"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Saturday, October 30, 2010

Showcase Maher Zain ~ Konsert Save The Soul


Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia...... =)

Alhamdulillah... Pada 14 & 15 Oktober 2010 yang lepas, aku berpeluang & berkesempatan untuk menyaksikan Akhi Maher Zain secara live kat Auditorium MBSA Shah Alam yang telah dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah... Memang minat sangat kat lagu-lagu dia yang berunsurkan ketuhanan.... Siapa yang mendengar lagu-lagu dia, InsyaAllah, hati akan rasa betapa besarnya Allah swt... Alhamdulillah, lirik dari lagu-lagu Maher Zain semuanya mengingatkan kita supaya mendekatkan diri kepada Allah swt....


Persembahan Maher Zain yang cukup hebat & mengemparkan Auditorium MBSA

Konsert Maher Zain kat Shah Alam tempoh hari memang ramai sangat.... Ada yang cemburu kerana tak sempat untuk mendapatkan tiket konsert Maher Zain... Bayangkan hanya 1400 tiket sahaja dijual untuk 1 malam.... Tetapi peminat- peminat Maher Zain di Malaysia punyala ramai... Fuhh.... Bangga jugala sebab dapat menyaksikan konsert Maher Zain untukdua malam berturut-turut... Alhamdulillah... =)

Aku dapat rasakan yang nyanyian live dia lebih best & mantap berbanding CD... ahahhaa.... Antara artis jemputan yang turut memeriahkan Showcase Maher Zain ialah Aisyah & In-Team... Semua lagu-lagu yang dinyanyikan memang best sehingga memukau penonton-penonton pada malam tu.... hehhee....


Pada Malam 14 Oktober tu, sempatlah juga bergambar kenangan bersama Linda Onn, Wardina Saffiyah, In-Team & Ustaz Mohd Noor Sulaiman.... Dan tak lupa jugak bersama Orang Kuat Raudhatus Sakinah iaitu Puan Rosmawati Zainal..... At least ada jugakla kenangan ngan public figure di Malaysia ni.. (^___^)

Bergambar kenangan bersama kumpulan In-Team...



Bersama pengacara Showcase Maher Zain ~ Wardinna Saffiyah


Untuk konsert pada malam 15 Oktober tu, aku dapat rasakan betapa seronok & best sangat kerana pelbagai gimik telah diadakan... Antaranya, nyanyian Maher Zain bersama penonton cilik.... Bukan main hebat lagi... Adik-adik tu menyanyikan lagu InsyaAllah dengan suara yang sangat merdu sehinggakan membuatkan Maher Zain terpegun... hahahaa... Baguuussss....!!! Selain tu, Maher Zain Malaysia Fun Club ada menyampaikan cenderamata kepada Maher Zain.... =) Memang gempak ar... Maher Zain sempat mengatakan, "Saya Sayang Malaysia.... "...


Maher Zain bersama peminat-peminat ciliknya....


Apa pon, tak sabar untuk menantikan Maher Zain datang kembali ke Malaysia pada awal tahun depan.. InsyaAllah, kalau tak silap bulan 2 kot... huuhuh... peminat tegar ni... ahhahaa..... Boleh dikatakan, always dengar lagu-lagu Maher Zain... Bukan setakat dengar, kadang-kadang syok sendiri nyanyi lagu-lagu Maher Zain... ahhaha... Tapi, bukan aku sorang je... Semua sahabat-sahabat aku pon minat giler kat lagu-lagu Maher Zain.... Kalau dengar je lagu-lagu Maher Zain, kami memang akan nyanyi ramai-ramaila..... ahhaha... =)

Hmm... Nak tahu satu cerita panas & mengemparkan tak...? ahhahaa.... Bangga & rasa seronok sangat.... Pada malam konsert Maher Zain yang 15 Oktober tu, aku sempat untuk bersalaman dengan Akhi Maher Zain... Ya Allah, betapa seronoknya aku sebab berkesempatan untuk bersalaman & juga berbalas senyuman dengan dia... Sempat juga aku cakap " Thank a lot for a great perfomance. See you next time Akhi"... then Maher Zain senyum dan jawab "InsyaAllah".... ahhahaa....

Semua ini akan ku jadikan sebagai kenangan yang terindah dalam hidupku.... InsyaAllah... Semoga semua lagu-lagu Maher Zain akan mengingatkan diri kita semua supaya mencari keredhaan & keberkatan dari Allah yang Maha Besar... InsyaAllah... For the rest of our life....!!!



Video Showcase Maher Zain ~ Konsert Save The Soul

Sunday, October 24, 2010

Open Your Eyes - Maher Zain

Alhamdulillah, kini lagu-lagu Maher Zain menjadi lagu idamanku..... Setiap kali kedengaran lagu Maher Zain, hatiku menjadi tenang & diriku seperti insan yang mendapat keredhaan dari Allah yang Maha Besar.... Sambil mendengar lagu-lagu Maher Zain, mulutku akan turut sama menyanyikannya... Alhamdulillah, ia juga menjadi zikir harianku dan dapat menenangkan jiwa & perasaanku.... (^_^)

Semoga hatiku lebih dekat & dekat lagi dengan pencipta sekalian alam semesta & kehidupan dimuka bumi ini iaitu ALLAH swt.... InsyaAllah....







25 September 2010 ~ Birthday Girl Thaqifah Umairah.... (^__^)

Alhamdulillah, anak buah kesayanganku dah genap 1 tahun pada 25 September yang lepas..... Umairah kini semakin comel dan cerdik sehinggakan sering mencuit hati & perasaan ku.... Kini, Umairah adalah penghibur dalam keluarga ku... Telatahnya sangat menghiburkan kami.....

Pabila aku bersama Umairah, pasti dia akan menjadi rimas dan tensen kerana her uncle suka kiss & hug dia.... hahha... Aku suka kiss dia sehinggakan kadang-kadang pipi dia akan menjadi kemerah-merahan.... ahhha..... =p

Apa pun, aku doakan Umairah akan menjadi seorang anak yang solehah & muslimah yang sejati... InsyaAllah.... Aku terlalu sayangkan anak buah aku yang sangat comel & cute tu.... Love u so much Thaqifah Umairah.... =)





Selamat Hari Lahir, Thaqifah Umairah...
Semoga Panjang Umur & Dimurahi Rezeki....

May Allah Bless You My Sweetheart.....

Akan ku mula mengupdate blog kesayanganku ini... =)



Assalammualaikum..... huhu.... Sudah agak lama aku tidak meluahkan coretan di blog yang semakin usang ini... InsyaAllah... aku akan cuba akan update blog kesayangan ku ini...

Kepada pembaca-pembaca blog ini, saya memohon jutaan kemaafan kerana sudah agak lama blog ini terbiar dan tidak diupdatekan... Ini adalah kerana diriku sejak akhir-akhir ini tidak keruan.... ehhee...

InsyaAllah, selepas ini aku akan update segala perkembangan diriku dari masa ke semasa.... Aku akan cuba mencari & mencuri masa untuk mengupdate blog yang sudah agak lama tidak muncul-muncul dengan post terbaru.... huhuuh... =p



Diriku seperti ikan-ikan yang sibuk kesana-sini mencari sesuatu yang sangat bermakna dalam diriku....




Monday, May 24, 2010

Adakah kawan-kawan semua tahu, memakai kasut CROCS sama seperti memijak kalimah ALLAH!! Astafirullahala'azim.....


]


Marilah sama-sama kita perhatikan.... Fikir-fikirkanlah... Perbuatan orang Yahudi....!!!

Sama-samalah kita semua memboikot CROCS dan barangan YAHUDI LAKNATULLAH.....!!!

Ayuh!!! Marilah kita bersatu dalam menentang musuh ISLAM...!!!!!!


Tuesday, March 16, 2010

Kem Kepimpinan Pengawas SAM Paya Jaras

"PENGAWAS.........!!!!!!!!! " Sahut peserta "KAMI....."
"KAMI.....................!!!!!!!!!" Sahut peserta "CEMERLANG....."

"Kepimpinan Adalah Satu Tanggungjawab"

Maka terbinalah satu pasukan yang hebat yang menyuarakan slogan "KAMI PENGAWAS CEMERLANG..........." InsyaAllah, sama-samalah kita mendoakan agar adik-adik SAM PAYA JARAS seramai 40 orang ni dapat menjadi pemimpin yang disegani dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik yang mungkin.

Pada 12 -14 Mac 2010 yang lepas, aku dan beberapa sahabat yang lain telah bersama-sama dalam satu program untuk membantu En. Azizan dalam membimbing adik-adik Pengawas dari SAMPJ... Semua adik-adik ini terdiri dari kalangan pengawas sekolah dan juga pengawas perpustakaan... Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam menjadikan diri mereka seorang yang bertanggungjawab dan pemegang amanah yang jujur... (^_^)


Walaupun kuantiti peserta tidak ramai tetapi kami tetap bersemangat dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada adik-adik ini... Mereka memberikan komitmen yang terbaik dari awal hinggala ke hari yang terakhir.. walaupun mereka diuji dengan pelbagai dugaan dan halangan, mereka tetap bersabar dan redha menjalani program ini tanpa ada perasaan putus asa.. Inilah aspek yang sangat membanggakan kami semua.. Adik-adik yang kuat dan kental dari segi fizikal dan mental...

DISIPLIN!! KOMITMEN!! MASA!!
Semoga adik-adik pengawas SAMPJ ini dapat menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar-pelajar biasa di SAMPJ.. InsyaAllah... Kami mengharapkan agar adik-adik pengawas ini dapat mempraktikkan dan mengamalkan apa yang telah mereka terima semasa berada di Kem Ar-Raudhah.... jadilah pemimpin yang dapat memimpin orang lain dengan bagus tanpa mempunyai perasaan hasad dengki ataupun 'gila' kan jawatan.... Sesungguhnya sikap saling bekerjasama dan lengkap melengkapi adalah salah satu cara membina dan menjaga pasukan yang terbaik agar Badan Kepimpinan Pengawas ini menjadi satu badan yang unggul dan juga dihormati oleh orang ramai... (@_@)

"KAMI PEMIMPIN YANG HEBAT & CEMERLANG"

Monday, March 15, 2010

Tangisan Air Mata Yang Sangat Bermakna Untuk kita.... :)

Menangis... Ia adalah salah tindakan yang sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja jika ia tidak melibatkan perasaan kecewa ataupun sedih... Bagi kebanyakkan orang, mereka hanya akan menangis jika mengalami kesedihan seperti kehilangan orang yang tersayang ataupun telah dilukakan hati seperti dimarah, dihina dan lain-lain.



Tetapi kebanyakkan orang yang selalu mengabdikan diri kepada Allah swt, mereka akan sentiasa menangis kerana terlalu takut dengan kesalahan atau dosa yang telah dilakukan di muka bumi ini.. Inilah menangis yang sangat bermakna bagi orang Islam jika tangisan dia itulah adalah kerana menginsafi kesalahan & kesilapan yang telah dilakukan.



Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah :
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati

  2. Menangis kerana rasa takut

  3. Menangis kerana rasa cinta

  4. Menangis kerana rasa gembira

  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

  6. Menangis kerana terlalu sedih

  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

  8. Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang

  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

  10. Menangis orang Munafik iaitu berpura-pura menangis

Ada jenis tangisan yang nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir tersebut dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi Muhammad saw dalam satu Hadis... (^_^)

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud :

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori debu-debu kehinaan, apabila seorang dari satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada ALLAH SWT. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai disisNya sehingga air mata itu dapat memadam API NERAKA.



Wednesday, March 3, 2010

Janganla Kita Cepat Putus Asa... :)


Assalammualaikum... Hmmmm, hari Isnin, 1 Mac 2010 adalah hari yang paling perit buat diriku ini... huh, hanya Allah je yang tahu betapa kusutnya fikiran aku pada hari tersebut.....

Tetiba hatiku tertanya-tanya kenapa aku diuji sehingga begini rupa...?? Kenapa aku yang menerima ujian yang berat ini...?? Aku rasa diriku ini seperti tidak berguna lagi..
Ya Allah... kenapa hambamu ini mengeluh sedemikian... Sepatutnya aku harus tabah & menerima ujian Allah ni dengan hati yang tabah & pasrah... (!_!)



Ya Allah.... Berikanlah hambaMu ini ketabahan, kekuatan & kesabaran dalam menempuh ujian & & cabaran dalam hidup ini... Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini... HambaMu ini sedar, dia sering leka & lalai dalam menjalankan tanggungjawab kepadaMu... Ya Allah, Engkau berkatilah & berikanlah Hidayah kepada diri hambaMu ini... Engkau Rahmatilah hidup hambaMu ini, Ya Allah... huhuhuhuhuhuhu... (!_!)




Sesungguhnya aku tahu & aku sedar bahawa Allah tidak akan menguji HambaNya jika HambaNya tidak mampu untuk mengalas bebanan & ujian tersebut... :(

Alhamdulillah, selepas aku sabar & redha dengan ketentuan Illahi ini, hati ku bertambah tenang & aku terus mengambil keputusan untuk menyelesaikan segala cabaran & dugaan yang dihadapi ini dengan sebaik yang mungkin... Sesungguhnya Allah itu Maha Besar... Allah itu Maha Penyayang.... Allah itu Maha Pemurah....

Akhirnya, aku telah berjaya menyelesaikan segala masalah & cabaran yang telah aku tempuhi pada hari tersebut.... Yakinlah, sesungguhnya Allah terlalu sayangkan hambaNya... (^_^)


Syarat - Syarat Sebelum Bertaubat :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Diantara syarat-syarat yang mesti kita pastikan sebelum bertaubat ialah :-

  1. Takut kepada Mati
  2. Takut kepada Istidraj
  3. Takut tak dapat Istiqamah
  4. Takut mati dalam keadaan buruk
  5. Takut kepada sakaratul maut
  6. Takut berdiri di Padang Mahsyar
  7. Takut melalui Titian Sirattul Mustaqim
  8. Takut kepada Api Neraka
  9. Takut tak dibenarkan masuk ke dalam syurga
  10. Takut terhijab daripada Allah swt

Marilah kita semua sama-sama memohon keampunan daripada Allah swt... Semoga kita semua dapat menjadi seorang hamba yang taat pada perintah Tuhannya... (^_^)