"Bacalah dengan nama TuhanMu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya..."
( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )

Wednesday, December 15, 2010

Program Insan Mumtaz ~ SMKTD



Semoga air mata keinsafan ini akan membantu kita diakhirat kelak... InsyaAllah...

Insan MUMTAZ...!!!
Semua orang akan terkejar-kejar untuk mendapatkan gelaran seorang insan yang MUMTAZ..... Insan yang MUMTAZ dari segala segi samada segi pelajaran, akhlak, hamba kepada Allah dan macam-macam lagi.... Tapi cara yang macam mana kah kita untuk mendapat gelaran INSAN yang MUMTAZ...?!!

AMAR MAARUF & NAHI MUNGKAR...!! InsyaAllah...


Bergambar kenangan bersama adik-adik Program Insan Mumtaz 2010


Alhamdulillah, pada 12-13 November 2010 yang lepas, aku dan sahabat-sahabat dari Impia Mumtaz Management yang lain telah bersama-sama menjayakan Program Insan Mumtaz anjuran Sek Men Keb Taman Desa, Rawang... Program tersebut telah dijalankan selama 2 hari 1 malam iatu pada hari sabtu & ahad... Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya program itu agak kelam kabut sedikit... Tapi dengan kerjasama dari pihak IMM & guru-guru SMKTD, akhirnya program itu telah berjalan dengan lancar....



Program Insan Mumtaz telah dihadiri oleh seramai 47 orang pelajar yang berumur 14-16 tahun..... Tahniah & syabas diucapkan kepada adik-adik peserta program tersebut kerana telah menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang mumtaz sepanjang berjalannya program tersebut... Semuanya telah menyematkan & menanamkan semangat untuk melakukan perubahan ke arah insan yang lebih hebat & berakhlak tinggi... Syukur Alhamdulillah.... =)


Aktiviti riadah yang telah dijalankan oleh para peserta program


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah Program Insan Mumta iaitu Ustaz Shahiid, Ustaz Fakrur Rozi & Ustaz Faizal Mohd diatas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.... Semoga Allah merahmati & memberkati kalian semua... InsyaAllah.... =)


Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Explorace, Ceramah Tafsiran AL-Fatihah, Qiammulail, Malam Insan Mumtaz, Ceramah Siapa Remaja, Aspirasi S.T.E.P dan banyak lagi... semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan dengan respon yang terbaik & cemerlang daripada adik-adik SMKTD.... Love you all so much... (^__^)



Adik-adik peserta Program Insan Mumtaz telah menunjukkan sikap yang positif sepanjang program berlangsung... Semuanya telah menanamkan azam dan semangat untuk melakukan perubahan agar menjadi anak yang soleh dan solehah... Saat yang paling terharu adalah apabila salah seorang peserta telah mencampakkan sekotak rokok dan telah mengalirkan air mata keinsafan.... Ya Allah Ya Tuhanku, semoga adik-adik ini akan terus istiqamah berada dijalanMu ya Rabb... InsyaAllah....

Aku doakan agar adik-adik ini berjaya didunia & juga diakhirat... Kami sebagai abang2 & kakak2 fasilitator sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian... kami sayangkan korang seperti adik-adik kami sendiri... Semoga ukhwah kita semua berpanjangan kerana Allah swt..


Tazkirah Zohor yang telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Ammar



Antara sahabat-sahabat Fasilitator yang telah menjayakan Program tersebut... =)



Makan secara berjemaah dapat merapatkan ukhwah diantara kita semua


2 comments:

anis said...

thanks abang hafiz :)

anys faizurita said...

rindu sangat time kem tu...u all are always the best...thanx...luv you...hope ada lagy tahun ni...