"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Tuesday, April 7, 2009

Wedding Anniversary My Parent..........



Hafiz sayangkan MAMA & ABAH sepenuh hati Hafiz...........

Tanpa
MAMA & ABAH, Hafiz tidak akan dapat melihat dunia yang begitu indah ini....... MAMA, Hafiz minta maaf jika hafiz pernah melukakan hati & perasaan MAMA... ABAH, Hafiz minta maaf yer jika Hafiz pernah melawan atau mengingkari arahan ABAH. Hafiz berjanji tak akan melwan atau menyakiti hati & perasaan MAMA & ABAH lagi.. InsyaAllah, Hafiz berjanji MAMA!! Hafiz berjanji ABAH..!!

Terima kasih banyak-banyak MAMA & ABAH kerana telah membesarkan Hafiz dengan Kasih Sayang & hidup yang mewah.. Hafiz rasa bangga sangat kerana memiiki keluarga macam kita.. You all are the Great & Wonderful Parent!!

I LOVE YOU ALL SO MUCH.......... Tak tahu Hafiz nak gambarkan macam mana perasaan Hafiz kerana mempunyai keluarga macam kita, kerana MAMA & ABAH telah mendidik kami semua dengan sebaik yang mungkin sehingga sekarang kami telah menjadi seorang anak yang berguna.

MAMA!! ABAH!!

Hafiz
ucapkan
Selamat Ulangtahun Perkahwinan MAMA & ABAH
yang ke 26 Tahun
.....

Hafiz
doakan MAMA & ABAH di panjangkan umur & di murahi rezeki.........



Mmmmmuuuuuaaaaahhhhhhhhhhhh............. sayang sangat kat MAMA & ABAH................

Wednesday, April 1, 2009

Rancang Picnic Last Minutes...

Fuiyoo, tanpa perancangan yang details, picnic yang memang kami nanti-natikan terus menjadi.... Hahahaha..... agak kelakar bila di kenang-kenangkan kembali.. huhu....... Pada mulanya, cadang nak mandi sungai kat Bukit Lagong je, tetapi entah macam mana la, kami teros discuss nak gi Ulu Yam....... hmm, ni semuanya kerja Faris la.. Dia cakap Ulu Yam lagi best.. so, ape lagi, terus divide 2 kereta, satu kereta gi beli ayam, air, rempah, amik barang kat umah Faris & satu kereta lagi gi Selayang Mall (shopping kat sana... hahahhaha)..... memang fun sangat..... macam-macam kejadian yang terjadi (rahsia... hahaha.......) so, dipendekkan cerita kami pon rewang(basuh ayam, taruk rempah, persediaan membakar) la kat Ulu Yam. semuanya buat kat sana....... (potong kulit ayam guna jaring pembakar, ketuk serai guna batu sungai.. hahahaaha) memang kelakar gila la..... Tapi walau apa pon, ayam tu tetap menjadi ayam kegemaran kami semua iaitu ayam Kenny Rogers..... hehehe... Bayangan sendiri la...
Memang sedap gila la ayam yang kami semua bakar tu, sedap sangat-sangat....... sehingga masing-masing ada yang mencari bontot ayam...... ahahah.... hmmm, xcukup ke ek?? hehhee.......
Selepas selesai membakar 1st round, kami pon terus makanla, xsabar nak makan sebab ayam-ayam tu asyik mengamit selera kami je... hehehe.... Nak tahu satu perkara x??? hmm, bila semua dapat makan, masing-masing senyap sunyi... semuanya leka mengunyah ayam tersebut.. huuhu... maybe sedap kot sebab Hafiz ngan Hazriq yang basuh ayam tu...... hahaha... rahsia kami berdua je... xboleh bagi tahu.... kami bakar ayam yang baki tu sehingga separuh masak & terus masing-masing melompat ke dalam air.... hmm, xsabar nak mandi.. yela, Sahabatku Hazriq & Adi dah berapa hari xmandi.
. hahaaha.. alamak terbocor rahsia plak.... maaf.. hehehe.... Satu kejadian yang sahabat-sahabat perempuan tak tahu ialah, dalam sungai yang kita semua mandi tu, ada ular........ huhuhu.... tapi kat bawah cikit.... Time ular tu ada dalam air, ramai yang lari bertempiaran.... kami pon memang panik gak la... takot la gak....... hehehe... tapi kami bercadang untuk rahsiakan perkara ni takot muslimat xnak masuk air.. hahahah.... Dalam air tu, macam2 aktiviti kami main.. Antaranya ialah 'Buaya & Biawak', Sambung penceritaan & macam-macamla yang terpaksa dirahsiakan......... hahahahahahaha........... memang kelakar gila la....... masing-masing happening, enjoy, release & kami jadikan ini satu kenangan yang sangat manis setelah penat berprogram.........




hmmm, khusyuknya membersihkan ayam tu....




hmm, sehingga menjilat jari tau... hehehe..



Alhamdulillah, picnic kami berjalan dengan baik & sempurna......

Tuesday, March 31, 2009

Program Kepimpinan SMK Abdul Jalil.....


Alhamdulillah, pada hari sabtu,28 Mac 2009 yang lepas kami dari PEPIAS telah bersama menjayakan satu program di SMK Abdul Jalil Hulu Langat. Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang telah banyak memberi kerjasama kepada kami semasa program dijalankan. Hanya seramai 7 orang fasilitator sahaja yang telah bersama dalam program ini. Program ini hanya diadakan dari pukul 08.00am hingga pukul 12.30pm. Walaupun masanya hanya sekejap tetapi kami merasakan yang ukwah kami dan adik-adik di situ sangat rapat.. Diorang semua sangat happening, enjoy & memberi kerjasama yang baik kepada kami. Program tersebut dihadiri oleh adik-adik dari Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) SMK Abdul Jalil iaitu hanya seramai 48 orang peserta Hanya seorang sahaja peserta non-muslim. Walaupun hanya seorang tetapi dia telah menyertai program tersebut dari awal sehingga habis. Antara fasilitator yang bersama dalam program ini ialah Hazriq (abg rik), Hafiz (abg iz), Adi(abg mymin), izwan (abg izwan) , Adib (kak adib), Aida (kak Aida) & Ila (Kak Ila).. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua fasilitator dan adik-adik SMK Abdul Jalil...... you all are the Best..... Semoga korang semua dapat mengamalkan apa yang telah di kongsikan oleh Fasilitator anda semua. Jadilah seorang pemimpin yang berdedikasi, berkaliber & pemimpin yang akan mengoncang dunia.. Contohilah Kepimpinan Rasulullah saw... InsyaAllah.....



Barisan Peserta & Fasilitator lelaki..




Barisan Peserta & fasilitator perempuan yang hebat.....

Hmmm, mahalnya.........

Sedapnye.......... Jom kita makan.......... hehehehe......


Hmm, sedapnya....... memang sedap sangat-sangat....... mcm tagline KFC, "sehingga menjilat jari".... Hehehehe........ Tapi harganya pon sedapla juga........ cube teka berapa ringgit??? RM 5?? Rm 10?? hmmm, semunya salah.......... harga seekor udang ni ialah RM15......... huhuhu....... 1st time dengar memang agak terkejut gakla... dok tengah-tengah lapaq, tetiba kenyang......... hahaha........ Keajaiban telah berlaku!!! Hahahaha.. kalau xder duit time tu mamposla aku... hmm, alamatnya terpaksa la masuk dapur gi basuh pinggan........ ni baru seekor udang je... time tu aku makan nasi separuh, udang yang Sedap tu & seketul ayam....... hmmm, so total semua sekali RM19...... Seorang makan tu.. mengalahkan makan kat hotel....... hehehehe........ time tu memang aku ketawa terbahak-bahak la......... agak kelakar la juga dengar harga sebest tu.......


Harga - RM 19




Thursday, March 26, 2009

Abah & Mama always in my heart........

huhuhuhu........ xsabar rasanya nak buat kejutan kat mama & abah... Ni la saat yang aku paling nanti-nantikan untuk meraikan hari yang paling bermakna buat mereka berdua... Hari yang paling bermakna ni akan menjadi hari yang xakan dapat dilupakan oleh seorang ABAH & MAMA kepada anak-anaknya dan kami anak-anak yang telah dibesarkan oleh mereka dengan kasih sayang & segala-galanya sehingga kami menjadi insan yang berguna seperti sekarang....... Kami harap mama & abah bangga sebab ada anak-anak macam kami dalam hidup mereka dan kami pun bangga sebab dapat jadi anak-anak kepada abah & mama....

Aku harap apa yang telah aku rancangkan ini berjaya dengan sebaik yang mungkin..... Kalau boleh, aku nak hari tersebut menjadi hari yang dinanti-nanti setiap tahun... hehehehe.... Jadi, sekarang tibalah masanya untuk kami meraikan Insan yang paling penting dalam hidupku dan adik beradik ku (Abg Razif, Kak Ahya' & Yanti)........

Sesungguhnya, kami sayang sangat kat Mama & Abah............. Walaupun berjauhan, mama & abah sentiasa berada dalam hatiku........ Xpernah aku melupakan diorang walaupun sesaat.......



Abang & kakakku
bersama abah & mama


akula, Adfiz adikku, Yanti


p/s : Hargailah ibu & ayah kita selagi mereka masih hidup........ sesungguhnya, kita tidak dapat mencari pengganti insan seperti mereka.... i love u mom & dad........


Kem Kembara Al-Muqarabbin

BANTING - Kem Kembara Al-Muqarabbin sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor 1430H/2009M telah dijalankan pada 21-22 Mac 2009 di Kem Bina Taqwa , Bukit Changgang. ABIM Negeri Selangor telah diamanahkan untuk mengisi program ini dengan modul yang bersesuaian dengan belia remaja kini.

Seramai 77 orang peserta daripada sekolah menengah seluruh Kuala Langat seperti SMK Bukit Changgang, SMK Bandar Banting, SMK Sijangkang Jaya, Maahad Mujahiddin, Maahad Ihya Al-Muhammadi dan banyak lagi. Seramai 11 orang tenaga penggerak daripada ABIM yang diketuai oleh Sdr Khairudin bin Abas , Pen. Setiausaha ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat dibantu oleh Sdr Radin Mohd Imaduddin, Exco Pendidikan dan Latihan ABIM Kuala Langat serta Sdr Abd Hafiz Abd Bar sebagai Ketua Fasilitator. Seramai 8 Fasilitator daripada PEPIAS dan Unit Syabab ABIM Daerah Kuala Langat.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan belia remaja dengan kehidupan yang lebih baik menurut landasan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah Taala, di samping menggilap potensi diri muslim di dalam diri remaja terlibat. Penyelaras program daripada JAIS, Ustaz Kamal Ariffin berharap kerjasama dengan NGO Islam terutama ABIM ini dapat diteruskan terutama dalam program yang akan datang. Program ini ditutup dengan rasminya oleh AF Ustaz Abd Rahman Hassani , Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat.



Barisan Fasilitator, aktivis dan penggerak ABIM Kuala Langat.
( Berdiri dari kiri:- Syida, Sofeah, Abg Radin, Abg Khairudin Abas, Adibah, Husna, Sasa)
(Duduk dari kiri:- Faez, Hazriq, Hafiz, Azmir)

Saturday, February 21, 2009

Hormat...


Hmm..... Hormat?? Apa yang kita paham tentang HORMAT ni?? Perkataan 'hormat' dalam Kamus Dewan memberi maksud 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim'. Tetapi dari segi amnya semua orang mengetahui istilah hormat tersebut bukan?

Hormat kepada mak & ayah, hormat kepada rakan-rakan dan hormat kepada yang lain-lain....!!! Siapa yang patut mulakan dahulu...?? Sudah semesti la kita yang kena hormat orang dulu.. betul x??

Sayangkan, dia suh orang hormat dia, tapi dia langsung xhormat orang lain..!! macam mana tu..?? Susah nak paham orang zaman sekarang ni, punya la menjaja kepada setiap orang yang kita x hormat dia la.... tapi, dia hampeh... langsung xhormat orang... suka-suka je nak diri tudihormatkan!! fikirla, setiap orang pon ada hati & perasan.. macam mana engkau terasa, kami pun begitu la juga...

Akhirkata, apabila kita membicarakan tentang hormat dan perasaan hormat, ia sebenarnya seolah-olah kita sedang membicarakan tentang diri kita, tentang Tuhan pencipta, tentang hari esok, Juga tentang kehidupan selepas alam dunia ini. So, sama-samala kita muhasabah diri kita ini .... Sentiasalah koreksi diri kita tu yer!!! Ingatlah, setiap orang ada kelemahan, tapi InsyaAllah, kita sama-samalah perbaiki kelemahan itu dari hari ke hari...


Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, & Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini..............



Aku Insan biasa...

Sunday, February 15, 2009

Peperiksaan Akhir Semester 6.... DIA 6



huhuhuhu.... Risaunya... Takotnya..... Berdebarnya.... hmm.. macam-macam yang aku dapat rasakan sekarang ni.... Final Exam dah hampir menjelang... Persediaan masih sikit... huh...

STUDY !!!!!!!!! STUDY !!!!!!!!!!!!!!!!!! STUDY!!!!!!!!!!!!!!!! Jangan Banyak MAIN!!!!

Hafiz, wake up...!! Dah kesuntukan masa ni... Exam ni penentu segala-galanya.... Engkau perlu berusaha berlipat kali ganda untuk memperbaiki kesilapan yang lama dan perlu cuba untuk mendapatkan kembali DEAN'S AWARD..... ENGKAU MESTI BOLEH!!!


InsyaAllah..... Berkat doa Kedua ibu bapa ku, sahabat2ku, orang yang berada disekeliling dan seluruh umat Islam yang lain, aku akan cuba buktikan yang aku mampu menempuhi exam ini dengan pengetahuan yang cukup agar aku dapat menjawab dengan mudah dan senang...

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pemurah... Bantulah HambaMu ini Ya Allah agar aku mampu menjawab dengan tenang dan mudah... Aku mahukan keputusan yang Cemerlang, YA ALLAH... Aku ingin berjaya dalam bidang yang aku ceburi ini... Aku mahu hadiahkan kejayaan ini kepada insan yang paling aku sayangi iaitu kedua-dua ibu & bapaku... Hanya Engkau tempat aku bermohon Ya Allah.... Amin...






Jadual Exam aku... :-

17 Februari 2009 - 02.30-05.30 pm - MUE 5102
18 Februari 2009 - 02.30-05.30 pm - ENL 6112
19 Februari 2009 - 02.30-05.30 pm - ACP 4003

27 Februari 2009 - 02.45-05.30 pm - ACT 6013

03 Mac 2009 - 02.30-05.30 pm - ACC 6013


11 Mac 2009 - Pulang bertemu keluarga tersayang & tercinta..... huhuhu... rindunya....

Wednesday, February 11, 2009

Dendam........!!!!

Hmmm... susahkan zaman sekarang ni.. Pelbagai ragam & kerenah.... Tapi itu xpe, xmenjadi masalah pon.... Walaupun rambut sama hitam, tapi hati lain-lain la... hehehehe... hmm, ape yang aku nak story ialah manusia yang mempunyai perasaan hasad dengki & dendam... Hah, aku benci sangat orang macam ni.. Orang yang pengetahuan siviknya kurang kot.. :-( Sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Huh... Apa jenis orang la macam ni...?? Sudah sekian lama, masih lagi menyimpan dendam terhadapku... Apa salahku?? Hmm, Pernahkah aku membuat salah terhadapnya.... Atau aku yang xperasan dengan apa yag telah aku buat kepadanya... atau, mungkin dia cemburu dengan kelebihan & kesenangan yang ada pada diriku... huh... Entahlah... Tapi kenapa sampai macam tu sekali perangainya...?? Kenapa xberjumpa face to face dengan aku?? Kenapa?? hmm... Xpahamla manusia macam ni... Aku senyap pon salah.... xkan nak gi bergaduh, bertumbuk....?? hmm... itu bukan cara aku aku untuk selesaikan masalah... Lagipon aku ni bukannya jenis orang yang suka bergaduh.. Perlukah aku membiarkannya atau selesaikan terus dengannya?? tapi sampai bila...?? Sebab bila aku ajak dia selesai perkara yang keruh ni, macam-macam alasan dia cari untuk melepaskan dirinya... Aku mengharap sangat agar sahabat-sahabat disekeliling memahami diriku ini... Bagi la sokongan kepada diriku ini agar tabah mengahadapi semua ini... Hanya Allah swt yang tahu betapa hebat dan beratnya dugaan yang aku terima selama ini.....