"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Sunday, January 23, 2011

INSOMNIA.... (!___!)


INSOMNIA...??? Huh... Menakutkan sangat.... =(

Adakah aku insomnia...? Kenapa aku tak boleh tidur pada waktu malam...? Kenapa...? Sejak akhir-akhir ni waktu tidur ku agak tak menentu.... Dan jarang sangat dapat tidur dalam waktu yang panjang seperti dulu.... Huhuhu..... What happen to me...? (!___!)

Kadang-kadang apabila tertidur, aku sering terjaga... Bak kata orang tidur tak nyenyak.... Asyik terjaga je... Fuhh... Sebab ni lah aku asyik lemah, lesu & tak berdaya apabila waktu siang.... Dan menyebabkan diriku asyik letih & fikiran menjadi kusut je... Macam mana nak atasinya ek...?


Setelah menggooglekan pasal imsonia ini, akhhirnya aku terjumpa sebab-sebab yang menyebabkan seseorang itu menghidapi INSOMNIA...
Antaranya ialah :-

  1. Stres
  2. Tekanan
  3. Penggunaan zat-zat perangsang (kafein atau nikotin)
  4. Alkohol
  5. Perubahan lingkungan atau jadual kerja
  6. Penggunaan ubat tidur dalam waktu lama
  7. Masalah penyakit kronik
  8. Insomnia ialah gejala yang timbul akibat tidak boleh tidur nyenyak dan berusaha untuk tidur. Kebanyakan orang ini akan tidur nyenyak apabila mereka berada di lingkungan tidurnya yang biasa.



Antara cara untuk mengatasi insomnia ialah :-

  1. Tentukan dan jalankan ritual untuk pergi tidur
  2. Hindari tidur petang.
  3. Hindari senaman berat sebelum tidur. Tapi senaman ringan 4-6 jam sebelum tidur adalah bermanfaat.
  4. Singkirkan perasaan risau pada siang hari
  5. Mandilah dengan air panas 1-2 jam sebelum tidur
  6. Minumlah secawan susu panas, makan sedikit makanan ringan
  7. Hindari makan terlalu banyak, makan hidangan berat, atau minum alkohol sebelum tidur.
  8. Jagalah agar keadaan tidur gelap, sejuk, dan tenang. Bila perlu gunakan penutup mata.
  9. Cubalah lakukan latihan relaksasi.
  10. Hindari minuman yang mengandung kafein
  11. Jangan merokok
  12. Kalau masih tidak boleh tidur, bangunlah. Barulah tidur kembali jika merasa nagntuk.
  13. 1Buatlah sebuah buku harian perihal tidur anda. Seandainya setelah 1 atau 2 minggu masih tidak boleh tidur, mintalah khidmat nasihat doktor.


Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:

  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.



Antara tips lain adalah melakukan pengurutan sendiri pada bahagian-bahagian di bawah ini :


No comments: