"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, May 28, 2009

Hijrah Ilmu : Kursus Pintar Belajar.....

Seronok & Puas Hati Sangat...... Itu yang dapat aku lafazkan kerana program ini sangat bermakna buat aku.... Aku dapat rasakan yang adik-adik program ni sangat2 memerlukan pembimbing untuk membimbing & mendidik diorang untuk menjadi seorang pelajajar yang cemerlang & anak yang soleh dan solehah......

Pada mula2nya, aku agak malu2 gak la... yela 1st time join program ngan diorang ni.... hehhehehe.... tapi lama kelamaan, memang best ar... diorang semua hebat2.... mantap tu beb... hahhaha....

Walaupun just 3hari 2malam, tapi aku memang rapat sangat ngan adik-adik program ni.... Nak tahu x?? kat program ni, adik-adik semua panggl aku abg iz.... manja x?? hahahha.... hmmm, selama 2 malam kat program tu, aku dapat korek pelbagai rahsia.. antaranya yang malas nak belajar, malas nak solat, xtahu solat & xtahu rukun Islam dan macam2 lagi.... Sebenarnya, aku hanya menahan air mata je... aku memang sedih sangat2.... Xtahu nak ungkapkan macam mana....


Aku bagi pelbagai nasihat dan dorongan kat diorang supaya diorang ada keinsafan & kehendak untuk belajar semua tu.... Sebelum tido, aku ada gak borak2 ngan adik2 tu..... Aku cuba rapat & kongsi segala2nya ngan diorang... aku bagi sokongan untuk diorang agar diorang tahu yang ada orang masih amik berat tentang diri diorang.....

Walaupun, ada adik2 yang kata aku ni garang & tegas, tapi aku xkisah semua tu sebab aku terlalu sayangkan diorang... aku nak sangat diorang ni jadi insan yang berguna bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak....

Ummi menyampai sesuatu kepada adik-adik program


Kami, fasi2 & ustaz2 cuba sehabis baik agar program selama 3 hari 2 malam ni betul2 bermakna & tercapai objektifnya untuk menjadikan adik2 program ni seorang pelajar yang cemerlang didalam akademik & agama(ibadah)....

















Tahniah
, aku ucapkan kepada fasi2 yang lain kerana telah berjaya membimbing adik2 didalam program ni.... Syabas sangat2.... Aku memang seronok sangat dapat bekerjasama dengan korang semua..... Syukran Ummi In, Ustaz F & Ustaz Azwa kerana sudi menjemput saya untuk menjadi fasi didalam program ini................. Kenangan ini xkan dapat saya lupakan kerana ini adalah kenangan yang terindah bersama adik2 asnaf zakat, yaser, din, arif, nad & kak mislia.....

Adik2!!! Semoga berjaya dalam hidup ya..... Teruskan perjuangan mu didalam menuntut ilmu....



Persembahan yang teristimewa buat adik-adik tersayang

No comments: