"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Monday, November 23, 2009

Program Motivasi Tahun 4 Sek. Keb. Kota, Rembau.....

Para Peserta Program Motivasi Tahun 4


Menara Gading? hmm, apa la yang adik-adik darjah 4 ni faham ek?? ha! inilah tugas kita untuk memberi kefahaman kepada adik-adik ini tentang hala tuju & matlamat mereka selepas ini... kita perlu memberi penekanan kepada mereka untuk memikirkan masa depan hidup mereka... Kita jangan ingat Tahun 4 ni masih kecil & masih awal untuk memikirkan masa depan kerana dari kecil inilah mereka perlu mengetahui hala tuju & matlamat hidup mereka... Cita-cita mereka apabila besar kelak.... Dari sini mereka dah boleh mula merancang perjalanan hidup mereka dari UPSR, PMR, SPM & seterusnya....


Salah Satu Slot Bersama Adik-Adik Tahun 4 SK Kota, Rembau


Jadi, aku & beberapa orang sahabat yang lain telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar Tahun 4, SK Kota, Rembau.... Aku, Abg Zizan, Abg Alang & Khalzurin telah menyahut cabaran yang diberikan oleh pihak sekolah dan telah sama-sama berganding bahu dalam menjadikan program yang singkat ini sangat bermakna untuk adik-adik tahun 4 SK Kota...

Program tersebut bermula dari Pukul 8.00pagi hingga 05.30 petang... Hanya seramai 38 orang peserta sahaja yang telah hadir dalam Program Motivasi tersebut... Adik-adik ini diberikan penekanan tentang NIAT mereka untuk belajar & menuntut ilmu, Mind setting mereka untuk ke Menara Gading & banyak lagi....


Halatuju & Matlamat Sangat Penting Dalam kehidupan Kita Semua...


Alhamdulillah, walaupun program hanya setengah hari je, kami semua dapat menjayakan program tersebut dengan sebaik yang mungkin.... Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memberikan kami kepercayaan dalam menjayakan program ini... Dan kami memohon kemaafan kepada pihak sekolah & adik-adik tahun 4 SK Kota jika kami terkasar bahasa atau tersalah silap dalam menjayakan program tersebut...

1 comment:

Anonymous said...

Jum..abg tengah rangka nk buat lagi dgn diorang..nk datang lagi tak..hehehe...kali ni sume pelajar...1 skola!