
Saturday, January 29, 2011
SAMAN oohh SAMAN....!!!

Tuesday, January 25, 2011
Aku Lihat Layu Dalam Melayu.....!!!
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Sunday, January 23, 2011
INSOMNIA.... (!___!)

- Stres
- Tekanan
- Penggunaan zat-zat perangsang (kafein atau nikotin)
- Alkohol
- Perubahan lingkungan atau jadual kerja
- Penggunaan ubat tidur dalam waktu lama
- Masalah penyakit kronik
- Insomnia ialah gejala yang timbul akibat tidak boleh tidur nyenyak dan berusaha untuk tidur. Kebanyakan orang ini akan tidur nyenyak apabila mereka berada di lingkungan tidurnya yang biasa.

- Tentukan dan jalankan ritual untuk pergi tidur
- Hindari tidur petang.
- Hindari senaman berat sebelum tidur. Tapi senaman ringan 4-6 jam sebelum tidur adalah bermanfaat.
- Singkirkan perasaan risau pada siang hari
- Mandilah dengan air panas 1-2 jam sebelum tidur
- Minumlah secawan susu panas, makan sedikit makanan ringan
- Hindari makan terlalu banyak, makan hidangan berat, atau minum alkohol sebelum tidur.
- Jagalah agar keadaan tidur gelap, sejuk, dan tenang. Bila perlu gunakan penutup mata.
- Cubalah lakukan latihan relaksasi.
- Hindari minuman yang mengandung kafein
- Jangan merokok
- Kalau masih tidak boleh tidur, bangunlah. Barulah tidur kembali jika merasa nagntuk.
- 1Buatlah sebuah buku harian perihal tidur anda. Seandainya setelah 1 atau 2 minggu masih tidak boleh tidur, mintalah khidmat nasihat doktor.
Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
- Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
- Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 25 ♥ ♥ ♥
Friday, January 21, 2011
Jenis-jenis HATI.... (^__^)

Apakah itu HATI SIHAT ? Hati sihat adalah hati yang sentiasa memastikan setiap gerak-geri anak buahnya berhubung dengan Penciptanya, Allah Swt. Hati jenis ini sentiasa mudah dan senang dalam mengerjakan segala amalan yang disuruh oleh Allah dan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Dari segi kata lain, hati ini lebih tertarik dengan tarikkan graviti Ukhrawi dari tarikkan graviti Duniawi. Hati jenis inilah yang mampu mengimbangi perkara di dunia dan di akhirat. Kesannya, hati ini dapat membentuk seseorang itu menjadi hamba Rabbani yang tunduk patuh kepada Rabbnya. Mudahan kita tergolong dalam kumpulan ini.
_________________________________________________________
Hati yang seterusnya ialah Hati Sakit. Dimaksudkan sakit di sini bukanlah sakit barah hati atau sebagainya. Tetapi sakit di sini kerana kedudukannya kekadang terjatuh dan kekadang stabil. Mudah kata, ia berada di tengah-tengah antara tarikan graviti Duniawi dengan tarikan graviti Ukhrawi. Yang bahayanya di sini kerana apabila daya tarikan Duniawi kuat lantas memaut hati jenis ini. Secara tidak sedar ia telah terjatuh ke lubuk yang tidak diiginkan. Begitu keadaan hati-hati kita yang mempunyai pelbagai kriteria masing-masing.
_____________________________________________________

Hati yang MATI? Adakah hati ini boleh mati? Nyata boleh. Yang menyebabkan hati ini berkeadaan sedemikian kerana hati jenis ini tidak menundukkan anak buahnya dari menyembah Allah Swt malah ia mengajak buat yang berlawanan dengan fitrah yang diberi oleh Pencipta. Hati ini terpengaruh dengan tarikkan Duniawi yang berlebihan dan mengakibatkan ia lupa dari tugasnya yang asal iaitu tunduk patuh kepada Allah. Apabila teguran dan peringatan yang baik dilontarkan kepadanya, ia tidak mengambil malah ia membantah. Maka hati jenis inilah yang membentuk dan menjadikan seseorang itu berlari daripada fitrah asalnya. Na`uzubillah...
BENCI ROKOK.....!!!!





- Barah paru-paru
- Kelelahan akibat COAD dan emphysema
- Sakit jantung iskaemia
- Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
- Kanser pundi kencing
- Air mani tidak normal
- Lemah ingatan
- Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
- Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
- Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
- Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Sebenarnya dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan... Semoga kerajaan Malaysia akan menaikkan harga rokok ke tahap yang paling maksimum....!!!

Thursday, January 20, 2011
Ciri-ciri seorang SAHABAT yang BAIK.... ♥ ♥ ♥

- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

: : K A W A N : :



Antara pepatah tentang seorang sahabat yang paling diinginkan oleh semua sahabat-sahabat diluar sana ialah... :-
’Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'’
Ada juga pepatah Arab mengatakan:-
“ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita....”
Ada juga sahabat atau kawan-kawan yang hanya dipinggiran sahaja... Hanya ingin mengambil kesempatan keatas diri kita... Huh... Entahla... Apa pun, hati-hatilah dan jauhilah sahabat-sahabat seperti ;-
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri...
"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".
Sunday, January 16, 2011
My Birthday Party aka Doa Selamat for my Mom
Saturday, January 15, 2011
Kehidupanku... (@__@)




