"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Friday, December 17, 2010

Bintang Klasik Nasional 2010 Peringkat Akhir - Fitri Hakim


video
Fitri Hakim menyanyikan lagu Tiada Esok


Tanggal 28 November 2010 yang lepas, adikku Fitri Hakim telah berjaya berjaya mendapat NAIB JOHAN Pertandiingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2010.... Pertandingan tersebut telah diadakan di Auditorium Tunku Chik, Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan.

Alhamdulillah berkat doa, sokongan & dorongan semua pihak, Fitri Hakim telah berjaya di isytiharkan sebagai Naib Johan... Tahniah & syabas diucapkan kepada Fitri Hakim.. =)

Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Fitri Hakim sekeluarga akhirnya telah membuahkan hasil yang sangat cemerlang dan kini Fitri Hakim telah menjadikannya dirinya sebagai seorang remaja yang berbakat besar dalam bidang nyanyian & hiburan.... (^__^)


Bergambar kenangan bersama emak & kakak Fitri Hakim


Walaupun, pada tahun ini Fitri Hakim terpaksa mengharungi 2 cabaran yang sangat besar iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Pertandingan Bintang Klasik Nasional tetapi Fitri telah berjaya menjadikan 2 cabaran tersebut sebagai satu ujian untuknya menguruskan masa dengan sebaik yang mungkin untuk menjadikan Fitri bukan sahaja cemerlang dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam bidang Akademik... InsyaAllah... Sama-sama kita doakan agar Fitri berjaya menjadi seorang penghibur yang terkemuka.. Amin..

Dengan berkat & doa daripada ibu bapanya, Fitri terus gigih & berusaha untuk mencorakkan warna-warni kehidupan yang gemilang pada namanya agar dia berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur terkemuka tanah air...

Kini, fitri telah berjaya mengharungi SPM & Bintang Klasik Nasional dengan penuh keazaman & kekuatan dari segi fizikal & mental... Syukur Alhamdulillah, Fitri seorang remaja yang tidak pernah untuk mengenal sifat PUTUS ASA dan dengan inilah dia terus mencabar dan mencabar dirinya agar terus cemerlang pada masa hadapan... =)

Sekali lagi, diriku ini ingin mengucapkan Tahniah & syabas diatas kejayaan Fitri sebagai Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2010... Pada malam tersebut Fitri telah menyampaikan lagu Tiada Esok.. (^__^)

Bersama Fitri Hakim - Naib Johan Pertandingan Akhir BKN 2010


Jutaan terima kasih yang tak terhingga jugak diucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku yang sanggup bersusah payah untuk memberi sokongan, dorongan, semangat & doa kepada Fitri... Thankz a lot to everybody... Love you all so much... Semoga Allah swt dapat membalas jasa baik kalian semua dalam apa jua cara... InsyaaAllah... =)


Bersama sahabat aku, Saudara Ammar