"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Sunday, January 16, 2011

My Birthday Party aka Doa Selamat for my Mom


Firstly, diriku yang lemah lagi kerdil ni ingin bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah dipanjangkan usia sehingga ke umur sekarang... Syukur Alhamdulillah... Syukur sangat kerana dapat merasai untuk menjalani kehidupan di usia 20 an....... Terima kasih Ya Allah... (^__^)


Alhamdulillah, pada 31 Disember 2010 yang lepas, genapla usiaku yang ke 22 tahun... Berbangga sangat kerana telah mencapai usia yang boleh dikatakan sudah 'matured'... hehe... Matured ke ha...? Itu sudah semestinya, my mom kata dah boleh kahwin tau... Kalau dah kahwin maybe dah ada 2-3 orang anak.... ahhaha... Alamak, love u so much la mama.... (@__@)
Tapi nak kahwin dengan siapa mama...? Pilihan mama & abah la... i follow ja.... ♥ ♥


Untuk Birthday kali ni, sebenarnya aku dah fikirkan masa bulan 9 lagi... Dah siap inform my family untuk celebrate sama-sama ngan anak kesayangan diorang kat Bangi... Then masa awal bulan 12, aku dah siap planning ngan kawan-kawan nak celebrate macam mana... Sebenarnya, Birthday parti ni bukan untuk diriku, tapi untuk mama kesayanganku.... Jamuan ni diadakan untuk mendoakan agar kesihatan mama dalam keadaan sihat selalu... Jadi akhirnya, aku bertekad mengadakan doa selamat untuk mama... Syukur Alhamdulillah, semuanya telah terlaksana......


1.1.11
♥ ♥ My Birthday cake ♥ ♥


Hahaha..... Bangga sangat-sangat sebab birthday yg ke 22 tahun ni dapat disambut pada tarikh yang agak cantik & sempoi iaitu pada 1.1.2011.... Cayalah.... memang terbaik la buat diriku.... =)
Syukur Alhamdulillah, jamuan pada malam tu berlangsung dengan lancar dan jayanya..... Rasa terharu dan bangga sangat.... Ramai saudara mara, kenalan & sahabat handai yang datang pada malam tu untuk memeriahkan lagi majlis...




Fuhh... Makanan pada malam tu memang banyakkkk sangat... Macam gi makan kat hotel je.Macam-macam ada.... Sampai ada yang 'tapau' buat balik untuk makan kat rumah.... hahhaa..... Dasyat-dasyat... Antara makanan yang disediakan ialah nasi beriani berlaukkan ayam masak merah, laksa, bihun goreng, nasi himpit kuah kacang, kek karamel, kuih muih, bubur asyura, wajik, dadih, agar-agar dan macam-macam lagi..... Memang terlalu banyak sehinggakan ada yang berbisik padaku mengatakan ini "jamuan besday ke atau jamuan ehem-ehem...." Alamak, apa maksudnya tu....? ahahahahha.... peace....(^__^)


Sekalung penghargaan diucapkan kepada Papa Jaafar Onn diatas tajaan kek birthday yang sangat special... Thankz a lot papa... Juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mak ngah aku yang bersusah payah menyediakan pelbagai hidangan untuk malam tu... Walaupun penat baru sampai dari kampung, tapi mak ngah tetap bersemangat demi anak saudaranya yang tersayang.... hehehe... Tidak lupa jugak kepada mak Adibah yang sanggup membantu aku untuk memasak beberapa jenis hidangan... Walaupun mempunyai halangan, tetapi mak adibah tetap juga bersusah payah demiku... Huhuhu.. Terharunya.... =)
Kepada kawan-kawanku yang berpenat lelah membantu melancarkan lagi perjalanan majlis pada malam itu iaitu Adibah, Kak Rafida (RR), Acik Hazani & Ammar.... Thankz a lot... =)

Hmm.... malam tu rasa bahagia & ceria sangat-sangat.... Happy sangat-sangat... Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa... (@___@) Terima kasih sangat-sangat kepada seluruh ahli keluargaku yang sanggup datang dari jauh demi diriku... Huhu... thankz jugak kepada semua tetamu yang hadir ke majlisku... Thankz a lot kepada smua... = )




Saudara-mara yanag turut hadir memeriahkan majlis


Antara sahabat-sahabat yang menceriakan & menghiburkan majlis

2 comments:

Anonymous said...

Happy birthday hafiz

Anonymous said...

wow.... bestnya. HAPPY BELATED BIRTHDAY HAFIZ. SEMOGA PANJANG UMUR YE