"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, September 7, 2009

Program Ihya' Ramadan...........


Alhamdulillah, Program Ihya' Ramadan yang berlangsung di Masjid wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 05-06 September yang lepas telah berjaya dijalankan dengan lancarnya... Program yang bertemakan Remaja Teras Ad-Deen ini telah dianjurkan oleh PERKIM dengan kerjasama PPR Pantai Ria..... Huh, nilah program yang sangat mencabar bagi kami semua sebagai fasilitator kerana kali ini program telah berlangsung pada Bulan Ramadan so agak capek sekali dong... hahahaha....... Walau apa pun, kami telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar agar matlamat Program ini tercapai.... Peserta kali ini agak meriah & kadang -kadang mereka ni nakal sehinggakan aku naik angin gak ar.. hahhaa...


Sesi Berjalan, Melihat dan Mentafsir Sekitar Majid Wilayah Persekutuan


Tahniah diucapkan kepada adik-adik PPR Pantai Ria kerana berjaya menghabiskan program ini tanpa sebarang masalah. Di harapkan adik-adik semua dapat mengamalkan apa yang di sampaikan oleh kami semuadan menjadikan diri seorang insan yang sejati yang dapat mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah swt... You all memang best ar... Ingat!! Jangan mungkir janji tau...!!! hehehe... Adik-adik Syabab Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria, Jalankan tanggungjawab & amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin ya...!!!! Terima kasih kepada semua wakil Surau Al-Hijrah yang bersama-sama kami dalam menjayakan program ini.. Harapa dapat memaafkan kami jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan dalam menjalankan program ini....


Bergambar Kenangan Para Peserta Program Ihya' Ramadan


Terima Kasih aku ucapkan kepada fasi-fasi semua kerana banyak membantu aku dalam menjayakan program ini kerana semua fasi bijak dalam melengkapi antara satu sama lain sehinggakan lompong-lompong kelemahan program dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin... Hebat woo.... Tahniah diucapkan yer.... You all the best ar... Thankz to Khalzurin, Muslim, Ehsan, Zamry, Adib, Aminatulummah, Siti Haslina, Hazani, Marhamah, Farhan, Loqman, Zikri, Wan, Kamil dan tak lupakan kepada abg yang support kami dari awal sehingga ke habis program iaitu Abg Aziz.... Semoga kita semua dapat meneruskan perjuangan dalam menyebarkan agama Islam.. InsyaAllah.........

Semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada masa datang................



Adik-adik Program Ihya' Ramadan @ Masjid Wilayah Persekutuan

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa yer..!!!











No comments: