"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, January 25, 2011

Aku Lihat Layu Dalam Melayu.....!!!


Bangunlah wahai orang-orang melayu....!!
Marilah kita bersama-sama buktikan bahawa kita mampu setanding dengan bangsa lain...!!
Mampu jadi bangsa yang cemerlang, hebat, berani, beradab, berakhlak mulia & berwawasan tinggi....!!!
Bangkit melayu kerana kuat, punah melayu kerana kesumat....!!!
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.....!!!!




Aku lihat layu dalam melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

1 comment:

Neutronboy said...

Masalahnya, Melayu sendiri dah x kenal jati diri bangsa sendiri. Mereka x pernah tahu bahawa Melayu dulu agung sehingga dikenali di Mesir mahupun Parsi.

Bila dah x kenal jati diri sendiri mulalah kecelaruan identiti. Maka budaya hedonisme berjiwa di hati. Di situ Melayu kian alpa...

Bila jati diri seorang Melayu telah terhakis maknanya dia telah layu..


Hidup Melayu bersendi Adat, Adat Melayu bersendi Kitabullah.

Allahu a'lam