"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, November 3, 2009

Latihan Asas Fasilitator (LAFAS) 2009.........

Sewaktu berada di kawasan Air Terjun bersama adik-adik MMC



Tahniah diucapkan kepada Multimedia College, Kuala Lumpur kerana telah berjaya menjalani Latihan Asas Fasilitator (LAFAS) selama 3 hari 2 malam bermula 30 Okt - 1 Nov 2009.... Program yang sangat bermakna kerana banyak pengisian yang telah diberikan kepada adik-adik MMC tentang asas kefasilitatoran...

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah pengenalan diri, pengenalan tentang Fasilitator, LDK, MODUL, 4T(Ta'aruf, Tafahum, Ta'awun, Takaful), 4KA (Kebersamaan, Kerahsiaan, Kepercayaan, Keterbukaan, Adabul Ikhtilaf), Kemahiran Komunkasi, Jungle trackking , Malam Aneka Ragam & macam2 lagi... Adik-adik ini telah dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu Saidina Umar, Saidina Ali, Saidina Uthman & Saidina Abu Bakar....

Sewaktu Jungle Trackking, sebelum memasuki terowong

Program ini telah dijayakan oleh seramai 29 orang mahasiswa/i kolej multimedia... Adik-adik MMC sangat bersemangat & sporting dalam program ni.. Aku sangat terhibur ngan mereka semua... Tapi aku dapat rasakan yang aku belum sepenuhnya berkongsi pengalaman aku ngan mereka semua kerana masa yang ada sangat sedikit... InsyaAllah, kalau ada masa atau kelapangan, aku akan kongsikan suka & duka aku menjadi fasilitator agar diorang semua dapat merasakan perasaan menjadi fasilitator & persiapan untuk mereka melakukan kerja-kerja lapangan...


Di saat kenangan terindah bersama adik-adik MMC

Tanggungjawab sebagai fasilitator ni sangat berat kerana perlu memahami perangai orang & macam-macam lagi disamping dapat memantapkan diri kita... Apa pon, Good Luck aku ucapkan kepada adik-adik MMC, semoga mereka dapat mengamalkan apa yang telah diberikan semasa Program LAFAS...

Sebelum tu, aku memohon jutaan kemaafan kepada pihak penganjur iaitu MMC jikalau aku ada melakukan kesalahan atau kesilapan dalam membantu menjayakan program ini... Terima kasih juga diucapkan kepada PEPIAS kerana memberi kerjasama kepada MMC dalam menjayakan program LAFAS ini.. Dan tak lupa juga kepada sahabat-sahabat fasilitator yang lain.. Teruskan perjuangan anda dalam membimbing anak bangsa kita... InsyaAllah..

InsyaAllah, semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.... Salam perjuangan kepada semua adik-adik MMC.... Good Luck....
FASILITATOR = PEMUDAH CARA


3 comments:

--a-- said...

4T dan 4KA...list skit piz...:P

MOHD AZIZAN BIN YUNUS said...

la..dil...list watpe...kan dah ada dalam blog apiz tu....kene pakai spek ko ni...

MOHD AZIZAN BIN YUNUS said...

dil...apiz dah tulis la kat blog dia...:)