronok sangat dapat bekerjasama dengan korang semua..... Syukran Ummi In, Ustaz F & Ustaz Azwa kerana sudi menjemput saya untuk menjadi fasi didalam program ini................. Kenangan ini xkan dapat saya lupakan kerana ini adalah kenangan yang terindah bersama adik2 asnaf zakat, yaser, din, arif, nad & kak mislia.....

Adik2!!! Semoga berjaya dalam hidup ya..... Teruskan perjuangan mu didalam menuntut ilmu....



Persembahan yang teristimewa buat adik-adik tersayang