"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, March 15, 2010

Tangisan Air Mata Yang Sangat Bermakna Untuk kita.... :)

Menangis... Ia adalah salah tindakan yang sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja jika ia tidak melibatkan perasaan kecewa ataupun sedih... Bagi kebanyakkan orang, mereka hanya akan menangis jika mengalami kesedihan seperti kehilangan orang yang tersayang ataupun telah dilukakan hati seperti dimarah, dihina dan lain-lain.



Tetapi kebanyakkan orang yang selalu mengabdikan diri kepada Allah swt, mereka akan sentiasa menangis kerana terlalu takut dengan kesalahan atau dosa yang telah dilakukan di muka bumi ini.. Inilah menangis yang sangat bermakna bagi orang Islam jika tangisan dia itulah adalah kerana menginsafi kesalahan & kesilapan yang telah dilakukan.



Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah :
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati

  2. Menangis kerana rasa takut

  3. Menangis kerana rasa cinta

  4. Menangis kerana rasa gembira

  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

  6. Menangis kerana terlalu sedih

  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

  8. Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang

  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

  10. Menangis orang Munafik iaitu berpura-pura menangis

Ada jenis tangisan yang nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir tersebut dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi Muhammad saw dalam satu Hadis... (^_^)

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori debu-debu kehinaan, apabila seorang dari satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada ALLAH SWT. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai disisNya sehingga air mata itu dapat memadam API NERAKA.



No comments: