"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Friday, January 21, 2011

Jenis-jenis HATI.... (^__^)


Apakah itu HATI SIHAT ? Hati sihat adalah hati yang sentiasa memastikan setiap gerak-geri anak buahnya berhubung dengan Penciptanya, Allah Swt. Hati jenis ini sentiasa mudah dan senang dalam mengerjakan segala amalan yang disuruh oleh Allah dan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Dari segi kata lain, hati ini lebih tertarik dengan tarikkan graviti Ukhrawi dari tarikkan graviti Duniawi. Hati jenis inilah yang mampu mengimbangi perkara di dunia dan di akhirat. Kesannya, hati ini dapat membentuk seseorang itu menjadi hamba Rabbani yang tunduk patuh kepada Rabbnya. Mudahan kita tergolong dalam kumpulan ini.

_________________________________________________________

Hati yang seterusnya ialah Hati Sakit. Dimaksudkan sakit di sini bukanlah sakit barah hati atau sebagainya. Tetapi sakit di sini kerana kedudukannya kekadang terjatuh dan kekadang stabil. Mudah kata, ia berada di tengah-tengah antara tarikan graviti Duniawi dengan tarikan graviti Ukhrawi. Yang bahayanya di sini kerana apabila daya tarikan Duniawi kuat lantas memaut hati jenis ini. Secara tidak sedar ia telah terjatuh ke lubuk yang tidak diiginkan. Begitu keadaan hati-hati kita yang mempunyai pelbagai kriteria masing-masing.

_____________________________________________________

Hati yang MATI? Adakah hati ini boleh mati? Nyata boleh. Yang menyebabkan hati ini berkeadaan sedemikian kerana hati jenis ini tidak menundukkan anak buahnya dari menyembah Allah Swt malah ia mengajak buat yang berlawanan dengan fitrah yang diberi oleh Pencipta. Hati ini terpengaruh dengan tarikkan Duniawi yang berlebihan dan mengakibatkan ia lupa dari tugasnya yang asal iaitu tunduk patuh kepada Allah. Apabila teguran dan peringatan yang baik dilontarkan kepadanya, ia tidak mengambil malah ia membantah. Maka hati jenis inilah yang membentuk dan menjadikan seseorang itu berlari daripada fitrah asalnya. Na`uzubillah...


No comments: