Alhamdulillah, pada tahun ini diriku sekeluarga berkesempatan lagi untuk menyambut Hari Raya Aidiladha... Walaupun disambut secara sederhana, tetapi kami sekeluarga dapat merasai erti sebenar pengorbanan.... Berkorban apa sahaja demi AGAMA, BANGSA & NEGARA... InsyaAllah... Semoga segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh kami sekeluarga diredhai, diberkati & dirahmati oleh Allah swt... Amin...
Pada tahun ini, mamaku yang tercinta telah mejalankan ibadah Qurban di Kampung kelahirannya iaitu Kg Baru Tepi Laut, Air Hitam, Kerpan.. Seekor lembu telah direbahkan dan dikorbankan dihadapan rumah atok aku... Suasana ketika acara Qurban dijalankan sangat meriah.. Daging lembu juga diagihkan kepada golongan-golongan yang memerlukan dan orang-orang miskin... Mama kesayanganku ada mengadakan sedikit jamuan Qurban untuk sanak saudara yang hadir... Makanan memang cukup menyelerakan sehingga membuatkan beran badanku bertambah... huhu... =)
No comments:
Post a Comment