"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Wednesday, January 28, 2009

Berakhirnya Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009 (PeBIS) telah berakhir dengan jayanya pada 26 Januari 2009 tepat pukul 03.55 pm . Program PeBIS ini telah berlangsung di Kem Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang,Selangor selama 3 hari 2 malam bermula 24 - 26 Januari 2009. Program PeBIS yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Exco Belia & Sukan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini di hadiri oleh peserta-peserta PMG ke 9, ahli-ahli PEPIAS dari setiap kampus dan pimpinan PEPIAS Pusat. Seramai 120 peserta dari pelbagai IPT dan tempat telah menglibatkan diri didalam Program PeBIS ini. Program yang diketuai oleh Abdul Hafiz Bin Abdul Bar iaitu sebagai Pengarah Program PeBIS kali ini telah dijayakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang telah menaja perkhemahan ini dari segi alat-alatan, pengangkutan, khemah dan lain-lain. Antara objektif utama program PeBIS ini ialah menyediakan para belia yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi semangat juang dalam menghadapi cabaran, menggilap potensi dan jati diri kader-kader agar dapat menjadi lebih berketrampilan dan mempunyai peribadi da’ie yang baik serta menjadikan belia dan pelajar sebagai agen perubah bagi masyarakat yang semakin hari dilihat semakin jauh menyimpang daripada nilai-nilai agama dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program PeBIS ini ialah peserta-peserta dibahagikan mengikut FIRQAH, makan dalam Talam, Night Walk, Solat Berjemaah, Qiammulail, Obstacle, Rock Climbing, Ceramah yang disampaikan oleh Nizal Mohammad yang bertajuk 'Who Are we?? Why Must We??' dan macam-macam lagi. Perasmian penutup Program PeBIS kali ke 9 ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Amiruddin Shari, Adun Batu Caves merangkap Exco Belia & Sukan Selangor. Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan kehadiran Professor Dr. Muhammad Nur Manuty (Fellow Kanan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dan Saudara Zamani Mohd Karulani (Penghulu Mukim Batu) .


Kenangan Terindah Peserta Perkhemahan Belia Islam Selangor 2009





1 comment:

Anonymous said...

semoge..
PEBIS akan ada lagi selepas ini..
aminnn...KiNGz9