"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Thursday, February 3, 2011

Kenangan dizaman persekolahan... (*__*)



Fuhhh.... Tetiba teringat pulak kat zaman persekolahan yang dah hampir 5 tahun lebih aku tinggalkan.... Rindu kat kawan-kawan lama aku yang selalu bergelak ketawa, bersuka ria, bertepuk tampar, study bersama-sama dan macam-macam la... =)

Hampa semua memang best ar... Enjoy sangat-sangat ngan hampa semua... Lagi-lagi masa kita semua kat tingkatan 5 Amanah... Macam-macam suka dan duka kita harungi bersama... Semuanya masih segar dalam ingatan aku ni... Huhuhu... Cayalah... rindu hampa semua... Hope kita semua dapat berjumpa lagi dan masih rapat seperti dulu... InsyaAllah... =)

Antara kenangan yang sukar dilupakan ialah aksi xxxx kita berlima (Fudhail, Fadzli, Danial & Firdaus) kat rumah Danial... Semasa kita selalu lepak kat rumah Danial sebab nak study... Agak-agak hampa masih ada lagi ka video tu ha..? ahahha.... kui3.... =p





Semoga kita semua akan menjadi sahabat sejati dunia akhirat.. InsyaAllah... Walaupun jauh dimata, tapi hampa semua tetap akan ku kenang sampai bila-bila.... Kini, masing-masing semua bz kan... Ada yang kat oversea, ada yang dah nak kahwin... Bestnya... Nanti kalau kita jumpa, mesti ada yang dah ada anak kan... ahahaha... dasyat tu.. =)
Semoga kita semua berjaya dalam bidang masing-masing.... Amin...


Aku minta maaf pada semua if aku ada wat salah atau silap sewaktu perkenalan kita di bangku persekolahan.. Segala kenangan kita bersama itu telah mematangkan diriku ini... Thankz to all my frenz.... (^__^)



Wednesday, February 2, 2011

Limau Mandarin Lokam (^__^)

SEMANGAT TAHUN BARU CINA sudah bermula.....!!! Hehehehe.....


Hahaha.... My favourite fruit dah berlambak & dijual di merata-rata tempat... =) Fuhhh..... Hari tu gi Warta Bangi then belilah sekotak Limau Mandarin... Yang tinggal pon dah tak banyak... so, terus ambil n belilah... Syukur Alhamdulillah, semua buah limau yang ada dalam kotak tu semunya elok-elok belaka... ehhee... sukanya... :p

Nak tahu sesuatu tak...? hahaha.... Dasyat tuan-tuan.... =) Bangun je tidur, terus aku breakfast ngan buah limau.... Tengah hari pulak, lunch ngan buah limau jugak then sebelum nak tidur pun aku supper ngan buah limau.... ahahhaa... teruk betul kan aku ni... apa nak buat, my favourite fruit kot.... (#__#)

Dalam satu-satu masa, aku makan lebih daripada 5 biji... Huhuhu... memang mengadap buah limau tak ingat dunia arr... Tapi, syukur alhamdulillah sebab buat masa ni tak la aku mengadu sakit perut.... amin..

Huhuhu... tapi stok buah limau kat umah aku ni dah nak abis... wuawua.... Cadang nak gi beli lagi sebab tak puas lagi makan buah limau... hehe... Aku nak makan sampai aku rasa bosan & muak... Boleh ke sampai macam tu sekali.... ahahhaa.... peace.... :/

Kat Perlis, mama pun ada simpan jugak buah limau kat anak kesayangan dia ni, tapi apakan daya, anak kesayangannya tak dapat balik..... huhuhu... =( Apapon, ujung bulan 2 ni aku nak balik jugak... nak balik habiskan saki baki buah limau yang masih tertinggal.... ahhahaa... jangan marah ye abangku.... hehhee.. =)
(p/s: mama, apiz cadang nak balik ngan kim, adib & kak fida tapi tak tau ar diorang nak ikut ke tak... :p)


Wachaaaa.....!!!!
Happy Chinese New Year
kepada semua kawan-kawanku yang menyambutnya....
Nak ANGPOW.....!!!! hehehe.... (^__^)


CEO Company.... ♥ ♥ ♥


Hahahahaha....... Huhuhuhuhu...... Hihihihiiii........ (^___^)

Fuhhh..... Hensem dan smart sangat....!!!! Hahaha..... Alamak, perasan la plak aku ni.... Kuii3.... Gambar macam aku ni CEO sebuah company plak... Tapi company mana ek...? InsyaAllah, sama-samalha doakan agar diriku ini berjaya menjadi orang yang terbilang dikalangan rakyat Malaysia... Amin.... =)

Gambar ni nampak esklusif tapi sayang sangat sebab aku tak ukirkan senyuman... Nampak macam aku ni garang & sombong kan... ehehe... Btw, aku ni peramah, baik hati, suka senyum kat orang dan macam-macam lagi ar.... hehehhe.... =) (SS la pulak)

Doakanlah saya agar berjaya dalam apa jua bidang yang saya minati dan dipermudahkan... InsyaAllah.... Semoga saya berjaya mencapai cita-cita dan segala-galanya.... amin.... (@__@) ♥ ♥ ♥


Saturday, January 29, 2011

SAMAN oohh SAMAN....!!!




Aduhh...!! Kena SAMAN DBKL la pulak... Macam mana ni.. Dah la poket pon kering.... huhuhu.... Kena saman parking.. Masa tu parking kat depan KFC Ampang Park.. Nak gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa... Then selepas je makan tetiba nampak helaian kertas kat cermin kereta... terus aku ketawa terbahak-bahak.... ahahhaa... dasyat tuan-tuan.... Makan dalam RM50++ je tapi nak kena bayar sampai RM100..... huh.... =(

DBKL, help me...!!! Discount plz... tak pun halalkan je la... Bagi 'angpow' sama saya... ehhehe....


Tuesday, January 25, 2011

Aku Lihat Layu Dalam Melayu.....!!!


Bangunlah wahai orang-orang melayu....!!
Marilah kita bersama-sama buktikan bahawa kita mampu setanding dengan bangsa lain...!!
Mampu jadi bangsa yang cemerlang, hebat, berani, beradab, berakhlak mulia & berwawasan tinggi....!!!
Bangkit melayu kerana kuat, punah melayu kerana kesumat....!!!
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.....!!!!




Aku lihat layu dalam melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Sunday, January 23, 2011

INSOMNIA.... (!___!)


INSOMNIA...??? Huh... Menakutkan sangat.... =(

Adakah aku insomnia...? Kenapa aku tak boleh tidur pada waktu malam...? Kenapa...? Sejak akhir-akhir ni waktu tidur ku agak tak menentu.... Dan jarang sangat dapat tidur dalam waktu yang panjang seperti dulu.... Huhuhu..... What happen to me...? (!___!)

Kadang-kadang apabila tertidur, aku sering terjaga... Bak kata orang tidur tak nyenyak.... Asyik terjaga je... Fuhh... Sebab ni lah aku asyik lemah, lesu & tak berdaya apabila waktu siang.... Dan menyebabkan diriku asyik letih & fikiran menjadi kusut je... Macam mana nak atasinya ek...?


Setelah menggooglekan pasal imsonia ini, akhhirnya aku terjumpa sebab-sebab yang menyebabkan seseorang itu menghidapi INSOMNIA...
Antaranya ialah :-

  1. Stres
  2. Tekanan
  3. Penggunaan zat-zat perangsang (kafein atau nikotin)
  4. Alkohol
  5. Perubahan lingkungan atau jadual kerja
  6. Penggunaan ubat tidur dalam waktu lama
  7. Masalah penyakit kronik
  8. Insomnia ialah gejala yang timbul akibat tidak boleh tidur nyenyak dan berusaha untuk tidur. Kebanyakan orang ini akan tidur nyenyak apabila mereka berada di lingkungan tidurnya yang biasa.



Antara cara untuk mengatasi insomnia ialah :-

  1. Tentukan dan jalankan ritual untuk pergi tidur
  2. Hindari tidur petang.
  3. Hindari senaman berat sebelum tidur. Tapi senaman ringan 4-6 jam sebelum tidur adalah bermanfaat.
  4. Singkirkan perasaan risau pada siang hari
  5. Mandilah dengan air panas 1-2 jam sebelum tidur
  6. Minumlah secawan susu panas, makan sedikit makanan ringan
  7. Hindari makan terlalu banyak, makan hidangan berat, atau minum alkohol sebelum tidur.
  8. Jagalah agar keadaan tidur gelap, sejuk, dan tenang. Bila perlu gunakan penutup mata.
  9. Cubalah lakukan latihan relaksasi.
  10. Hindari minuman yang mengandung kafein
  11. Jangan merokok
  12. Kalau masih tidak boleh tidur, bangunlah. Barulah tidur kembali jika merasa nagntuk.
  13. 1Buatlah sebuah buku harian perihal tidur anda. Seandainya setelah 1 atau 2 minggu masih tidak boleh tidur, mintalah khidmat nasihat doktor.


Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:

  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.



Antara tips lain adalah melakukan pengurutan sendiri pada bahagian-bahagian di bawah ini :


Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu 25 ♥ ♥ ♥


Balqis , Nirmala & Cindai


Persembahan yang sangat mantap oleh Dato Siti Nurhaliza... Memang mengagumkan semua peminat-peminatnya.... Penyanyi tanah air No 1 yang tersohor dan paling popular di Malaysia... Yang paling hebat, populariti Dato Siti tak pernah jatuh.... Tetap maintain popular dari dulu hingga sekarang... Cayalah Dato Siti... Terbaikkk ar.... Semoga Dato Siti terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mengharumkan nama baik negara Malaysia yang tercinta.... Diharapkan Dato Siti akan terus istiqamah memakai tudung sehingga menutup segala anak rambut... InsyaAllah..(^__^)



Friday, January 21, 2011

Jenis-jenis HATI.... (^__^)


Apakah itu HATI SIHAT ? Hati sihat adalah hati yang sentiasa memastikan setiap gerak-geri anak buahnya berhubung dengan Penciptanya, Allah Swt. Hati jenis ini sentiasa mudah dan senang dalam mengerjakan segala amalan yang disuruh oleh Allah dan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Dari segi kata lain, hati ini lebih tertarik dengan tarikkan graviti Ukhrawi dari tarikkan graviti Duniawi. Hati jenis inilah yang mampu mengimbangi perkara di dunia dan di akhirat. Kesannya, hati ini dapat membentuk seseorang itu menjadi hamba Rabbani yang tunduk patuh kepada Rabbnya. Mudahan kita tergolong dalam kumpulan ini.

_________________________________________________________

Hati yang seterusnya ialah Hati Sakit. Dimaksudkan sakit di sini bukanlah sakit barah hati atau sebagainya. Tetapi sakit di sini kerana kedudukannya kekadang terjatuh dan kekadang stabil. Mudah kata, ia berada di tengah-tengah antara tarikan graviti Duniawi dengan tarikan graviti Ukhrawi. Yang bahayanya di sini kerana apabila daya tarikan Duniawi kuat lantas memaut hati jenis ini. Secara tidak sedar ia telah terjatuh ke lubuk yang tidak diiginkan. Begitu keadaan hati-hati kita yang mempunyai pelbagai kriteria masing-masing.

_____________________________________________________

Hati yang MATI? Adakah hati ini boleh mati? Nyata boleh. Yang menyebabkan hati ini berkeadaan sedemikian kerana hati jenis ini tidak menundukkan anak buahnya dari menyembah Allah Swt malah ia mengajak buat yang berlawanan dengan fitrah yang diberi oleh Pencipta. Hati ini terpengaruh dengan tarikkan Duniawi yang berlebihan dan mengakibatkan ia lupa dari tugasnya yang asal iaitu tunduk patuh kepada Allah. Apabila teguran dan peringatan yang baik dilontarkan kepadanya, ia tidak mengambil malah ia membantah. Maka hati jenis inilah yang membentuk dan menjadikan seseorang itu berlari daripada fitrah asalnya. Na`uzubillah...


BENCI ROKOK.....!!!!


Renung-renungkanlah.....

ROKOK......!! Kalau tak hisap sehari rasa macam nak 'MAMPUS'....!!!


Hmmm, kenapa sampai macam ni sekali ha? Kenapa...? Penting sangatkah rokok dalam kehidupan seharian korang.... Kadang-kadang naik menyampah tengok orang-orang yang hisap rokok... Lagi-lagi orang perempuan.... Iskh, meluat + menyampah sangat-sangat... Walaupun korang bukan sedara atau adik-beradik aku, tapi rasa macam dunia sekarang ni dah tidak ada batasan... Semua orang boleh lakukan apa sahaja yang mereka inginkan.... Huh... Sehingga begitu sekali dunia zaman sekarang ni.... (!___!)

Selalu sangat nampak perempuan yang berbaju kurung & betudung litup menghisap rokok di khalayak ramai..... Mereka merasakan seolah-olah bangga dan hebat apabila berbuat sedemikian dihadapan orang ramai.... Ikutkan hati, nak je sumbat semua rokok tu dalam mulut mereka... Tapi apakan daya, negara kita ada undang-undang kan... Hmm... Semoga adik perempuan aku tidak tergolong dalam perempuan jenis tu.... Amin...

Apakah yang ada dengan ROKOK...? Apakah kepuasan yang korang dapat....?? Apakah faedah hisap rokok...? Adakah rokok mengenyangkan...? Huh.... Soalan-soalan yang sering bermain di kepala otak aku.... =(



Aku sakit hati sangat pada orang yang suka hisap rokok dalam kereta & tandas.... Benci + Menyampah + Geram.... Huh.... Tak rasa macam korang tu makan dalam tandas ke ha...? iskh, pengotor sangat.... Yang paling aku geram, bila kita masuk dalam tandas tu, kita la pula yang akan menyedut asap-asap syaitan diorang tu.... Fuhh....



Zaman sekarang ni, remaja sekolah pun dah terlalu ramai yang aktif menghisap rokok... Duit saku yang parents bagi diorang simpan, then gi beli rokok... Inilah tingkah laku budak-budak zaman sekarang... Ada yang sanggup mencuri duit mak ayah untuk penuhi kepuasan mereka untuk menghisap rokok.... Huh... Apa nak jadi...?? Rosak...!! Hancur..!! Semuanya nak cepat mati...!!



Semua orang tahukan akibat & kesan merokok...?? Kesan-kesan buruk yang dikaitkan dengan merokok ialah ;-
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat


Sebenarnya dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan... Semoga kerajaan Malaysia akan menaikkan harga rokok ke tahap yang paling maksimum....!!!

Petikan akhbar Berita Harian, 02 April 2010