Semoga air mata keinsafan ini akan membantu kita diakhirat kelak... InsyaAllah...
Insan MUMTAZ...!!!
Semua orang akan terkejar-kejar untuk mendapatkan gelaran seorang insan yang MUMTAZ..... Insan yang MUMTAZ dari segala segi samada segi pelajaran, akhlak, hamba kepada Allah dan macam-macam lagi.... Tapi cara yang macam mana kah kita untuk mendapat gelaran INSAN yang MUMTAZ...?!!
AMAR MAARUF & NAHI MUNGKAR...!! InsyaAllah...
Bergambar kenangan bersama adik-adik Program Insan Mumtaz 2010
Alhamdulillah, pada 12-13 November 2010 yang lepas, aku dan sahabat-sahabat dari Impia Mumtaz Management yang lain telah bersama-sama menjayakan Program Insan Mumtaz anjuran Sek Men Keb Taman Desa, Rawang... Program tersebut telah dijalankan selama 2 hari 1 malam iatu pada hari sabtu & ahad... Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya program itu agak kelam kabut sedikit... Tapi dengan kerjasama dari pihak IMM & guru-guru SMKTD, akhirnya program itu telah berjalan dengan lancar....
Program Insan Mumtaz telah dihadiri oleh seramai 47 orang pelajar yang berumur 14-16 tahun..... Tahniah & syabas diucapkan kepada adik-adik peserta program tersebut kerana telah menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang mumtaz sepanjang berjalannya program tersebut... Semuanya telah menyematkan & menanamkan semangat untuk melakukan perubahan ke arah insan yang lebih hebat & berakhlak tinggi... Syukur Alhamdulillah.... =)
Aktiviti riadah yang telah dijalankan oleh para peserta program
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah Program Insan Mumta iaitu Ustaz Shahiid, Ustaz Fakrur Rozi & Ustaz Faizal Mohd diatas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.... Semoga Allah merahmati & memberkati kalian semua... InsyaAllah.... =)
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Explorace, Ceramah Tafsiran AL-Fatihah, Qiammulail, Malam Insan Mumtaz, Ceramah Siapa Remaja, Aspirasi S.T.E.P dan banyak lagi... semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan dengan respon yang terbaik & cemerlang daripada adik-adik SMKTD.... Love you all so much... (^__^)
Aku doakan agar adik-adik ini berjaya didunia & juga diakhirat... Kami sebagai abang2 & kakak2 fasilitator sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian... kami sayangkan korang seperti adik-adik kami sendiri... Semoga ukhwah kita semua berpanjangan kerana Allah swt..
Tazkirah Zohor yang telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Ammar
Antara sahabat-sahabat Fasilitator yang telah menjayakan Program tersebut... =)
Makan secara berjemaah dapat merapatkan ukhwah diantara kita semua
2 comments:
thanks abang hafiz :)
rindu sangat time kem tu...u all are always the best...thanx...luv you...hope ada lagy tahun ni...
Post a Comment