"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, February 3, 2011

Hidup kenalah sentiasa CERIA & HAPPY..... ♥ ♥ ♥


ARRRRRrrrrrgggggggghhhhhhhhhhhhhh......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Fuhhh.... Lega rasanya dapat jerit sepuas hati.... Hilang la sikit segala tekanan yang bermain di kepala otak & fikiran aku ni... Hehehe....
Rasa tenang dan relax je.... =)





Nak Ceria....!!!

Nak Happy...!!!!

Nak Bahagia....!!!

Nak Seronok...!!!

Nak Tenangkan Fikiran....!!!

Nak Sentiasa senyum.....!!!

Nak Enjoy....!!!

Nak Jadi 'Gila-Gila....!!!


Nak Bergelak Ketawa.....!!!

Nak Nakal-Nakal...!!!

Nak Gi Jalan-Jalan....!!!

Nak Gi Berhibur....!!!!

Nak Makan Buah Limau Berkotak-Kotak.....!!! (Semangat CNY)

Nak 3G...............!!!!!!!!!!!!!!

Nak Rehat.............!!!!

Nak..............................................!!!!!!! (Positive only...)





Hahahhaa.... Dasyat sungguh mood aku hari ini.... Yang penting aku happy & ceria... Go... Go... Go...



Walauapa pun yang terjadi, aku terlalu sayangkan mama & abah sangat-sangat.....!!!

Senyum... Tak perlu kata apa-apa... Senyum...

P A S R A H . . . .


Kenapa....?? Kenapa setiap kebahagiaan perlu diakhiri dengan KESEDIHAN...? Kenapa apabila ada pertemuan perlu disusuli dengan PERPISAHAN...? Adakah ini sudah menjadi suratan takdir buat diriku.... Huh....

Kadang-kadang aku terasa dibuai dengan hidup yang penuh dengan keceriaan, kebahagiaan dan kadang-kadang aku merasakan betapa indahnya nikmat hidup yang kukecapi... Ku terasa seolah-olah dunia ini telah membuatkan hidupku penuh erti dengan suka, senyum, gelak tawa dan pelbagai lagi... Apa yang selalu ku doakan pada Allah swt ialah agar memberikan hidupku penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan bersama orang yang berada disekelilingku...



Tapi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya... Kita hanya merancang, tapi Allah yang Maha menentukan segala-galanya.... Walaupun sukar untuk kuhadapi, tapi ku cuba untuk menjadikan diriku serang insan yang tabah dan kuat mengharungi segala onak duri kehidupan yang terlalu mencabar....


Berkata-kata adalah satu perbuatan yang sangat mudah... Tapi adakah mudah untuk kita melaksanakannya..? Huh... sangat mustahil untuk kita lakukan apa yang kita katakan kerana ia adalah satu perkara yang diluar jangkaan kita.. Malah aku sendiri tidak pernah menduga semua ini akan berlaku... Aku tak pernah merancang akan semua ini... Aku mengharapkan satu kehidupan yang lebih hebat & bermakna dari apa yang aku hadapi sekarang ini... Huh....

Fuhhh.... Aku tahu, aku tak kuat untuk hadapi semua ini..... Aku ni hanyalah insan yang lemah... Insan yang tak berdaya untuk mengharungi perit getir kehidupan yang kian mencabar.... walauapapon, aku redha & pasrah dengan semua ini.... Huh... =(




InsyaAllah.... Aku sedar... Aku terlalu ikhlas menyayanginya... Aku terlalu ikhlas merinduinya... Aku tahu, dia juga begitu... Semoga, aku lebih bersabar, bersabar dan bersabar dalam menghadapi semua ini... AMIN....





Wahai ABDUL HAFIZ ALBAR...!!!! Tabahkanlah Hatimu, kuatkanlah Imanmu, Redhailah dengan segala yang telah berlaku...... InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik semua ini....
InsyaAllah....


Kenangan dizaman persekolahan... (*__*)



Fuhhh.... Tetiba teringat pulak kat zaman persekolahan yang dah hampir 5 tahun lebih aku tinggalkan.... Rindu kat kawan-kawan lama aku yang selalu bergelak ketawa, bersuka ria, bertepuk tampar, study bersama-sama dan macam-macam la... =)

Hampa semua memang best ar... Enjoy sangat-sangat ngan hampa semua... Lagi-lagi masa kita semua kat tingkatan 5 Amanah... Macam-macam suka dan duka kita harungi bersama... Semuanya masih segar dalam ingatan aku ni... Huhuhu... Cayalah... rindu hampa semua... Hope kita semua dapat berjumpa lagi dan masih rapat seperti dulu... InsyaAllah... =)

Antara kenangan yang sukar dilupakan ialah aksi xxxx kita berlima (Fudhail, Fadzli, Danial & Firdaus) kat rumah Danial... Semasa kita selalu lepak kat rumah Danial sebab nak study... Agak-agak hampa masih ada lagi ka video tu ha..? ahahha.... kui3.... =p





Semoga kita semua akan menjadi sahabat sejati dunia akhirat.. InsyaAllah... Walaupun jauh dimata, tapi hampa semua tetap akan ku kenang sampai bila-bila.... Kini, masing-masing semua bz kan... Ada yang kat oversea, ada yang dah nak kahwin... Bestnya... Nanti kalau kita jumpa, mesti ada yang dah ada anak kan... ahahaha... dasyat tu.. =)
Semoga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing.... Amin...


Aku minta maaf pada semua if aku ada wat salah atau silap sewaktu perkenalan kita di bangku persekolahan.. Segala kenangan kita bersama itu telah mematangkan diriku ini... Thankz to all my frenz.... (^__^)



Wednesday, February 2, 2011

Limau Mandarin Lokam (^__^)

SEMANGAT TAHUN BARU CINA sudah bermula.....!!! Hehehehe.....


Hahaha.... My favourite fruit dah berlambak & dijual di merata-rata tempat... =) Fuhhh..... Hari tu gi Warta Bangi then belilah sekotak Limau Mandarin... Yang tinggal pon dah tak banyak... so, terus ambil n belilah... Syukur Alhamdulillah, semua buah limau yang ada dalam kotak tu semunya elok-elok belaka... ehhee... sukanya... :p

Nak tahu sesuatu tak...? hahaha.... Dasyat tuan-tuan.... =) Bangun je tidur, terus aku breakfast ngan buah limau.... Tengah hari pulak, lunch ngan buah limau jugak then sebelum nak tidur pun aku supper ngan buah limau.... ahahhaa... teruk betul kan aku ni... apa nak buat, my favourite fruit kot.... (#__#)

Dalam satu-satu masa, aku makan lebih daripada 5 biji... Huhuhu... memang mengadap buah limau tak ingat dunia arr... Tapi, syukur alhamdulillah sebab buat masa ni tak la aku mengadu sakit perut.... amin..

Huhuhu... tapi stok buah limau kat umah aku ni dah nak abis... wuawua.... Cadang nak gi beli lagi sebab tak puas lagi makan buah limau... hehe... Aku nak makan sampai aku rasa bosan & muak... Boleh ke sampai macam tu sekali.... ahahhaa.... peace.... :/

Kat Perlis, mama pun ada simpan jugak buah limau kat anak kesayangan dia ni, tapi apakan daya, anak kesayangannya tak dapat balik..... huhuhu... =( Apapon, ujung bulan 2 ni aku nak balik jugak... nak balik habiskan saki baki buah limau yang masih tertinggal.... ahhahaa... jangan marah ye abangku.... hehhee.. =)
(p/s: mama, apiz cadang nak balik ngan kim, adib & kak fida tapi tak tau ar diorang nak ikut ke tak... :p)


Wachaaaa.....!!!!
Happy Chinese New Year
kepada semua kawan-kawanku yang menyambutnya....
Nak ANGPOW.....!!!! hehehe.... (^__^)


CEO Company.... ♥ ♥ ♥


Hahahahaha....... Huhuhuhuhu...... Hihihihiiii........ (^___^)

Fuhhh..... Hensem dan smart sangat....!!!! Hahaha..... Alamak, perasan la plak aku ni.... Kuii3.... Gambar macam aku ni CEO sebuah company plak... Tapi company mana ek...? InsyaAllah, sama-samalha doakan agar diriku ini berjaya menjadi orang yang terbilang dikalangan rakyat Malaysia... Amin.... =)

Gambar ni nampak esklusif tapi sayang sangat sebab aku tak ukirkan senyuman... Nampak macam aku ni garang & sombong kan... ehehe... Btw, aku ni peramah, baik hati, suka senyum kat orang dan macam-macam lagi ar.... hehehhe.... =) (SS la pulak)

Doakanlah saya agar berjaya dalam apa jua bidang yang saya minati dan dipermudahkan... InsyaAllah.... Semoga saya berjaya mencapai cita-cita dan segala-galanya.... amin.... (@__@) ♥ ♥ ♥


Saturday, January 29, 2011

SAMAN oohh SAMAN....!!!




Aduhh...!! Kena SAMAN DBKL la pulak... Macam mana ni.. Dah la poket pon kering.... huhuhu.... Kena saman parking.. Masa tu parking kat depan KFC Ampang Park.. Nak gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa... Then selepas je makan tetiba nampak helaian kertas kat cermin kereta... terus aku ketawa terbahak-bahak.... ahahhaa... dasyat tuan-tuan.... Makan dalam RM50++ je tapi nak kena bayar sampai RM100..... huh.... =(

DBKL, help me...!!! Discount plz... tak pun halalkan je la... Bagi 'angpow' sama saya... ehhehe....


Tuesday, January 25, 2011

Aku Lihat Layu Dalam Melayu.....!!!


Bangunlah wahai orang-orang melayu....!!
Marilah kita bersama-sama buktikan bahawa kita mampu setanding dengan bangsa lain...!!
Mampu jadi bangsa yang cemerlang, hebat, berani, beradab, berakhlak mulia & berwawasan tinggi....!!!
Bangkit melayu kerana kuat, punah melayu kerana kesumat....!!!
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.....!!!!




Aku lihat layu dalam melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Sunday, January 23, 2011

INSOMNIA.... (!___!)


INSOMNIA...??? Huh... Menakutkan sangat.... =(

Adakah aku insomnia...? Kenapa aku tak boleh tidur pada waktu malam...? Kenapa...? Sejak akhir-akhir ni waktu tidur ku agak tak menentu.... Dan jarang sangat dapat tidur dalam waktu yang panjang seperti dulu.... Huhuhu..... What happen to me...? (!___!)

Kadang-kadang apabila tertidur, aku sering terjaga... Bak kata orang tidur tak nyenyak.... Asyik terjaga je... Fuhh... Sebab ni lah aku asyik lemah, lesu & tak berdaya apabila waktu siang.... Dan menyebabkan diriku asyik letih & fikiran menjadi kusut je... Macam mana nak atasinya ek...?


Setelah menggooglekan pasal imsonia ini, akhhirnya aku terjumpa sebab-sebab yang menyebabkan seseorang itu menghidapi INSOMNIA...
Antaranya ialah :-

  1. Stres
  2. Tekanan
  3. Penggunaan zat-zat perangsang (kafein atau nikotin)
  4. Alkohol
  5. Perubahan lingkungan atau jadual kerja
  6. Penggunaan ubat tidur dalam waktu lama
  7. Masalah penyakit kronik
  8. Insomnia ialah gejala yang timbul akibat tidak boleh tidur nyenyak dan berusaha untuk tidur. Kebanyakan orang ini akan tidur nyenyak apabila mereka berada di lingkungan tidurnya yang biasa.



Antara cara untuk mengatasi insomnia ialah :-

  1. Tentukan dan jalankan ritual untuk pergi tidur
  2. Hindari tidur petang.
  3. Hindari senaman berat sebelum tidur. Tapi senaman ringan 4-6 jam sebelum tidur adalah bermanfaat.
  4. Singkirkan perasaan risau pada siang hari
  5. Mandilah dengan air panas 1-2 jam sebelum tidur
  6. Minumlah secawan susu panas, makan sedikit makanan ringan
  7. Hindari makan terlalu banyak, makan hidangan berat, atau minum alkohol sebelum tidur.
  8. Jagalah agar keadaan tidur gelap, sejuk, dan tenang. Bila perlu gunakan penutup mata.
  9. Cubalah lakukan latihan relaksasi.
  10. Hindari minuman yang mengandung kafein
  11. Jangan merokok
  12. Kalau masih tidak boleh tidur, bangunlah. Barulah tidur kembali jika merasa nagntuk.
  13. 1Buatlah sebuah buku harian perihal tidur anda. Seandainya setelah 1 atau 2 minggu masih tidak boleh tidur, mintalah khidmat nasihat doktor.


Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:

  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.



Antara tips lain adalah melakukan pengurutan sendiri pada bahagian-bahagian di bawah ini :


Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 25 ♥ ♥ ♥


Balqis , Nirmala & Cindai


Persembahan yang sangat mantap oleh Dato Siti Nurhaliza... Memang mengagumkan semua peminat-peminatnya.... Penyanyi tanah air No 1 yang tersohor dan paling popular di Malaysia... Yang paling hebat, populariti Dato Siti tak pernah jatuh.... Tetap maintain popular dari dulu hingga sekarang... Cayalah Dato Siti... Terbaikkk ar.... Semoga Dato Siti terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mengharumkan nama baik negara Malaysia yang tercinta.... Diharapkan Dato Siti akan terus istiqamah memakai tudung sehingga menutup segala anak rambut... InsyaAllah..(^__^)