"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, March 26, 2009

Kem Kembara Al-Muqarabbin

BANTING - Kem Kembara Al-Muqarabbin sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor 1430H/2009M telah dijalankan pada 21-22 Mac 2009 di Kem Bina Taqwa , Bukit Changgang. ABIM Negeri Selangor telah diamanahkan untuk mengisi program ini dengan modul yang bersesuaian dengan belia remaja kini.

Seramai 77 orang peserta daripada sekolah menengah seluruh Kuala Langat seperti SMK Bukit Changgang, SMK Bandar Banting, SMK Sijangkang Jaya, Maahad Mujahiddin, Maahad Ihya Al-Muhammadi dan banyak lagi. Seramai 11 orang tenaga penggerak daripada ABIM yang diketuai oleh Sdr Khairudin bin Abas , Pen. Setiausaha ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat dibantu oleh Sdr Radin Mohd Imaduddin, Exco Pendidikan dan Latihan ABIM Kuala Langat serta Sdr Abd Hafiz Abd Bar sebagai Ketua Fasilitator. Seramai 8 Fasilitator daripada PEPIAS dan Unit Syabab ABIM Daerah Kuala Langat.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan belia remaja dengan kehidupan yang lebih baik menurut landasan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah Taala, di samping menggilap potensi diri muslim di dalam diri remaja terlibat. Penyelaras program daripada JAIS, Ustaz Kamal Ariffin berharap kerjasama dengan NGO Islam terutama ABIM ini dapat diteruskan terutama dalam program yang akan datang. Program ini ditutup dengan rasminya oleh AF Ustaz Abd Rahman Hassani , Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat.



Barisan Fasilitator, aktivis dan penggerak ABIM Kuala Langat.
( Berdiri dari kiri:- Syida, Sofeah, Abg Radin, Abg Khairudin Abas, Adibah, Husna, Sasa)
(Duduk dari kiri:- Faez, Hazriq, Hafiz, Azmir)

1 comment:

nizamtoha said...

salam..

Mr Din tu kawan .kim salam kat dia.
Usaha murni seprti ini musti ditruskan...Tahniah