"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, November 23, 2009

Hang out bersama adik-adik SMKPP 16

Hmm, sudah agak lama sebenarnya nak update blog ini, tapi sejak akhir-akhir ini, aku agak sibuk sangat... huh.... macam-macam aktiviti & program yang aku join...

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 14 November yang lepas aku berkesempatan keluar bersama adik-adik SMKPP 16... Pada mulanya kami cadang nak wat reunion tetapi entahla, maybe masing-masing sibuk kot... so, hang out pon jadilah... heheheheh....

Kenangan Indah Bersama Adik-Adik SMKPP 16 di Alamanda, Putrajaya


Pagi tu lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami semua berkumpul kat Putrajaya... Antara sahabat-sahabat yang bersama aku ialah Abg Alang, Adib Fuad, Zikri & Adibah... Budak- budak SMKPP 16 xla ramai sangat yang datang, lebih kurang 15 orang je... Maybe, adik-adik yang lain mempunyai hal lain yang xdapat dielakkan kot... huhuhu...

Kami main bowling oo.... masing-masing semangat semacam je... Hmm, Lelaki Vs perempuan.... Agak-agak group mana yang menang ek? lelaki ke perempuan? hahahaha.. (@_@)
Biarlah rahsia..... hehehe... Best woo... Gempak & semuanya hebat - hebat belaka... hmm, bila mau fight bowling lagi?? hahaha...


BIL

PEMAIN

1ST GAME

2ND GAME

KEDUDUKAN

LELAKI

1

ZIKRI

74

95

6

2

HAFIZ

107

83

3

3

ABANG ALANG

123

87

2

4

ADIB FUAD

80

76

7

JUMLAH





PEREMPUAN

1

SYIFA

78

108

4

2

ADIBAH

74

71

8

3

AZIEMAH

66

78

9

4

YASMEEN

84

160

1

5

EZWA

92

80

5

JUMLAH





Skor markah pertandingan Bowling antara Lelaki & Perempuan....



Pemain Bowling Yang Hebat & Handal... hahahaha... (^_^)

Thursday, November 12, 2009

PUISI S.P.I.E.S


MAKE THE FANTASY BECOME REALITY,
IF U GAVE A TALK, THEN WALK THE TALK,
MEMANG BUKAN SENANG,
TAPI JIKA HANYA ANGAN-ANGAN TANPA TINDAKAN,
MAKA GENERASI TAKKAN PERNAH MAJU KEHADAPAN,
KITA TAKKAN PERNAH MENAWAN APA YANG KITA INGINKAN,
IF YOU THINK FOR YOURSELF,
THEN YOU SHOULD THINK FOR OTHERS,
INI KERANA WALAUPUN HANYA MEMBERI SMALL KINDNESS KEPADA RAKYAT.
NAMUN IA MEMBERI BANYAK KEBAIKAN YANG TERSIRAT KETIKA DI DUNIA & AKHIRAT.
TIDAK CUKUP DENGAN NIAT TANPA DOA, TAWAKKAL & BERKAT,
WITHOUT LOVE & DIFFICULT,
MAKA ANGAN-ANGAN MUNGKIN AKAN BERKARAT.
ITULA KENYATAAN DI DUNIA & AKHIRAT




Nurkilan oleh : Siti Asmah Rojan (KUIS)


Program S.P.I.E.S Belia




Alhamdulillah, pada 7 & 8 November yang lepas aku dan bebeapa orang sahabat KUIS yang lain telah mengikuti sebuah program yang sangat bermakna... Hmm... salah satu program yang lain dari yang lain... Sangat bermakna buat aku & sahabat-sahabat yang lain... Dasyat tuan-tuan.... hehehehe.... Program yang tidak ku duga.... huhuhu....

Program SPIES ini adalah akronim bagi Spiritual - Physical - Intellectual - Emotional - Social..... Ia telah diadakan di Excel Training Centre, Semenyih... Antara peserta yang sama-sama menghadiri progran ini ialah Kolej Multimedia, Kolej Dar Hikmah, DUN Puchong & DUN Titiwangsa.... Semua peserta hebat-hebat belaka... Cayalah semua....


Peserta lelaki dari KUIS & MMC yang hensem & SMART..... hehehe.. (^_^)


Program SPIES ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dikelolakan oleh sebuah Consultant yang sangat hebat & berpengalaman iaitu Dreams Team Resources.... Consultant ini mempunyai input-input yang sangat bermakna & macam-macam pengetahuan kami perolehi dari mereka... Terima kasih kami ucapkan kepada semua Fasilitator & komiti yang terlibat dalam program SPIES ini...


Program SPIES yang sangat bermakna buat kami semua.... (@_@)


Antara pengisian yang sangat berfaedah untuk aku kongsikan bersama ialah :-

1. Kalau Tak Buat, Tak Yakin...!!
2. Tiga jenis Hati - Hati Bersih, Hati Sakit & Hati Kotor
3.
"Once you intention is clear, the method will appear"
4.
Ingin tahu kualiti diri kita?? ---> Lihatlah apa yang keluar dari diri kita
5.
Parachute Minda ---> Apa pun, say Alhamdulillah
6.
Konsep orang baling batu, Tapi kita bagi bunga.....
7.
Kita boleh meendah diri, tapi jangan sesekali kita menghina diri sendiri..!!
8.
Pekakkan telinga kepada perkara=pekara NEGATIF..!
9.
Otak sedar --> 5 % & Otak tak sedar -----> 95 %
10.
Akhirat depan mata, Dunia di bawah dagu
11.
What you give, you get back!!
12.
Kemungkaran yang besar ialah kemungkaran POLITIK..!!!Italic13. Menjadi orang yang bermagnet... Contohnya :
  • * Think Others (fikir tentang orang lain)
  • * Make everybody feel wanted (Membuat semua orang rasa dihargai)
  • * Lihat kekuatan sahabat, Bukannya kelemahannya
  • * Berjiwa besar & berlapang dada
  • * Berfikiran Positif & bersangka baik dengan Allah

Tuesday, November 3, 2009

Latihan Asas Fasilitator (LAFAS) 2009.........

Sewaktu berada di kawasan Air Terjun bersama adik-adik MMC



Tahniah diucapkan kepada Multimedia College, Kuala Lumpur kerana telah berjaya menjalani Latihan Asas Fasilitator (LAFAS) selama 3 hari 2 malam bermula 30 Okt - 1 Nov 2009.... Program yang sangat bermakna kerana banyak pengisian yang telah diberikan kepada adik-adik MMC tentang asas kefasilitatoran...

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah pengenalan diri, pengenalan tentang Fasilitator, LDK, MODUL, 4T(Ta'aruf, Tafahum, Ta'awun, Takaful), 4KA (Kebersamaan, Kerahsiaan, Kepercayaan, Keterbukaan, Adabul Ikhtilaf), Kemahiran Komunkasi, Jungle trackking , Malam Aneka Ragam & macam2 lagi... Adik-adik ini telah dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu Saidina Umar, Saidina Ali, Saidina Uthman & Saidina Abu Bakar....

Sewaktu Jungle Trackking, sebelum memasuki terowong

Program ini telah dijayakan oleh seramai 29 orang mahasiswa/i kolej multimedia... Adik-adik MMC sangat bersemangat & sporting dalam program ni.. Aku sangat terhibur ngan mereka semua... Tapi aku dapat rasakan yang aku belum sepenuhnya berkongsi pengalaman aku ngan mereka semua kerana masa yang ada sangat sedikit... InsyaAllah, kalau ada masa atau kelapangan, aku akan kongsikan suka & duka aku menjadi fasilitator agar diorang semua dapat merasakan perasaan menjadi fasilitator & persiapan untuk mereka melakukan kerja-kerja lapangan...


Di saat kenangan terindah bersama adik-adik MMC

Tanggungjawab sebagai fasilitator ni sangat berat kerana perlu memahami perangai orang & macam-macam lagi disamping dapat memantapkan diri kita... Apa pon, Good Luck aku ucapkan kepada adik-adik MMC, semoga mereka dapat mengamalkan apa yang telah diberikan semasa Program LAFAS...

Sebelum tu, aku memohon jutaan kemaafan kepada pihak penganjur iaitu MMC jikalau aku ada melakukan kesalahan atau kesilapan dalam membantu menjayakan program ini... Terima kasih juga diucapkan kepada PEPIAS kerana memberi kerjasama kepada MMC dalam menjayakan program LAFAS ini.. Dan tak lupa juga kepada sahabat-sahabat fasilitator yang lain.. Teruskan perjuangan anda dalam membimbing anak bangsa kita... InsyaAllah..

InsyaAllah, semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.... Salam perjuangan kepada semua adik-adik MMC.... Good Luck....
FASILITATOR = PEMUDAH CARA


Monday, November 2, 2009

Jamuan Hari Raya Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria...

Pada 25 Oktober 2009 yang lepas, aku & beberapa orang sahabatku telah dijemput untuk menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran Penduduk PPR Pantai Ria bersama ngan adik-adik program Remaja Teras Ad-Deen.... Majlis Jamuan tersebut telah di hadiri oleh Dato' Hasbullah B. L. Isa iaitu Penolong Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan... Pada masa yang masa, majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta Program Remaja Ad-Deen juga disampaikan oleh Datuk Hasbullah & Tuan Haji Khairom (Pengerusi Surau Al-Hijrah)..... Majlis tersebut dihadiri oleh ramai penduduk sekitar PPR Pantai Ria... Antara sahabat-sahabatku yang hadir ialah Abg Azizan, Abg Alang, Abg Adha , Muslim, Zamry, Loqman, Ehsan & Adib...........


Juadah yang enak & sedap disediakan kepada kami... (^_^)


Terima kasih kepada semua jawatankuasa Majlis Jamuan Hari Raya Surau Al-Hijrah kerana sudi menjemput kami semua.. Layanan yang diberikan kepada kami semua amatlah mesra & baik sekali... Tak lupa juga masakan yang sangat sedap yang telah dihidangkan kepada kami... Terima Kasih banyak-banyak...

Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi.... hehehhe.. (^_^)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Bergambar kenangan bersama Tn Haji Khairom


Thursday, October 22, 2009

Kem Kepimpinan Pengawas SMKPP 16


Mantap...!!! Hebat...!!! Berdisiplin....!!! Berwawasan...!!

Itulah yang dapat aku ungkapkan bagi mengambarkan attitude adik-adik pengawas SMKPP 16 ni... Memang betul-betul berdisiplin & senang untuk dikendalikan dalam program selama 3 hari 2 malam ( 14-16 Oktober 2009) di ALang Manja, Gombak... Mereka ni mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin hebat & berdedikasi....

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Disiplin SMKPP 16 bagi membantu pengawas-pengawas sekolah dalam menjadikan diri mereka seorang pemimpin yang tahu hala tuju & jati diri yang dikehendaki agar sifat-sifat sebagai seorang pemimpin tu wujud dalam diri setiap pengawas...

Tahniah aku ucapkan kepada adik-adik pengawas SMKPP 16 kerana telah berjaya mengharungi perit getit perjuangan di dalam kem kepimpinan ini.. semoga adik-adik ni dapat mengamalkan apa yang telah diterapkan kepada meraka...

Kami memohon jutaan kemafaan kepada pihak sekolah & adik-adik pengawas jika kami semua terkasar bahasa atau perbuatan dalam mengendalikan kem ini... Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kem ni samada secara langsung taupun tidak langsung...

Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat fasilitator aku yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan objektif kem ini iaitu Abg Aziz, Abg Alang, Muslim, Zikri, Zambry, Azhar, Adib, Yana, Aqmar & Dija... Terima kasih semua.... U all memang hebat & best....

Adik-adik pengawas SMKPP 16
--->> teruskan perjuangan kalian dalam menjadi seorang pengawas yang disegani & dihormati.... Chaiyok3x....

Kami semua merindui adik-adik SMKPP 16.....
Kami Pemimpin Yang Hebat... "Chiwawa"

Thursday, October 1, 2009

Anak saudaraku - Thaqifah Umairah.........


Kedatangan Thaqifah Umairah dalam Keluargaku Membuatkan Kami Sekeluarga Bertambah Bahagia

Gambar ini diambil semasa Thaqifah Umairah baru berusia 1 Hari 5 Jam

-------------------------------------------------------------------------------------------


Nama : Thaqifah Umairah Bt Abdul Razif
Tarikh lahir : 25 September 2009
06 Syawal 1430 H
Tempat lahir : Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis Masa lahir : 08.05 pm
Berat : 2.7 Kg


Maksud Nama:-
Thaqifah : Yang cerdik / Yang cepat faham Umairah : Permaisuri


---------------------------------------------------------------------------------------------


Bakal menjadi seorang permaisuri yang bijak & cerdik



Doakan Thaqifah Umairah supaya menjadi anak yang SOLEHAH

Wednesday, September 23, 2009

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC




Dengar & Hayatilah lirik lagu ini.......
Sungguh menyentuh hati & perasaanku.........

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430 H


Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics

Alhamdulillah, kali ni aku berkesempatan lagi untuk menyambut hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua Orang yang beragama Islam.... Hari ape lagi kalau bukan Hari Raya.... hehehehe..... Setelah sebulan kita smua menjalani ibadah puasa, kini sampailah sudah 1 Syawal iaitu Hari Kemenangan bagi Umat Islam.....

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diriku ini..... Jemputlah beraya ke rumah aku di Perlis... InsyaAllah, ketibaan anda semua disambut dengan pintu yang terbuka luas..... Datang tau.... hehehhee....

Semoga Aidilfitri tahun ini membawa kecemerlangan & kebahagiaan kepada kita semua serta sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah swt.


- SELAMAT HARI RAYA -

daripada ABDUL HAFIZ & KELUARGA......


Get the Selamat Hari Raya code at Myspace Graphics