"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, February 10, 2009

Siapakah aku?? Baik kah aku ni??


Entahla.... Soalan ni seringkali bermain-main di kotak fikiranku.. Kenapa ya?? Aku sebenarnya terasa yang diriku ni amat hina lagi kerdil.... Aku merasakan apa yang aku buat selama ini salah... Sia-sia...!!! Bila aku mengetahui yang diriku ini sebenarnya banyak mengundang kemarahan, kebencian seseorang, aku merasakan yang aku tak sanggup lagi untuk melakukan apa yang aku lakukan sekarang..!!! AKu lemah.... Aku kecewa... Aku terkilan... Aku sedih.... Malah, timbul perasaan 'GIVE UP'!! Aku cuba elakkan perasaan sebegini tapi.... huh...

Ya Allah.... Kenapa aku dipertikaikan sebegini rupa... Teruk sangat ke perangai aku ni?? Teruk sangat ker tingkah laku aku?? Teruk sangat ker gurauan aku??? hmmm.... Aku x menyangka yang selama ini segala perbuatan aku adalah salah... Perbuatan yang telah melukakan ramai hati dan perasaan orang.... Kini baru aku sedar yang aku ni perlu memperbaiki sikap & gurauan aku agar semua orang senang bila mendampingi ku... Tapi, sampai bila aku perlu menjaga hati & perasaan orang sedangkan mereka langsung tak menjaga hati & perasaanku??? hah, aku xminta semua tu.. tapi tolonglah faham, aku pon manusia macam orang lain juga... mempunyai perasaan yang kadang-kadang mudah terusik... Mudah tersentuh... Tapi xsiapa mengetahuinya kerana diriku ni lebih senang menyembunyikan perasaan tersebut.... Lebih senang merahsiakan di sebalik ketawa riang yang aku cuba ukirkan... Hanya Engakau Ya Allah, Yang Maha Mengetahui segala perit getir hidup ku ini....


Aku tahu kehidupan sebagai seorang manusia ini tidak pernah sempurna... Selalu melakukan salah & silap... Tetapi, janganlah kita menghukum orang lain untuk jadi sempurna... Untuk jadi lebih baik sedangkan diri kita tu tidaklah seperti yang di katakan.... hmm... Cakap tak serupa bikinla.... Tolonglah.... Aku sedar diriku ni takla sehebat korang semua... Aku tahu yang aku ni hanya pengikut yang cetek ilmunya... yang mudah diperdaya... yang hanya bercakap tanpa memikirkan hati & perasaan orang.... Maaf.... Maaf... Maaf.............................. Aku akui kelemahan diriku ini... Aku akui kesilapan ku ini... Aku akui kejahilan diriku ini... InsyaAllah, aku akan cuba muhasabah diriku ini agar menginsafi segala perbuatanku sebelum ini.... Aku akan cuba memperbaiki sikapku ini...

MAAFKAN AKU WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN, MAAF JIKA KORANG SEMUA TERASA & TERSINGGUNG DENGAN SIKAP DIRIKU INI... KINI AKU SEDAR YANG SIKAP AKU NI SEBENARNYA TIDAK DISENANGI RAMAI ORANG....





p/s untuk diri saya sendiri :

Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...