"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, March 16, 2010

Kem Kepimpinan Pengawas SAM Paya Jaras

"PENGAWAS.........!!!!!!!!! " Sahut peserta "KAMI....."
"KAMI.....................!!!!!!!!!" Sahut peserta "CEMERLANG....."

"Kepimpinan Adalah Satu Tanggungjawab"

Maka terbinalah satu pasukan yang hebat yang menyuarakan slogan "KAMI PENGAWAS CEMERLANG..........." InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan agar adik-adik SAM PAYA JARAS seramai 40 orang ni dapat menjadi pemimpin yang disegani dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik yang mungkin.

Pada 12 -14 Mac 2010 yang lepas, aku dan beberapa sahabat yang lain telah bersama-sama dalam satu program untuk membantu En. Azizan dalam membimbing adik-adik Pengawas dari SAMPJ... Semua adik-adik ini terdiri dari kalangan pengawas sekolah dan juga pengawas perpustakaan... Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam menjadikan diri mereka seorang yang bertanggungjawab dan pemegang amanah yang jujur... (^_^)


Walaupun kuantiti peserta tidak ramai tetapi kami tetap bersemangat dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada adik-adik ini... Mereka memberikan komitmen yang terbaik dari awal hinggala ke hari yang terakhir.. walaupun mereka diuji dengan pelbagai dugaan dan halangan, mereka tetap bersabar dan redha menjalani program ini tanpa ada perasaan putus asa.. Inilah aspek yang sangat membanggakan kami semua.. Adik-adik yang kuat dan kental dari segi fizikal dan mental...

DISIPLIN!! KOMITMEN!! MASA!!
Semoga adik-adik pengawas SAMPJ ini dapat menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar-pelajar biasa di SAMPJ.. InsyaAllah... Kami mengharapkan agar adik-adik pengawas ini dapat mempraktikkan dan mengamalkan apa yang telah mereka terima semasa berada di Kem Ar-Raudhah.... jadilah pemimpin yang dapat memimpin orang lain dengan bagus tanpa mempunyai perasaan hasad dengki ataupun 'gila' kan jawatan.... Sesungguhnya sikap saling bekerjasama dan lengkap melengkapi adalah salah satu cara membina dan menjaga pasukan yang terbaik agar Badan Kepimpinan Pengawas ini menjadi satu badan yang unggul dan juga dihormati oleh orang ramai... (@_@)

"KAMI PEMIMPIN YANG HEBAT & CEMERLANG"

3 comments:

Megat Hakim said...

Alhamdulillah....syukran abg hafiz postkan Program Kepompinan kitorang dlm ni....terharu...

Megat Hakim said...

KAMI PENGAWAS CEMERLANG!!!!! ALLAHU AKABAR!!!

snaz said...

wat kem kempimpinan tu..handle dgn sape prog tu?
wat kt kem ar-raudah kt gombak tu ke?best gila tmpt tu.scene dia pun cantik.qktiviti fizikal yg dpt diwat kt situ agak byk gakla.tetibe rindu plak nk pergi kem ni.last pegi dl pun tahun 2006.