
Pada 25 Oktober 2009 yang lepas, aku & beberapa orang sahabatku telah dijemput untuk menghadiri
Jamuan Hari Raya anjuran Penduduk PPR Pantai Ria bersama ngan
adik-adik program Remaja Teras Ad-Deen.... Majlis Jamuan tersebut telah di hadiri oleh
Dato' Hasbullah B. L. Isa iaitu
Penolong Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan... Pada masa yang masa, majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta Program Remaja Ad-Deen juga disampaikan oleh Datuk Hasbullah & Tuan Haji Khairom (Pengerusi Surau Al-Hijrah)..... Majlis tersebut dihadiri oleh ramai penduduk sekitar PPR Pantai Ria... Antara sahabat-sahabatku yang hadir ialah
Abg Azizan, Abg Alang, Abg Adha , Muslim, Zamry, Loqman, Ehsan & Adib...........
Juadah yang enak & sedap disediakan kepada kami... (^_^) Terima kasih kepada semua
jawatankuasa Majlis Jamuan Hari Raya Surau Al-Hijrah kerana sudi menjemput kami semua.. Layanan yang diberikan kepada kami semua amatlah mesra & baik sekali... Tak lupa juga masakan yang sangat sedap yang telah dihidangkan kepada kami... Terima Kasih banyak-banyak...
Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi.... hehehhe.. (^_^)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Bergambar kenangan bersama Tn Haji Khairom
No comments:
Post a Comment