"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Friday, December 17, 2010

Kem Pewaris Generasi Soleh & Solehah




KEM PEWARIS GENERASI SOLEH DAN SOLEHAH......!!!!

Ihsan...!!!!!!
Iman...........!!!!!
Taqwa..........!!!!!!!!!!
Itulah prinsip untuk menjadi insan yang soleh & solehah... InsyaAllah... <3



Bergambar kenangan bersama para peserta kem & tetamu kehormat


Alhamdulillah, kem perwaris generasi soleh & solehah ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam iaitu pada 04 - 06 Disember 2010... Kem ini telah dianjurkan oleh PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama PPR Pantai Ria & rumah anak yatim Ulu Selangor.... (^__^) Kem ini telah diadakan di Kem PLKN Port Dickson Negeri Sembilan yang telah disertai oleh seramai lebih kurang 90 orang peserta dan 8 orang fasilitator....


video
Nyanyian lagu tema Masih Ada Waktu oleh para peserta kem


Para peserta telah diagihkan kepada 8 kumpulan kecil yang telah diketui oleh seorang fasilitator untuk setiap kumpulan... Antara sahabat fasilitator yang turt bersama-sama menjayakan kem ini ialah Ammar, Zikri, Edy Sofian, Adibah, Rafida, Hazani, Aisha dan Siti Hafsah....
Antara urusetia yang turut membantu dalam perlaksanaan belakang tadbir ialah Jijie, Yana, Azizan dan juga diriku sendiri... ehhehe.... =)


Antara aktiviti yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ceramah dari PERKASA UKM, Slot Aspirasi REMAJA, Flying Fox, Permainan bermodul, Qiammulail dan macam-macam lagi.... =)

Lagu tema bagi kem ini ialah Masih Ada Waktu yang telah dipopularkan oleh kumpulan Rast... Alhamdulillah, lagu ini mempunyai maksud yang terbaik bagi remaja untuk mengikis sifat-sifat MAZMUMAH & mencari serta menanamkan sifat-sifat MAHMUDAH dalam diri.... =)




Kem ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Haji Hasbullah L. Isa selaku Penolong Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan.... Antara tetamu kehormat yang turut bersama dalam Majlis penutupan Kem Pewaris Generasi Soleh & Solehah ialah YBhg Datuk Rahmah, Pengerusi PERKIM Negeri Sembilan, YBhg Datuk Ibrahim Thamby Chik, Setiausaha UMNO Pantai Dalam, dan Tuan Haji Khairom, Pengerusi Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria....


Kenangan terindah yang sukar untuk dimiliki jikalau tanpa kasih sayang kerana Allah

InsyaAllah, semoga para peserta dapat mengamalkan segala nasihat-nasihat dan bimbingan yang telah disampaikan oleh abang-abang & kakak-kakak fasilitator... semoga mereka semua dapat menjadikan diri mereka sebagai seorang insan yang soleh & solehah.... =)


SOLAT TIANG AGAMA......


1 comment:

Anonymous said...

semoga adik2 dpt memanfaatkan dan sematkan apa yg adik2 dpt disini kedalam jiwa dan diri adik2 . .
miss u all a lot . . x0x0 <3