"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, May 18, 2009

Good Luck In Exams.........




Good Luck & Do The Best.....!!!!



Assalammualaikum, adik-adikku sekalian.......... Apa khabar yer?? Abg harap adik-adik yang mengenali abg, semuanya dalam keadaan sihat-sihat belaka...... Bulan ni kebanyakkan sekolah-sekolah semuanya dalam bulan peperiksaan....... Hmm, mcm mana adik-adik semua??? Dah bersiap sedia untuk ke dewan peperiksaan??


Jangan takut kalau adik-adik semua dah study awal.... Adik kenala yakin pada diri sendiri..... InsyaAllah, abg tahu, adik-adik semua mesti dah wat preparation awal punya... So, untuk exam pertengahan tahun ni, watla yang terbaik ya... Jadikan exam ni sebagai tempat untuk kita mengukur prestasi kita & segala2 yang telah kita belajar.... Yang paling penting, adik-adik semua mestila fokus pada study dan janganlah terlalu takut untuk exam sehinggakan ia boleh memudaratkan diri adik-adik........


Adik-adik, Jawablah dengan sebaik yang mungkin ya.... Dapatkanlah keputusan yang cemerlang untuk hadiah kepada ibu bapa kita agar diorang bangga kerana mempunyai anak yang cemerlang macam kita.... Jangan hampakan harapan mak & ayah kita untuk melihat anaknya berjaya & memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Exam.. Adik-adik, segala apa yang kita lakukan tu mestilah disusuli dengan DOA kepada Allah yang maha berkuasa terhadap segala-galanya..... Ingat, lakukanlah solat hajat untuk memohon kecemerlangan dari Allah swt supaya Dia memberkati usaha kita untuk mencapai kejayaan.........


Gunakan tips ni dalam hidup adik-adik yer iaitu DUIT........ D-0a,U-saha,I-stiqamah, T-awakkal............. InsyaAllah, kejayaan akan sentiasa bersama ngan kita semua...... Adik-adik tingkatkan usaha agar kita senang untuk menempuhi peperiksaan ini... Hmm, tapi adik-adik jangan lupa memohon restu pada mak & ayah serta minta maaf pada diorang yer....... Juga pada guru kita, bermaafan la ngan diorang & segeralah meminta kepada diorang agar menghalalkan apa yang telah diorang ajar kepada kita.... Semoga kita semua Berjaya dalam bidang yang diceburi.




InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Allah memberi kecemerlangan di dunia & akhirat kepada kita............. Janganlah kita berputus asa untuk memohon daripada allah swt.... sentiasalah berdoa yer.... Semoga adik-adik semua berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.... Ammiiin....






Sunday, May 17, 2009

Latihan Pembangunan Sahsiah (LAPES 2)

Alhamdulillah, akhirnya Program LAPES 2 telah berakhir dengan jayanya walaupun mempunyai beberapa kelemahan....... Walau apa pun, kami semua saliang lengkap melengkapi agar dapat meminimumkan segala kelemahan & kesilapan yang telah kami wat......... huhuhu........ Akhirnya, Program ni memang gempak ar.... hehehehe......

Program ini telah berlangsung selama 2 Hari 1 Malam kat Cahaya Ummi Islamic School (CUIS), Sentul...... memang best sangat program kat situ walau pada mulanya aku agak kekok & malu ngan diorang... Yela, 1st time kan.... huhuhu... Tapi diorang semua gempak & santai jer.... Boleh dikatakan, aku boleh masuk la tapi lambat sikit......... hahahhaha.. Hmm, kat program tu, aku la fasi yang paling muda... hahahhaa..... Yela, yang lain2 semuanya boleh dikatakan 22 Tahun keatas.... Antara yang sama2 menjayakan program LAPES 2 ni ialah Abg Firdaus, Abg Umar, Abg Sirat, Abg Syafiq, Abg Iqram, Abg khalil, Kak Mar, Kak Husna, Kak Wani, Kak Yati & Adib...... Sebenarnya diorang semua ni dari Ukhwah.Com......... Rasa bangga plak dapat join program ngan diorang ni......... hehehehe........

Adik-adik kat sekolah tu memang best & happening ar... seronok tengok celoteh & telatah diorang.... ada yang manja, ada yang nakal, ada yang berimaginasi tinggi......... hmmm, macam2 la..... Tapi, aku dapat rasakan yang diorang ni memang dari kalangan cerdik pandai....

Mula2nya diorang panggil aku ngan gelaran 'USTAZ', tapi aku xbenarkan sebab aku dapat rasakan macam ada jurang yang sangat jauh diantara aku ngan adik2 ni, so aku suh la diorang pamggil aku ABG HAfiZ..... huhuhu........ Aku rapat sangat ngan diorang, rasa macam dah lama kenal plak.... hehehhee...

Ape pon aku nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Atiqah & pihak CUIS serta abg2 & kakak2 Ukhwah.com kerana telah sudi menjemput aku dalam menjayakan program LAPES 2 ni.. seronok sangat dapat bekerjasama dengan korang semua... macam2 aku dapat belajar dari korang semua... KEEP IN TOUCH ye........ Semoga kita semua dapat bekerjasa lagi pada masa akan datang....


Kenangan bersama adik-adik Muslimin CUIS


Adik-adik yang happening & ceria



ps: kalau ada LAPES 3, jemputlah lagi ek....... ahahhahaha.........

Friday, May 8, 2009

Steamboat yang menyelerakan.........

"Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapalah yang tahu.........."


hmmmm, rezeki kami la katakan......... hahahaha........ Malam tu tanpa di sangka-sangka & dirancang, tetiba adalah seorang Hamba Allah ni mengajak kami ke satu tempat yang agak mahal la gak... Mula2nya, memang kami malu la gak....... tapi, segan gak nak tolak pelawaan beliau... So, apa lagi, kami terima je la ngan hati yang ikhlas......... hahahaha....... lagi2 kalau diajak makan........ Rezeki jangan di tolak......... huhuhu.......
Makan je brapa banyak pon, harga tetap sama........ huhuhu........ mula2 dengar agak terkejut la gak, yela kalau makan sikit, rugila plak...... hehehehe.......... Kami semua makan memang banyak la gak...... sehingga masing2 perut jadi macam Perut Badut......... hahahha....... maju kehadapan........

Aku sebenarnya xmakan seafood, tapi saperla tahan dapat tengok SOTONG, UDANG besar2 & lain2....... banyak plak tu... Aku pon makan je la.. Saat tu aku dah lupa yang aku ni alergic .......... hahhahaha......... time tu aku makan udang memang banyak sangat......... sedap wooo.......... Xpercaya cubela gi makan kat sana....... hehehehhe........ kami kat restoren tu lama la gak....... lebih kurang 1 jam lebih kot......... hehehe.. rezeki berlimpah la katakan....... huhuhhu........ Lagi2 dapat makan semeja ngan orang yang sangat dihormati iaitu Ustaz Suhaimi & isterinya....... memang bangga la gak........ hehehhee.........

Balik je, aku terus telan ubat ZYRTEC......... takot la beb...... xtahan wooo.......... sampai sekarang aku dapat rasakan panahan akibat makan seafood tempoh hari tu........ huhuhuhuhu........... walau apepon, aku puas la sebab makan seafood hingga betul2 kenyang........ sakit pon xpe........ hahahahahha.......... Malam tu aku memang betul2 bersyukurla kerana ada orang yang sudi belanja makan di tempat yang macam tu....... hehehe........ terima kasih banyak2 yer..........


Kenangan Makan steamboat bersama Ustaz Suhaimi & isterinya.......

Thursday, May 7, 2009

Sambutan Ulangtahun Ke 20 Asrama Damai Kuang..



Kenangan Ikhlas daripada Pihak Asrama Damai kepada MB Selangor



Alhamdulillah, sambutan ulangtahun ke 20 Asrama Damai dah pon berakhir dengan jayanya....... Semuanya berjalan seperti yang dirancang........ Ramai sungguh yang hadir pada hari tersebut termasuklah orang2 kenamaan seperti Pengarah JAIS, MB Selangor dan lain-lain...... Memang meriah la...... huhuhuhu....

Memang penat sangat ari tu, tapi aku rasa puas hati sebab dapat memberi bantuan & kerjasama dalam menjayakan Sambutan tersebut....... Memang happening n enjoyla sebab semua komiti mantap2 belaka...... Sebab tula sambutan ni berjaya dengan gilang gemilanya............ hehehhehe....... Antara artis yang menjayakan konsert pada sambutan ini ialah Rabbani, Saujana, UNIC dan Nazrey Johani.. Memang gempakla konsert tersebut.... hehehehehe..........

Ape pon, aku ucapkan Tahniah kepada Tuan Haji Suhaimi bin Dzajuli iaitu Pengetua Asrama Damai yang telah berusaha dengan gigihnya untuk menjadikan Asrama Damai seperti sekrang........ Aku tahu betapa susahnya beliau nak hidupkan umah anak2 yatim ni.. Pelbagai dugaan yang dia hadapi tapi dengan berkat usaha & tanggungjawabnya bliau terhadap anak2 yatim ni, beliau teruskan niat untuk memastikan Asrama Damai ni berjaya seperti sekarang... Syabas aku ucapkan...........






Kenangan bersama Ustaz Nazrey Johani & adik2 Asrama Damai Kuang



UNIC turut bersama dalam menjayakan Program Sambutan Ulangtahun ke 20 Asrama Damai

Jumpa SIDI AF 7 Bersama Skuad ERA AVANZA........

Hmm, tak disangka2 kami telah berjumpa ngan Sidi AF 7..... xla minat sangat.... huhuhu.... Time tu hanya aku, Muzakkir & Enjang (ADK)..... Pada mulanya, kami terdengar kat radio Era yang Skuad Era Avanza ada kat sekitar Shah Alam... Kebetulan la pulak sebab time tu kami kat sana tengah cari sponsor untuk program Sambutan Ulangtahun Ke 20 Asrama Damai. Tetiba, ternampak Skuad Era Avanza kt tapak letak kereta, so apa lagi.... Singgahla........... hahhaha.......... dapat Air Revive n Roti Gardenia free......... hmm, rezeki la katakan.......... hua3.... Sempatla gak amik gambar ngan geng2 Skuad Era Avanza........ mencapub la katakan........ hua3...

Tapi jangan jeles, kami dapat Majalah AKSI, CD Rossa yang terbaru, Topi ERA & macam2 lagi.... so, cepat2la kejar Skuad Era Avanza...... Tapi kami xkejar pon...... hahahhahaa...... Inilah dinamakan rezeki orang yang membuat kebaikan......... hahahahah.. Syok Sendiri plak.......

Ape pon, Terima Kasih Banyak2 yer SKUAD ERA AVANZA........ lain kali bagila kami hadiah lagi.... hehhehehe......


Bersama Skuad Era Avanza & Sidi AF 7



Enjang (ADK), Aku(Hafiz), Sidi AF 7 & Muzakkir


Tuesday, April 28, 2009

Tamrin Jundi @ SAMT Tengku Ampuan Jamaah

Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam ni, pada mulanya aku merasakan satu program yang amat berat. Entahla, maybe mind settingku kot yang membuatkan aku berasa berat dengan setiap modul yang di brief. Tetapi Alhamdulillah, dengan berkat usaha & semangat Kak Dila semasa brief, akhirnya aku mampu menjalankan amanah yang telah di berikan. Usaha untuk memahami tu sangat penting.... hehehhe......

Ucapan terima kasih banyak2 kepada Abg Kam kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepadaku dalam melaksanakan semua aktiviti di dalam program ini. Segala tunjuk ajar & nasihat yang di beri membuatkan aku bertambah semangat untuk menjayakan program ini. Di tambah pula dengan adik2 SAMTTAJ yang senang didampingi & mudah untuk bekerjasama dengan diorang.

Adik2 SAMTTAJ ni mempunyai ciri2 seorang pelajar yang baik & mudah menerima apa yang disampaikan. Malah mereka ni suka untuk mendengar sesuatu yang baru. Pantang di ajak bercerita, sampai habis nak di suruh bercerita....... hahahahah.......... Mereka ni happening, ceria & sentiasa fokus bila aku menyampaikan sesuatu kepada mereka... Maybe, diorang ni dari kalangan pelajar2 yang cemerlang kot.... ape pon, i love u all......

Hebat!!! Itu yang boleh aku katakan kepada adik2 SAMTTAJ dan sahabat2 fasi yang lain...

Hmm, ape pon, aku ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat dalam program ini if aku ada melakukan kesilapan atau terkasar bahasa dalam menjayakan program 2 hari 1 malam ini... Sorry ya............

Kepada semua adik2 SAMTTAJ yang tersayang......... Ingatlah pesanan abg ni......... :- )

Jadilah seorang

ANAK yang GEMILANG
PELAJAR yang CEMERLANG
MUSLIM yang TERBILANG


Kumpulan SAMTTAJ GENIUS TEENS hebat & best



Barisan Fasilitator Tamrin Jundi @ SAMT Tengku Ampuan Jamaah



Thursday, April 16, 2009

Gembiranya Bersama Family ku Yang Tercinta...



Alhamdulillah........ akhirnya tecapai gak hasrat aku dan my siblings untuk meraikan hari yang penuh bermakna wat kami sekeluarga......... Hmm, semuanya berjalan dengan lancar tau...... Mama & Abah langsung xdapat nak mengesyaki yang kami adik beradik tengah merancang untuk wat kejutan pada diorang....... Tapi mama ada juga mencurigai perbuatan aku tapi abg & kakak akulah cover habis-habisan......... hahahha....... kelakar gak bila kenang balik.....

Aku bertolak balik ari rabu petang lepas klas, hmm, sampai perlis khamis pagi.......... Agak kepenatan gakla, tapi aku wat semua ini sebab aku terlalu sayangkan mama & abahku... Aku korbankan segala-galanya demi Insan yang sangat kusayangi........

Sampai je di rumah, aku tros fikir macam mana nak dapatkan keta untuk gi amik mak ngah & adikku, yanti......... Hahaha....... pikir punya pikir, dapatla idea........ hehehehe............. So, apa lagi, aku ngan Adib terusla mulakan gerak kerja kami...... Abg & kak Ahya' plak back up kami kat umah...... semuanya saling lengkap melengkapi la......... Tapi kami agak rushing gakla, sebab ingatkan nak gi amik abah untuk lunch, tapi abah meeting(so xbalik tengah hari)....... huhuh.... penat gakla........

Petang tu plak, pening sebab hadiah xbalut lagi... yela, xsempat sebab sibuk sangat kat Selangor... huhuhuhu....... Ape pon, petang tu memang kami beli segala kelengkapan la.... Reben & pembalut hadiah........ hehehehe............. (Patutla petang tu kak Ahya' terperap je dalam bilik, rupa2nya sibuk membalut hadiah) Hahahah.....

Malam pon tiba, kami adik beradik wat xtahu je bila mama & abah bagitahu yang ari tu HARI ULANGTAHUN MEREKA yang KE 26, padahal kami adik beradik dah rancang lama dah....... hahahaha.......... Bahagianya.........

Kami celebrate kat PIZZA HUT....... Kek pon ada....... sedap tau.. memang happening la........ Aku xtahula macam mana persaan Abah & Mama aku time tu..... Semoga diorang rasa bangga sebab ada anak macam kami...... hehehehe........ syok sendiri plak.......

APA PON, aku rasakan malam tu la malam yang paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga...... Love u all..........

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Makan Malam Sempena Ulangtahun Perkahwinan Abah & Mama yang Ke 26 Tahun..........!! Thankz lot...



Hmm, bahagianya diorang...... Macam baru kahwin plak........ hahahahha........ Semoga berbahgia selalu & Semoga Abah & Mama Sihat senantiasa........





Sedapnya, makan pizza sampai x habis....... Kek macam mana ek??


hmmm, Banyaknya hadiah yang Abah & mama dapat....... hehehhehe......

Tuesday, April 7, 2009

Wedding Anniversary My Parent..........



Hafiz sayangkan MAMA & ABAH sepenuh hati Hafiz...........

Tanpa
MAMA & ABAH, Hafiz tidak akan dapat melihat dunia yang begitu indah ini....... MAMA, Hafiz minta maaf jika hafiz pernah melukakan hati & perasaan MAMA... ABAH, Hafiz minta maaf yer jika Hafiz pernah melawan atau mengingkari arahan ABAH. Hafiz berjanji tak akan melwan atau menyakiti hati & perasaan MAMA & ABAH lagi.. InsyaAllah, Hafiz berjanji MAMA!! Hafiz berjanji ABAH..!!

Terima kasih banyak-banyak MAMA & ABAH kerana telah membesarkan Hafiz dengan Kasih Sayang & hidup yang mewah.. Hafiz rasa bangga sangat kerana memiiki keluarga macam kita.. You all are the Great & Wonderful Parent!!

I LOVE YOU ALL SO MUCH.......... Tak tahu Hafiz nak gambarkan macam mana perasaan Hafiz kerana mempunyai keluarga macam kita, kerana MAMA & ABAH telah mendidik kami semua dengan sebaik yang mungkin sehingga sekarang kami telah menjadi seorang anak yang berguna.

MAMA!! ABAH!!

Hafiz
ucapkan
Selamat Ulangtahun Perkahwinan MAMA & ABAH
yang ke 26 Tahun
.....

Hafiz
doakan MAMA & ABAH di panjangkan umur & di murahi rezeki.........



Mmmmmuuuuuaaaaahhhhhhhhhhhh............. sayang sangat kat MAMA & ABAH................

Wednesday, April 1, 2009

Rancang Picnic Last Minutes...

Fuiyoo, tanpa perancangan yang details, picnic yang memang kami nanti-natikan terus menjadi.... Hahahaha..... agak kelakar bila di kenang-kenangkan kembali.. huhu....... Pada mulanya, cadang nak mandi sungai kat Bukit Lagong je, tetapi entah macam mana la, kami teros discuss nak gi Ulu Yam....... hmm, ni semuanya kerja Faris la.. Dia cakap Ulu Yam lagi best.. so, ape lagi, terus divide 2 kereta, satu kereta gi beli ayam, air, rempah, amik barang kat umah Faris & satu kereta lagi gi Selayang Mall (shopping kat sana... hahahhaha)..... memang fun sangat..... macam-macam kejadian yang terjadi (rahsia... hahaha.......) so, dipendekkan cerita kami pon rewang(basuh ayam, taruk rempah, persediaan membakar) la kat Ulu Yam. semuanya buat kat sana....... (potong kulit ayam guna jaring pembakar, ketuk serai guna batu sungai.. hahahaaha) memang kelakar gila la..... Tapi walau apa pon, ayam tu tetap menjadi ayam kegemaran kami semua iaitu ayam Kenny Rogers..... hehehe... Bayangan sendiri la...
Memang sedap gila la ayam yang kami semua bakar tu, sedap sangat-sangat....... sehingga masing-masing ada yang mencari bontot ayam...... ahahah.... hmmm, xcukup ke ek?? hehhee.......
Selepas selesai membakar 1st round, kami pon terus makanla, xsabar nak makan sebab ayam-ayam tu asyik mengamit selera kami je... hehehe.... Nak tahu satu perkara x??? hmm, bila semua dapat makan, masing-masing senyap sunyi... semuanya leka mengunyah ayam tersebut.. huuhu... maybe sedap kot sebab Hafiz ngan Hazriq yang basuh ayam tu...... hahaha... rahsia kami berdua je... xboleh bagi tahu.... kami bakar ayam yang baki tu sehingga separuh masak & terus masing-masing melompat ke dalam air.... hmm, xsabar nak mandi.. yela, Sahabatku Hazriq & Adi dah berapa hari xmandi.
. hahaaha.. alamak terbocor rahsia plak.... maaf.. hehehe.... Satu kejadian yang sahabat-sahabat perempuan tak tahu ialah, dalam sungai yang kita semua mandi tu, ada ular........ huhuhu.... tapi kat bawah cikit.... Time ular tu ada dalam air, ramai yang lari bertempiaran.... kami pon memang panik gak la... takot la gak....... hehehe... tapi kami bercadang untuk rahsiakan perkara ni takot muslimat xnak masuk air.. hahahah.... Dalam air tu, macam2 aktiviti kami main.. Antaranya ialah 'Buaya & Biawak', Sambung penceritaan & macam-macamla yang terpaksa dirahsiakan......... hahahahahahaha........... memang kelakar gila la....... masing-masing happening, enjoy, release & kami jadikan ini satu kenangan yang sangat manis setelah penat berprogram.........




hmmm, khusyuknya membersihkan ayam tu....




hmm, sehingga menjilat jari tau... hehehe..



Alhamdulillah, picnic kami berjalan dengan baik & sempurna......